Jika kita ingin bercakap tentang dekad 2000an, maka tidak lengkaplah jika sekiranya kita tidak bercakap tentang ini. Walaupun ada yang berkata: "nah, I didn't have Myspace, I only have Friendster", tapi ramai juga yang pakai Myspace pada ketika ini, hokeh?
Tidak seperti Friendster yang agak menyusahkan kita dari segi nak mengadd friends kita, Myspace memberikan sedikit kebebasan dengan membenarkan kita untuk add orang lain yang tak ada hubungan friends dengan kita.
Dalam erti kata lain, kegagalan Friendster ialah kerana mereka merasakan hanya kawan saja yang boleh diadd, tetapi Myspace, lebih dari itu.
Tetapi kelebihan Myspace yang paling utama yang menyebabkan Friendster tewas, ialah Myspace boleh didesign wallpaper, boleh letak mp3, dan benda-benda yang konon-konon cool yang pada zaman sekarang bangang gila.
Myspace adalah mata pencarian bagi sesetengah orang, termasuk saya. Dengan bermodalkan duit untuk bermain internet di cybercafe, atau tumpang internet di rumah girlfriend saya, saya mengambil upah untuk mendekorasi Myspace orang. Bagi satu design, kalau design biasa, saya charge dalam RM10, kalau design yang melibatkan custom made serta code yang agak susah, serta memerlukan ukuran custom, yang tidak berpandukan design asal Myspace, saya charge RM20. Bagi Myspace yang menggunakan flash, yang sebenarnya tak susah mana tapi disebabkan kecanggihan page dibuka dengan flash, saya charge RM50.
Tapi kadang-kadang, kalau awek cun, saya pow dia dengan dia belanja saya minum di Starbucks, dan kalau girlfriend saya tanya (dia jarang tanya pun pasal ni anyway), saya kata, kawan minta design Myspace. Dia takkan tanya banyak, sebab dia kata cuma ada dua orang sahaja yang boleh buat dia insecure, mak dia dan adik dia. Tapi itu cerita lain.
Bagi e-mail dan password, semua jalan.
Jika Friendster menggunakan testimonial untuk kita comment, Myspace menggunakan istilah, hmm, comment. Seperti Friendster, Myspace juga ada ruang bulletin untuk kita invite kawan-kawan kita kalau kita ada party, atau gathering group forum, seperti group scooter Sigma Crew dan forum My Man United yang pernah saya masuk dulu.
(ooops)
Dan peningkatan penjualan kamera digital pada waktu ini, membantu budaya berselfie di hadapan cermin tandas shopping mall atau fitting room dengan satu gaya pelik yang bernama 'duckface' bermula. Satu trend di mana para gadis akan mengambil gambar dari angle atas (kerana dengan angle atas ia boleh menampakkan anda lebih kurus), dan duckface - saya tak faham apa yang comelnya gaya ini.
Cuma kadang-kadang, apabila saya design Myspace client saya (ecewah client), girlfriend saya sambil godak-godak sudu pada cawan kopi, dan komen gambar seorang demi seorang. Kadang-kadang saya pun gelak, tapi tahan saja.
Sebagai tukang design Myspace, perkara pertama yang perlu kita ada ialah ilmu kod HTML yang merupakan DNA pada Myspace anda. Perkara seperti <img src=""> atau <a></a> dan kod-kod sebegini harus ada dalam seorang designer Myspace. Bagi design asas, mereka cuma kata, "nak wallpaper ini dan itu" atau kotak "add as friends" jika semuanya boleh diyahookan, benda tu senang saja. Tapi kalau dia nak wallpapernya perlu divectorkan - yang ini susah sikit dan memakan masa, tetapi jika wallpaper itu standard Myspace, saya charge harga sama sahaja. Ilmu asas editing dan coding perlu ada.
Dan saya pun sendiri bukanlah yang terbaik. Jika sesuatu design itu saya tak mampu nak buat, saya subcon saja projek itu, atau kadang-kadang saya terus saja kata pada client yang saya tak boleh buat, dan kawan saya yang boleh buat, saya beritahu saja nombornya dan biarkan kawan saya yang lain yang buat. Macam ni baru berniaga tanpa rasa hasad dan dengki. Barulah Melayu sama-sama maju.
Zaman kejatuhan Myspace berlaku apabila kelebihannya yang menumpaskan Friendster dulu - boleh design wallpaper dan macam-macam yang saya sebut awal tadi, sudah menjadi kelemahannya. Internet menjadi lebih slow, jadi lagging, hang, dan kadang-kadang asyik kena restart PC. Dan apabila munculnya Mark Zuckerberg, orang semua mahu kembali menjadi normal - dan kerana itu Facebook naik.
Cuma apabila masa berlalu pantas, dan Myspace sudah menjadi tapak arkeologi internet yang telah lama ditinggalkan, dan kini ia telah diubah oleh Justin Timberlake dan menjadi Myspace yang tidak lagi saya kenal, saya jadi sedih, kerana saya telah mendelete akaun Myspace saya kerana saya keluar dari forum My Man United (dan sebab itu saya benci Man United sekarang, it's personal) dan delete Myspace saya.
Abang kepada girlfriend saya mendelete Myspace adiknya apabila dia meninggal dunia, dan tidak ada lagi kenangan yang ada pada saya di Myspace. Di New Myspace, langsung tidak ada memori walaupun saya ada akaun.
Terima kasih, Tom Anderson.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...