Segmen Snippet - dimana setiap tahun ada berlaku suatu kejadian yang kecil, tapi sangat signifikan terhadap tahun tersebut, akan ditulis sebagai mengingati suatu kejadian yang pernah berlaku, atau satu perkara yang dikongsi oleh semua orang yang kini sudah dilupakan.
Berikut adalah snippet yang berlaku pada tahun 2004.
1. Arsenal muncul pasukan pertama dalam era Premier League yang menjuarai liga tanpa tewas dalam semua perlawanan. Dan kerana itu, Arsenal adalah satu-satunya pasukan yang ada piala EPL emas.
2. Rancangan AH-HA yang diterajui oleh Harith Iskander dan Afdlin Shauki bersiaran di TV3 tahun ini. Antara yang menjadi memori kita semua ialah persembahan epik lagu "Ah Long Bukit Beruntung" dari arwah Din Beramboi.
3. Album My Chemical Romance, Three Cheers For Sweet Revenge dilancarkan tahun ini. Antara lagu yang popular ialah I'm Not Okay, Helena, dan Teenagers. Scene emo sedang bermaharajalela.
Kebangkitan scene emo juga dilihat ketara dengan kebangkitan kumpulan seperti Hawthrone Heights, Taking Back Sunday, Funeral For A Friends, Yellowcard, The Used, Finch, dan lain-lain lagi, memberi saingan baru kepada muzik underground.
4. Adik Nurul Huda yang berasal dari Johor Bahru, ditemui mati, dipercayai dirogol.
5. Presiden Amerika Syarikat, George W Bush memenangi pilihan raya keduanya sebagai Presiden, menewaskan John Kerry dari Demokrat.
6. Jose Mourinho menyertai pasukan Chelsea selepas memimpin Porto menjadi juara Eropah pada tahun ini. Antara yang pertama diucapkan beliau semasa mula-mula ke Stamford Bridge ialah "I am the Special One".
7. Greece muncul jadi juara Eropah pada Euro 2004, menewaskan tuan rumah Portugal, dan Cristiano Ronaldo menangis macam budak kecik.
8. Filem Shrek 2, Harry Potter and the Prisoner of Azkaban dan Spiderman 3 adalah top 3 filem paling terlaris Hollywood.
9. Sukan Olimpik berlangsung di Athens, Greece. Macam biasa Malaysia tidak membawa sebarang pingat.
10. Not lima ringgit polimer dikeluarkan Bank Negara Malaysia mulai tahun ini.
11. China muncul juara Piala Thomas selepas 12 tahun tidak memenanginya, kemudian menang berturut-turut hingga sepuluh tahun kemudian, dimana pada tahun 2014 dimenangi oleh Jepun.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...