Adakah anda seorang addict dengan game yang bernama Clash of Clan?
Sebelum wujudnya smartphone dan semua internet di hujung jari, ada satu permainan yang lebih kurang sama seperti Clash of Clan, yang bernama Travian.
Sebenarnya game ini sudah bermula pada 2004, tetapi biasalah - Malaysia mesti lambat sikit - ia naik sekitar hujung 2005. Aku sendiri main pada 2006, tetapi game ini popular pada tahun 2007 di negara ini.
Cara main dia, kau bina kampung dengan mula-mula kau pilih puak mana kau nak jadi. Ada tiga: Gaul, Romans, dan Teutons. Gaul dikaitkan dengan bangsa asal Perancis, Romans, kau tahu lah, orang dari tamadun Rom, dan Teutons, dikatakan suku gasar dari Jerman.
Jadi, dalam permainan ini, kau perlu kumpul bahan-bahan seperti kayu, besi, batu dan sebagainya - untuk terus membina tamadun kau. Ada dua cara, cara pertama, dan lambat - ialah cara aman - kau bina tempat proses kayu, besi, batu - whatever, atau cara kedua, lebih cepat tapi ganas - kau serang kampung orang lain.
Sama je macam Clash of Clan. Takde beza pun.
Kewujudan game ini ialah pengganti kepada kemeruduman Command and Conquer (yang berasal dari Red Alert, kemudiannya dijual kepada syarikat EA - ini buat game FIFA tu) dan cuaca politik selepas September 11 menyebabkan ia terus merudum.
Jadi Travian wujud untuk mereka yang hampa selepas Command and Conquer tiada inovasi baru.
Travian adalah pemula kepada masa depan game online, yang kemudiannya membentuk game pada dekad seterusnya dengan bentuk yang lebih kurang sama, contoh macam Clash of Clan, Star Wars Commander (aku sedang main game ni), Megapolis (ini macam SIM City), dan entah apa-apa lagi game.
Selepas itu, sementara DOTA mula naik pada masa-masa macam ini juga, game-game seperti Mafia Wars juga mula berjangkit ke Myspace, Travian adalah benda sembang yang paling senang nak dibuat topik di kalangan pelajar IPTA masa tahun 2007 ini.
Tapi kalau ada orang masih main Travian lagi, gua memang respek dengan kesetiaan lu. Orang lain dah banyak kali pindah game, tapi lu masih setia.
YOU ARE READING
2000s
HistoryczneMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...