Wow, lama betul aku menunggu untuk sampai ke topik ni. Entah kenapa aku rasa ini topik yang paling aku tunggu-tunggu, walaupun sebenarnya banyak juga topik yang best yang aku boleh kupaskan sepanjang dekad ini.
Ada banyak orang yang baya-baya aku, generasi awal Millennials yang sudah pasti inilah topik yang paling ditunggu-tunggu untuk aku kupaskan. Kerana inilah zaman di mana ramai diantara kita, yang sedang mengalami keremajaan yang optimum.
Siri Kami The Series bermula pada tahun 2008, dimana sebuah tahun yang bermulanya krisis ekonomi, dan apabila krisis ekonomi berlaku, maka berlakulah banyak krisis-krisis seperti krisis identiti diri, krisis politik, krisis sosial dan sebagainya.
Jika sebelum ini aku dah kupaskan topik seperti Dunia Baru, Hujan, dan sebelum itu - Myspace, scene emo - Kami The Series adalah penutup dekad yang cukup cun.
Walaupun Kami The Series bersiaran pada 2007, tapi ia menjadi semakin popular pada 2008, jadi aku rasa takpelah kan, aku start dengan tahun 2008 dengan topik ni?
Lynn (atau pen-namenya Teka Teki) ialah seorang gadis sekolah menengah yang meminati dan berusaha untuk membantu mempopularkan muzik berkenaan dengan menerbit sendirinya yang bertajuk KAMI yang dibiayai melalui cara-cara yang luar biasa. Namun, cabaran paling getir menemui Lynn apabila dia sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur semata-mata kesalahan yang dilakukan Lyn sendiri. Setibanya di ibu kota, dia menemui empat orang kawan baru yang menghulurkan tangan mereka kepadanya untuk mencapai impiannya.
Oleh sebab empat kawan itu juga mengalami konflik peribadi sendiri, mereka berlima sedar bahawa mereka menjejaki jalan yang sama untuk mengenali diri dan tidak dapat lagi mengelakkan diri daripada meragui diri, hubungan, tekanan ibu bapa dan ketidakpuasan hidup dalam kebasian pinggir bandar. Oleh sebab tanggungjawab dewasa makin dekat untuk membebankan mereka, lima sekawan itu bersyukur kerana ada satu benda yang meringankan hati mereka – persahabatan mereka - dan iringan muzik yang melambangkan saat-saat paling mengelirukan dalam hidup mereka, iaitu usia remaja.
Jadi, cerita Lynn dari buat tuisyen haram (sebenarnya apa yang haram? Aku tak faham? Dia ajar orang Bahasa Inggeris lepas tu charge orang, apa salahnya beb?), kemudian dia jadi pusher jual dadah dengan Boy untuk projek fanzine Kami, dan pergi ke gig Bittersweet di bandar.
Ya, aku ada crush dengan Lynn, dan aku mahu rambut macam Ali.
Tapi aku tak berapa minat Sofie, walaupun ramai orang minat Juliana Evans yang namanya mula meningkat naik pada ketika itu.
Serta Abu yang banyak berkorban demi kawan, dan banyak kali kena tangkap polis kerana habitnya yang suka mencuri.
Pada akhirnya, inilah drama Melayu yang generasi kami mahukan. Cerita tentang kami. Bukan cerita tentang anak orang kaya sembang juta-juta atau cerita tentang gangster. Ini cerita kebanyakan orang. Inilah cerita yang kami mahu.
Mungkin sebab itu, tajuknya ialah KAMI. Sebab ini, adalah cerita kami semua.
Walaupun Dunia Baru yang mencetuskan scene drama Melayu remaja selamba macam ni, tetapi Kami yang membangkitkan ke satu tahap, sehingga pada tahun seterusnya filem Kami The Movie pula ada.
"Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada."
This is the best thing, ever. Kerana drama ini juga, scene buku alternatif mula bercambah naik - dan wujudkan orang macam aku. Terima kasih, pengarah, Fariza Azlina.
YOU ARE READING
2000s
Ficción históricaMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...