Zaman Myspace mati dengan Facebook? Ya, dan tidak. Kerana walaupun Facebook wujud pada 2004 dan mula kelihatan meningkat naik sekitar 2006, tetapi kematian Myspace secara total ialah pada tahun 2009. Tahun 2008 Myspace masih menyiarkan perdebatan antara Barack Obama dan John McCain.
Tapi apa yang menikam Myspace dari belakang sebelum Facebook akhirnya memberi satu tembakan headshot ke kepala Myspace? Jawapannya ialah blog.
Pensejarahan blog ini sebenarnya muncul dari zaman Geocities pada lewat 90an dan apabila pada pertengahan 2000an Geocities mula mereput dan Blogspot (yang sebenarnya bermula tahun 1999) dan Wordpress (tahun 2003) mula meningkat naik.
Pertengahan dekad 2000an munculnya blogger-blogger baru yang membawa gelombang politik tanah air, membawa populariti dalam satu bidang baru. Pada abad yang sebelumnya, kita perlu jadi selebriti, pelakon atau penyanyi untuk jadi popular. Dalam dekad ini, selain selebriti, pelakon dan penyanyi (oh ya dan juga pelawak), kita juga boleh jadi popular dengan menjadi seorang blogger.
Kebangkitan ini diterjemahkan dalam siri drama TV Melayu yang membawa semangat indie dari pertengahan 2000an membawa ke penghujung yang berjudul, Blogger Boy.
Blogger Boy menjejaki haru-biru kehidupan Budi (Qi), seorang guru tuisyen untuk murid-murid tingkatan lima yang bertelatah nakal, yang jugas menyimpan identiti rahsia di Internet melalui blog komik. Kehidupan Budi semakin memedihkan apabila terlepas teman wanitanya Zehan ke tangan jejaka lain, tambahan pula kemunculan semula teman cintanya swaktu remaja iaitu Nina (Julie Woon), dirumitkan lagi dengan teman serumahnya Kid (Nas-T) yang memberi nasihat kepada Budi agar boleh bermesra dengan Nina, sambil cuba merebut hati Nina sendiri.
Akibat nasibnya yang tidak menentu, Budi mengakui satu-satunya teman yng boleh diharap ialah blognya dan para pembacanya. Semakin berkembang cerita komiknya, maka semakin popular blognya tetapi semakin sukar untuk Budi menyorokkan identiti sebenar dan rahsia-rahsia di kalbunya.
Budi ialah seorang pelukis berbakat yang kuat dipengaruhi gaya komik Jepun dan Korea ang menjadi kegemarannya semenjak berusia remaja dulu. Oleh itu cara dia melukis watak-wataknya kelihatan tak tentu jantinanya. Demi melindungi identitinya semata-mata tanpa mengambil kisah bagaimana orang ramai memandang watak-wataknya, Budi memberi nama samaran B, K and N kepada watak-watak tersebut untuk mewakili diri dan kawan-kawannya. Tak disangka-sangka, karya komiknya menjadi perbualan hangat sampai para pembacanya cuba meneka jantina watak-watak tersebut.
Baiklah, tetapi siri drama Blogger Boy ini tidaklah sepopular drama TV Melayu seperti Dunia Baru, Gol dan Gincu, atau yang terbesar - KAMI The Series, tetapi Blogger Boy adalah siri-siri akhir era kegemilangan drama TV Melayu indie sebelum digantikan cerita drama kahwin paksa dan suamiku suamiku pada dekad akan datang.
Kemerosotan dunia "indie" ini bermula apabila muzik indie sudah mula menyerap masuk ke dalam dunia mainstream, dan membunuh semangat "indie" perlahan-lahan sejak mulai 2007. Pada 2009, ia sudah semakin perlahan sementara menunggu ianya lenyap pada tahun 2010.
Tetapi semangat "indie" itu meresap ke dunia penulisan dan mula muncul buku-buku sastera moden Melayu abad ke-21 dengan kemunculan Kasut Biru Rubina pada tahun 2007 yang mempengaruhi aku dalam berkarya. Layar Tanchap mulai slow dan bertukar menjadi Frinjan pada masa ini.
Zaman blog mewujudkan ramai pengkarya baru - termasuk diri aku sendiri. Zaman blog mencetuskan satu gelombang baru yang akan membawa penulisan gaya baru di dekad 2010an nanti. Sementara muzik "indie" mulai mereput dengan perpecahan Meet Uncle Hussain, lenyapnya channel radio X-Fresh dan Noh Hujan sudah mula berkenalan dengan Mizz Nina, muncul penulisan "indie" yang di masa puncaknya pada tahun 2012.
Namun aku terus terang, setiap benda yang muncul pasti ada tarikh luputnya. Scene buku "indie" pun dah nampak macam tu. Mungkin ia akan ada hayat yang lebih panjang jika satu atau dua buku novel berjaya didramakan atau difilemkan untuk bersaing dengan filem anak datuk tan sri kahwin paksa suamiku suamiku wedding planner.
Adakah scene buku "indie", atau sebenarnya lebih molek dipanggil alternatif mampu menembusi layar perak dan layar TV? Kita sudah ada KL Zombie (Zombiejaya) dan Pecah di layar perak. Impaknya tidak besar. Mungkin terlalu awal. Atau mungkin sudah terlewat?
Satu hari nanti, saya percaya buku saya pun akan dilupakan dan saya terima itu sebagai satu peredaran masa. Mungkin perlu mencari gaya lain pula untuk terus bertahan.
Perlu contohi Madonna bagaimana dia terus kekal relevan walaupun sudah tiga dekad berada di pentas.
Jangan jadi macam band rock kapak Malaysia - balik-balik sembang hal rock 80an. Weh, ini dah berapa dekad dah, orang dah bosan balik-balik kena pay tribute dekat orang tua ni.
Penyanyi 90an pun dah dianggap klasik, tau?
Dan seperti juga nasib Friendster, Myspace, E-Kawan - nasib Blogger juga mulai mereput dan sekarang orang main Twitter, Instagram dan Facebook masih bertahan. Tapi the next big thing, Snapchat.
Siapa main Wechat sekarang boleh dianggap belen.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...