Semasa saya belajar di UiTM, saya disuruh untuk masuk ke Biro Tatanegara (BTN) selama seminggu oleh pihak universiti. Kem saya terletak di Beranang, dan pada November 2002 itu, saya tidak ada perhubungan dengan dunia luar, kecuali akhbar Utusan Malaysia.
Jadualnya, kena bangun jam 5:30 pagi, riadah lepas Subuh jam 6:30 pagi. Sarapan pagi jam 7 pagi, kemudian kelas BTN. Dia cerita sejarah Malaysia, siapa pembangkang, siapa itu siapa ini. Jam 9 pagi, minum pagi. Jika sarapan pagi ialah makan mihun goreng, minum pagi makan kuih gulung. Kemudian lepas tu sambung kelas lagi.
Tengah hari, makan jam 12 tengah hari, nasi dan lauk selalunya ikan, dan sayur, bersama air sirap. Kemudian solat zuhur, jam 2-4 petang, kelas lagi. Kemudian minum petang jam 4 petang. Jika pagi makan kuih gulung, petang makan karipap, dan begitulah sebaliknya.
Kemudian lepas minum petang, riadah dari jam 5 sampai maghrib. Mandi, solat maghrib, kemudian makan malam. Jika tengah hari ikan, malam mungkin ayam atau daging. Tergantung pada pihak pengurus.
Kemudian malam ada kelas serta melakukan projek untuk hari terakhir kem. Dan sebelum tidur, minum malam dengan sekeping roti atau biskut dicicah dengan teh tarik.
Begitulah rutin hidup saya selama seminggu ketika duduk di kem BTN. Seminggu saya duduk di kem BTN, terus saya jadi penyokong tegar Barisan Nasional, sampai ketua cawangan Umno kencing duit tampal poster di kawasan rumah saya.
Sejak saya kena kencing dengan ketua cawangan Umno saya tak masuk mana-mana kem BTN, menyebabkan saya hari ini, menjadi saya pada hari ini.
Program Latihan Khidmat Negara, atau dikenali sebagai PLKN, memulakan projeknya pada tahun 2004. Sebelum saya jumpa girlfriend saya, crush saya yang merupakan vokalis kumpulan band saya menyertai PLKN selepas namanya tersenarai dalam nama yang disebut oleh pihak kerajaan.
Memandangkan ini kali pertama orang kena pergi, tidak ada sumber rujukan bagi orang yang kena pergi PLKN, kecuali dengan orang yang dah pergi BTN.
Tapi BTN tak sama dengan PLKN. BTN, ia cuma seminggu, dan modelnya untuk pegawai kerajaan dan pelajar universiti.
PLKN, adalah random. Budak baru habis form 5 yang tak kisah apa pun background family kau, kena pergi masuk hutan dan benda ini selama 3 bulan.
Sebulan pertama, disiplin macam kawad dan apa lancau tu. Kedua, fikiran dan teori, dan ketiga, khidmat masyarakat.
Kau fikir apa akan jadi dengan budak yang kena PLKN? Confirmed la kena brainwash kaw-kaw.
Tapi aku tak nak panggil ini sebagai brainwash, indoktrinasi atau apa jua pembangkang akan sebut. Ini cliché dan selalu orang sebut.
Apa aku nak cakap selepas PLKN ini ialah, business yang berlaku dalam kem PLKN itu.
Kuih gulung, karipap, teh tarik, biskut kering, nasi ikan yang aku makan dekat BTN tu kau fikir free? Itu datang dari duit rakyat, sama ada dia Melayu Islam Bumiputera atau Ah Beng Cheras jual VCD. Sama ada ia datang dari Benjamin penjual tuak beras di Sri Aman, Sarawak atau Thiagavelan seorang pekerja estet di Tanjung Malim.
Program ini datang dari wang rakyat tapi kontraktor-kontraktor yang mengendalikan PLKN ini menganggap ini satu peluang perniagaan.
Atas satu dasar kerajaan ia akan memanfaatkan orang yang terdekat dan orang yang terdekat itulah yang menjadi funder Umno selama ini.
Seringkali alasan yang dikatakan oleh kerajaan tentang PLKN ini ialah demi pertahanan negara dan mempersiapkan diri menjadikan negara bersedia jika berlakunya peperangan.
Tapi dengan siapa kita nak berperang ni? Al Qaeda? Amerika?
Ke pihak yang tak suka dengan Barisan Nasional?
Dengan BTN, mereka berjaya menyatukan bahawa Umno itu kerajaan dan kerajaan itu Umno, kerana mereka yang masuk BTN itu ialah pekerja kerajaan atau pelajar universiti yang akan masuk kerja kerajaan.
Dengan PLKN, mereka akan berjaya menyatukan bahawa Umno itu negara dan negara itu Umno, sebab yang masuk itu ialah semua jenis orang dari segenap jenis masyarakat dari pelbagai jenis kelas dan latar belakang.
Millennials - iaitu mereka yang lahir dari 1980 hingga tengah 1990an, adalah golongan terbesar yang mempengaruhi demografi negara.
Bayangkan dari 1986 ke bawah, ratio yang kena pergi ialah 30%. 30% dari 50% millennials, tak ke ramai tu?
Dan sebab itu kau jangan mimpi Pakatan Harapan akan menang pilihanraya.
YOU ARE READING
2000s
Ficção HistóricaMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...