Suatu petang ketika menonton drama Taiwan berjudul "Meteor Garden" petang-petang di ntv7, saya tertonton iklan yang ada Jalaluddin Hassan berkata, "dial talian 600-85-apa lancau lagi untuk menjadi jutawan, anda mungkin jutawan yang kami cari" diikuti dengan lagu iklan rancangan tersebut.
Who wants to be a millionaire, katanya.
Kalau ditanya ramai orang, semua orang nak jadi jutawan. Campak sahaja duit di muka, semua jadi setel.
Jadi, saya pun terus menunggu sampai drama Taiwan habis sampai saya lupa nak sembahyang Maghrib. Saya terus menonton rancangan kuiz itu.
Ada lima belas soalan, tiga talian hayat. Setiap lima soalan ada tahap selamat. Tiga talian hayat; 50:50, iaitu empat pilihan jawapan objektif hanya tinggal dua, kau boleh telefon kawan kau, dengan undian penonton.
Level satu; RM100, RM200, RM300, RM500, RM 1,000. Tiga soalan pertama tu kau hanya guna kepala lutut untuk kau jawab, kalau kau salah jawab kau wajib dikepalalututkan. Soalan RM500 level dia macam level periksa akhir tahun, RM1,000 soalan macam UPSR.
Peh, begitu senang dapat RM1,000. Jalaluddin Hassan bagi chance kau nak ambik RM1,000 dan chow, atau nak teruskan permainan. Tapi tujuan kau datang nak jadi jutawan, kan.
Level 2: RM2,000, RM4,000, RM8,000, RM16,000, RM32,000.
Level ni dah susah sikit. Soalan RM2K macam soalan PMR. Soalan RM4K dah macam SPM, RM8K dah macam tahap diploma, RM16K dah macam degree, RM32K dah tahap lecturer.
Kat sini ramai orang dah mula sangkut dengan guna talian hayat. Kalau dah habis guna talian hayat, alamatnya impian kau nak jadi jutawan semakin nipis.
Satu kebangangan (atau mungkin kecerdikan yang genius), ialah talian hayat tu sendiri. Kalau kau tanya orang ramai, undian penonton di studio - kalau soalan berbentuk pop atau pengetahuan am, bolehlah jawab. Kalau tiba-tiba keluar soalan mechanical engineering tapi tetamu kau kat studio cuma tahu gosip Siti Nurhaliza dengan Fazley Asmara Ini, maka sia-sia lah kau bertanya.
Dalam erti kata lain, kalau semua orang tahu jawapannya tapi kau tak tahu, dia menganjing kau ni bodoh piang, tapi kalau pengundi di studio pun salah, maknanya dia menganjing masyarakat yang cetek ilmu.
Talian hayat kedua ialah telefon rakan di rumah. Yang ni kau telefon member, isteri, awek, mak bapak, atau entah siapa untuk tolong bagi jawapan kat kau. Ada 30 saat untuk kau bertanya dengan telefon bimbit Ericsson T entah apa lancau.
Kalau kau tak dapat tanya atau member kau tak dengar soalan, tu nasiblah siapa suruh pakai Ericsson, dah line tak clear. Dah la dalam bangunan. Orang pakailah Nokia tiga tiga sekupang. Aku benci betul Ericsson zaman tu, pakai tu je line takde dalam bangunan.
Kalau member atau bini atau mak bapak kau salah jawab, dia menganjing diorang. Tapi kalau diorang dapat jawab, dia menganjing kau ni lagi bengap dari member atau bini atau mak bapak kau sampai kena mintak jawapan.
Talian terakhir, 50:50. Ini nasib. Kalau kau betul, kau berjaya lepas. Kalau kau salah, gi mampos.
Tapi talian hayat ni kau cuma boleh guna sekali, dan lepas kau guna kau dah tak boleh pakai lagi.
Masuk level 3, benda dah jadi lebih susah dan ini sudah masuk level serius. Kalau kau tak serius nak jadi jutawan, kau boleh blah dengan RM32K tu. Bolehlah buat kenduri, makan-makan saudara mara, atau bawak awek atau bini dan keluarga jalan-jalan.
Level 3: RM64K, RM125K, RM250K, RM500K, RM 1 juta.
Yang ni boleh kau buat peluh sejuk macam kau nak jawab soalan kat bapak awek kau "kau kerja apa" apabila kau hanya seorang penganggur yang melepak di shopping mall.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...