Apabila rokok kotak 7 dimansuhkan dan harga rokok naik, penghisap rokok tegar seperti saya tidak ada pilihan lain selain mencari alternatif baru demi meneruskan bekalan nikotin kami tidak putus berterusan.
Saya mula menghisap rokok ketika saya curi-curi rokok ayah saya ketika dia sedang tidur atau dia sedang mandi. Kadang-kadang ibu saya yang tolong curikan untuk saya. Ayah saya hisap rokok Marlboro, tapi apabila di luar lepas makan di warung mamak, saya akan beli rokok batang Dunhill yang berharga 30sen pada ketika ini.
Kenaikan harga rokok Dunhill 10 (yang kemudian dimansuhkan tahun 2006), Dunhill 14 serta mansuhnya kotak 7 datang, menyukarkan saya sebagai seorang mahasiswa UiTM untuk merokok.
Satu hari saya terjumpa rokok murah yang bernama SAAT.
Rokok SAAT, keluaran dari syarikat AKJ Marketing Sdn Bhd, adalah jenama rokok murah yang dijual sebagai alternatif kepada perokok yang kesempitan wang.
Perokok melihat jenama Dunhill atau Marlboro sebagai rokok mahal, rokok Winston, Pall Mall atau LM sebagai rokok standard manakala rokok SAAT sebagai rokok desperate.
Tetapi memandangkan keperluan mendesak itu memaksa kita beli walaupun lari bajet, memaksa kita untuk membeli rokok ini.
Kali pertama saya menghisap rokok ini, tekak saya rasa perit tak terperi. Selain terkumpul kahak yang serius di tekak, rokok SAAT juga menyebabkan saya terbatuk dan perit setiap kali saya batuk. Rasa macam nak masukkan mulut dalan tekak dan garu kegatalan ini.
Tetapi untuk menunggu ada wang untuk membeli rokok sedap amatlah sukar, dan peluang untuk menghisap rokok sedap hanya muncul apabila saya pulang dari rumah dan meminta ibu saya untuk tolong curikan sebatang rokok untuk saya.
Dan apabila bekalan rokok putus dan kita perlu mengepau member kita untuk menghisap rokok, apabila dia keluarkan rokok SAAT, kita pun rasa pilu dan bersolidariti dengan dia dengan tidak mengepau rokok SAATnya.
Rokok ini adalah rokok desperate saya apabila saya tidak mampu beli Winston Light, rokok yang selalu saya hisap masa zaman muda saya.
Jadi, satu hari apabila saya melepak dengan abang girlfriend saya, yang merupakan kawan baik saya, saya mengeluarkan rokok SAAT dalam kocek untuk hisap sambil melepak di kedai cendol dan rojak, tiba-tiba dia menepis tangan saya.
"Kau nak mati cepat ke?"
Saya membalas, "hisap rokok memang akan mati cepat pun".
"Ini bukan tembakau, bangang! Ini habuk kayu!"
Entahlah, mungkin kualitinya teruk sangat sampai orang panggil ia rokok habuk kayu.
Tetapi dalam dekad ini, rokok ada pelbagai alternatif lain seperti hisap vape, hisap rokok gulung macam Uchan Faghuzi, atau hisap rokok seludup macam saya.
Jadi apabila rokok naik harga kepada RM17 pada tulisan ini ditulis, saya ingin mengenang kembali, bahawa sejak dulu lagi, kita semua tahu, menaikkan harga rokok sangatlah tidak efisien untuk menghentikan perokok dari merokok.
Naikkan harga rokok, perokok merokok. Letak gambar baby cacat, perokok merokok. Letak fatwa haram oleh JAKIM, perokok merokok. Letak pesaing baru, vape - perokok merokok.
Even pujuk rayu seorang makwe pun, perokok tegar yang steady akan terus merokok.
Apa agaknya caranya lagi untuk menyuruh orang berhenti merokok?
Biar je lah dia merokok. Kalau kau kata nanti mati awal, ajal maut di tangan Tuhan, katanya. Ada je orang yang tak merokok mati awal. Ada je perokok tegar yang hidup lama.
Tapi janganlah kurang ajar sangat hisap rokok depan baby, atau orang yang menghidap asthma. Itu inappropriate.
Samalah inappropriate macam penghisap vape yang hisap dalam bangunan dan main sembur je kat orang tanpa fikir benda itu mengganggu orang.
Kalau perokok boleh mencangkung dekat parking lot, atau tepi pintu rintangan api, atau di luar bangunan untuk hisap rokok, kenapa penghisap vape tak boleh?Kenapa perlu jadi asshole sangat nak hisap vape dalam bangunan, dalam panggung wayang, atau dalam kapal terbang?
Ternyata pengalaman mengajar perokok lebih gentleman, dengan mereka memikirkan persekitaran dan orang lain serta cool je bila rokok naik harga. Kena fatwa haram, apa ada hal. Depan masjid pun kami tak goyang.
Ini vapers baru sembang-sembang fatwa haram sikit dah bising. Lepas tu perangai macam haram hisap dalam bangunan.
Mereka belum tiba ke satu level untuk membeli flavor perisa habuk kayu lagi.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...