Snippet: 2002

1.9K 57 11
                                    

Segmen Snippet - dimana setiap tahun ada berlaku suatu kejadian yang kecil, tapi sangat signifikan terhadap tahun tersebut, akan ditulis sebagai mengingati suatu kejadian yang pernah berlaku, atau satu perkara yang dikongsi oleh semua orang yang kini sudah dilupakan.

Berikut adalah snippet yang berlaku pada tahun 2002.

1. "Ayam oh ayam, kenapa kau sedap, macam mana aku tak sedap, McD goreng aku!" itulah permulaan karier bagi seorang gadis comel bernama Lisa Surihani, yang mewarnai seni tanah air sehinggalah hari ini. Iklan McD Ayam Goreng ini begitu popular dan melonjak nama Lisa Surihani di persada seni tanah air.

2. Piala Dunia 2002 di Korea Selatan dan Jepun. Piala dunia bolasepak ini adalah Piala Dunia yang rare bagi kita, kerana inilah first time kita tengok World Cup petang-petang sambil makan cekodok dan goreng pisang. Jika sebelum ini kita perlu berjaga malam, masak megi, dan secawan Nescafe untuk menanti perlawanan bola, pada tahun ini kita boleh rileks dan santai menonton bola petang-petang.

Juara bertahan, Perancis - balik awal sebab lepas kalah dengan Senegal terus down, Rivaldo acah-acah injured, Ilhan Mansiz dan Ahn Jung Kwan menjadi popular, rambut mohawk Beckham dan rambut pekan Ronaldo menjadi trend.

Korea Selatan mencipta sejarah dengan pasukan Asia pertama layak ke separuh akhir, sementara masa ini, nama Ronaldinho disebut-sebut sebagai pesaing Zinedine Zidane sebagai pemain terbaik dunia.

Pada perlawanan akhir, Brazil menewaskan Jerman 2-0 di Yokohama dan selepas itu Ronaldo gemuk (untuk membezakan dengan Cristiano Ronaldo pada tahun seterusnya), menjaringkan kedua-dua gol pada final itu.

3. Band acah-acah Linkin Park, Pop Shuvit mula timbul pada ketika ini. Keperluan untuk Malaysia mempunyai band sebegini untuk pasaran tempatan sememangnya tepat pada masanya. Pesaing utamanya, Prana juga bangkit pada masa-masa ini.

4. Piala Dunia Hoki berlangsung di Kuala Lumpur. Macam biasa Piala Dunia ini tak sepopular bolasepak.

Jerman muncul juara selepas menewaskan Australia pada perlawanan akhir.

5. Raja Perlis Sirajuddin menjadi Agong Malaysia menggantikan Sultan Selangor yang meninggal tahun lalu.

6. Presiden George W. Bush membuat ucapan tahunannya sebagai Presiden dengan mengumumkan bahawa Iraq, Iran dan Korea Utara sebagai "axis of evil" atau paksi kejahatan. Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan PATRIOT Act, yang mempunyai kuasa untuk mengintip dan mendengar perbualan telefon, membaca email dan memantau SMS mula melakukan kerjanya.

Sedap juga kalau nama band "Paksi Kejahatan" ni.

7. Lagu "The Middle" dari Jimmy Eat World mula meletup di radio-radio, pemangkin kepada generasi emo yang akan muncul pada 2004.

8. Filem Star Wars Episode II: Attacks Of The Clones disiarkan pada tahun ini, bagaimanapun George Lucas tewas dengan filem Peter Jackson, Lord of the Rings: The Two Towers, Harry Potter and the Chamber of Secrets, dan Spider-Man. Kesemua filem ini ditonton oleh penulis yang ketika itu seekor kaki wayang.

9. "Kumpulan yang memainkan muzik dengan gaya Inggeris, dipersilakan, kumpulan Butterfingers!" adalah pengumuman paling kelakar yang pernah aku dengar, dan ia berlaku pada Anugerah Industri Muzik (AIM). Butterfingers mempersembahkan lagu The Chemistry pada ketika itu.

10. Sukan Komanwel ke-17 berlangsung di Manchester. David Beckham berlari membawa baton terakhir. Sukan Komanwel ini adalah sukan Komanwel pertama pada abad ke-21.

11. Asereje dari kumpulan Las Ketchup berkumandang pada ketika ini setiap hari di radio. Ada teori konspirasi bahawa lagu ini adalah teknik Yahudi untuk mengajak umat Islam untuk sesat untuk menyembah syaitan dengan tarian lagu itu.

Dan lagu itu memang setan! Kau boleh bunuh diri kalau kau dikunci dalam bilik gelap dan lagu Asereje itu dibuka berulang kali.

Jika 80an ada lagu Rick Astley, 90an ada Macarena, dan 2010an ada Gangnam Style, pada dekad ini ada Asereje.

Err, dan Crazy Frog. Tapi yang itu nanti dulu.

2000sWhere stories live. Discover now