Naruto Shippuden

1.8K 46 17
                                    

Masa aku tulis artikel tentang Irwan Syah tadi, buat aku baca balik semua tulisan-tulisan tentang dekad ini dan aku masih belum bercerita satu apa pun tentang J-Pop, atau segala budaya dari Jepun yang popular dalam dekad ini.

Era Jepun ini bangkit dari segi muzik, filem atau drama TV ini bermula dari lewat 90an sehingga lewat 2000an dan kehadiran anime seperti One Piece dan Naruto (penulis adalah fan One Piece tegar!) disamping Limewire yang pada masa ini belum lagi gila menyebarkan virus, setiap malam aku atau kawan aku menghadap internet, sambil menghadap coding Myspace dan menjadi acah-acah hackers, kami mendownload siri terbaru Prison Break atau Naruto atau One Piece sebelum kami burn di Nero CD Burner untuk kami bertukar-tukar dengan member.

Naruto Shippuden adalah extended dari culture J-Pop yang semakin luntur apabila menghampiri hujung dekad ini. Cerita ini mengisahkan seorang lelaki bermisai kucing yang bernama Naruto Uzumaki yang berasal dari Konohaganare. Lelaki berambut kuning dan berbaju jumpsuit berwarna oren ini mempunyai perasaan crush terhadap Sakura Haruno, yang lebih meminati Sasuke, yang rival kepada Naruto.

Sementara cerita One Piece yang lebih swag bagi aku (Monkey D. Luffy, Zoro dan Nami (bukan penulis) adalah watak yang awesome gila!), Naruto Shippuden sebenarnya lebih rapat dengan aku terutamanya tentang rivalry antara Sasuke dengan Naruto. 

Dulu masa aku kat sekolah aku pun pernah lalui situasi yang hampir sama, cuma aku tidak ada kuasa seperti Naruto untuk melawan Sasuke untuk memenangi hati Sakura. 

Di era J-Pop dimana perempuan lebih suka tertarik dengan lelaki pendiam dan misteri tapi kacak, atau lelaki yang mempunyai imej nakal seperti Great Teacher Onizuka, dan kewujudan watak Naruto ini sebenarnya merasa juga untuk menaikkan watak "simple loser dude" macam ni. Naruto adalah harapan baru bagi orang yang macam aku, sebenarnya.

Dan minat menonton anime ini datang dari arwah adik girlfriend aku (later jadi girlfriend aku), kerana dia adalah peminat segala-galanya yang datang dari Jepun. Kau namakan apa benda yang datang dari Jepun dia akan minat. Dia suka seni origami, dia suka makan sushi, dia suka Cardcaptor Sakura, dan dia suka L'arc En Ciel.

Dan bila usia aku dah macam ni punya besar, aku masih lagi melayan anime, One Punch Man. Dan aku juga suka makan soba, dan kau agak-agak dari mana datangnya nama nickname Nami tu?


2000sWhere stories live. Discover now