<sk8erz_carjunk84>: hi
<sk8erz_carjunk84>: leh kenal?
<ampunk_grrl>: hiii
<ampunk_grrl>: leh jee
<sk8erz_carjunk84>: asl plz?
<ampunk_grrl>: 15 f ampunk
<ampunk_grrl>: u?
<sk8erz_carjunk84>: 17 m carjunk
<sk8erz_carjunk84>: nama u?
<ampunk_grrl>: farah
<ampunk_grrl>: u?
<sk8erz_carjunk84>: kayrulezPerbualan di MiRC pada suatu petang di antara Khairul (bukan nama sebenar) dan Farah (nama separa benar) di suatu petang sejuk pada Januari 2001, telah membuatkan mereka bakal membuat janji temu, pada gath MiRC channel #klskaters pada dua minggu akan datang. Selepas bertukar-tukar nombor telefon, pada sebelah malamnya, Khairul mendownload album baru Limp Bizkit bertajuk Chocolate Starfish and the Hot Dog Flavored Water, dia mengambil telefon bimbit Nokia 3210nya dan mula menghantar SMS pada Farah. Kredit, Khairul siap-siap top-up RM60, kerana itulah yang paling murah.
Selepas bermesej-mesej, mula terbit rasa cinta. Dua-dua saling meluahkan perasaan, lalu si Khairul menelefon Farah. Farah terpikat kerana suara Khairul yang jambu macam Justin Timberlake, ahli kumpulan NSYNC. Khairul pula berkata Farah ni mesti comel macam Left Eye dalam kumpulan TLC.
Pada akhir perbualan, mereka akhiri dengan ucapan 'I Love You'.
Mulai dari hari tu, hidup Khairul mulai bersinar, kerana akhirnya menemui cinta dari Ampang. Pada hari gath pada hari Sabtu di Burger King Suria KLCC, Khairul memakai seluar Crazee jeans baggy, baju Phat Farm warna kuning, pakai topi visor untuk menayangkan rambut spikynya yang dia touched up sejak 2 jam lepas di depan cermin biliknya. Selepas menyarung kasut Adidas Superstarnya, dia terus mencapai kunci motor scooternya dan terus menunggang 'kuda'nya menuju ke KLCC. Dalam hatinya berdebar-debar sambil menyanyi lagu S Club 7 - Never Had A Dream Come True kerana walaupun dia cuba tunjuk ganas dengan layan Limp Bizkit atau Korn, tapi hatinya masih berbunga bila dia nampak Rachel Stevens.
Setibanya di KLCC, dia melilau di Burger King, di tingkat bawah di Suria KLCC, mencari ampunk_grrl. Rupanya gadis bernama Farah bersaiz XXL serta memakai braces.
Tapi bila aku tulis macam ni, mesti orang kata, "ish, kau ni judge orang pakai rupa ke?". Buat pengetahuan, bukan. Aku cuma nak menceritakan situasi remaja yang banyak kali berlaku dalam 2001. Masa ini MiRC masih lagi berpengaruh, dan acara yang ditunggu-tunggu ialah gath, atau pada zaman sekarang ini disebut twtup sebab Twitter.
Tetapi generasi millennials inilah, antara yang pertama bertembung dengan dunia sosial media. Filem seperti You've Got Mail lakonan Meg Ryan dan Tom Hanks tiga tahun sebelum ini, menjadikan sosial media semakin relevan dengan perhubungan manusia. Internet mula menguasai hubungan manusia.
Jika dulu, agak sukar untuk mempunyai hubungan cinta dari jarak yang jauh. Kita terpaksa hantar surat yang berminggu-minggu baru nak sampai. Kalau nak telefon, kalau girlfriend kau berada di oversea, bersedialah untuk bil telefon melantun tinggi, dan kita akhirnya mencari pasangan dari keliling kita sajalah.
Tetapi dengan adanya internet, kita juga bukan saja mencari pasangan dari Ampang atau Kajang, bukan saja dari ceruk penjuru Semenanjung, atau Sabah Sarawak, atau mungkin Australia atau Mesir. Tidak ada masalah lagi bagi jarak kerana adanya internet.
Seharusnya tidak ada masalah lagi untuk setia, kan?
Tetapi apabila jarak yang begitu jauh, cerita klasik zaman dahulu kata orang bercinta dengan hantar surat menyurat ini dan sabar serta setia menanti abang posmen menghantar surat dari si dia.
Tetapi kini kehadiran abang posmen cuma menghantar surat kerajaan atau bil telefon, bil air, dan bil elektrik, serta bil Indah Water.
Tiada lagi khidmat abang posmen untuk menyambung hasrat cinta.
Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah mungkin lebih ramai pasangan yang curang berterang-terangan di dalam media sosial. Kenapa orang zaman dahulu boleh setia menunggu khabar berita lama-lama, tapi sekarang duduk jamban lima minit, tak reply mesej pun dah boleh kena maki?
Dan betul ke orang zaman dulu lebih penyabar, lebih setia dan lebih kasih sayang dalam zaman surat menyurat berbanding zaman media sosial sekarang?
Aku dalam usia yang amat kecil ketika zaman surat menyurat mulai menyurut. Zaman aku kecil dulu dikuasai telefon rumah, kemudian bila remaja barulah internet dan SMS.
Dengan adanya internet di telefon bimbit, manusia masih memegang telefon dan menekan-nekan skrin berbanding berbual dengan orang.
Sekurang-kurangnya pada zaman MiRC dulu, walaupun ada elemen misteri di sebalik skrin komputer, tapi apabila berjumpa, kami masih berbual melihat muka masing-masing.
Kami tak berbual dengan membawa PC kami sekali dan chat macam mana di twtup - dimana dah jumpa depan-depan pun masih nak hantar mention tweet.
Entahlah, rindulah nak bercinta/berkawan dengan cara surat menyurat. Siapa nak volunteer jadi sahabat pena? Aku akan tulis surat untuk kalian semampu boleh.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...