4

136 7 0
                                    

MUIZ dan Azizah kelihatan ragu-ragu dengan apa yang dikatakan oleh Baidura. Sehingga peninggalan Baidura dan Izhar, mereka masih tidak dapat memberikan jawapan yang pasti.

"Mak, ayah! Boleh dak kalau Icha ikut Kak Dura tu?"

Baik Muiz atau Azizah, mereka tidak menjawab pertanyaan Arisa. Hanya mata kedua-duanya beradu seolah-olah meminta pendapat seorang lagi.

"Ayah bukan tak bagi." Akhirnya, Muiz membuka kata. "Tapi, Icha... kita tak kenal pun depa tu! Entah depa ada niat serong ka nanti, kita juga yang susah."

"Yalah, Icha... mak pun risau juga! Icha tu anak dara, buatnya depa tu ada niat tak baik, apa nak jadi nanti? Icha tu pula bukannya biasa jauh daripada mak. Kita ni orang kampung, orang susah, susah nak hidup dengan orang kaya macam depa tu! Buatnya depa bawak lari anak dara mak ni, siapa yang susah?"

Arisa diam mendengar luahan hati kedua ibu bapanya. Orang tua mana yang tidak risau untuk melepaskan anak gadis mereka untuk ikut orang yang tidak dikenali? Sudah tentu mereka akan berfikir banyak kali sebelum setuju dengan cadangan Baidura itu.

"Tapi, mak, ayah... Kak Dura tu nampak baiklah. Takkan dia nak tipu kita pulak? Nampak cara dia cakap tadi pun macam dia betul-betul nak tolong kita."

"Ayah rasa tak payahlah Icha ikut depa tu. Suduk saja kat rumah ni, tolong emak dengan ayah. Banyak kerja yang Icha boleh buat. Kalau setakat nak makan pakai tu ayah masih mampu lagi, Icha."

"Memang ayah mampu, Icha tau. Selama ni pun ayah dan mak yang besarkan Icha, tak pernah pula Icha dan adik-adik kelaparan. Tapi, Icha nak keluarga kita ni lebih maju lagi, ayah, mak. Kalau ada rezeki, Icha pun nak sambung belajar. Masuk universiti macam orang lain. Sementara tunggu keputusan periksa ni bolehlah Icha cqri duit sikit, taklah susah bila dapat sambung belajar nanti."

Arisa cuba melembutkan hati kedua orang tuanya. Walaupun belum tentu dia akan menyambung pelajarannya, mungkin dengan kata-katanya itu dia akan dibenarkan mengikut Baidura nanti. Berapa sangatlah yang boleh diharapkan dengan membantu emaknya membuat kuih dan menjahit baju.

Jika boleh seperti yang dijanjikan Baidura, dia mampu mengumpul lebih banyak wang nanti. Walaupun bekerja sebagai pembuat teh dan membersihkan pejabat, dia akan dibayar gaji tetap setiap bulan. Soal tempat tinggal pula tidak perlu dirisaukan sebab dia akan tinggal di rumah Baidura. Soal pengangkutan juga tidak menjadi masalah kerana dia akan pergi dan balik kerja dengan Baidura.

"Kalau setakat duit muka nak masuk universiti tu, ayah pun ada sikit-sikit simpanan, Icha."

"Tapi, ayah... kalau Icha ada duit sendiri, duit tu nanti ayah boleh guna untuk benda lain. Aman dan Amin tu pun nak guna duit juga." Masih tidak mahu mengalah Arisa memujuk ayahnya. Dia benar-benar berharap agar dapat mengubah kehidupan mereka.

"Entahlah, Icha... susah ayah nak lepaskan Icha..."

"Mak pun sama juga, Icha. Icha tu muda lagi, senang-senang orang boleh tipu nanti."

"Mak, ayah... kalau mak dan ayah tak bagi peluang pada Icha, macam mana mak dan ayah nak tau kebolehan Icha? Icha taulah nak jaga diri Icha nanti. Bolehla mak, ayah? Bagilah Icha ikut Kak Dura tu." Lembut pujukan Arisa. Semoga emak dan ayahnya terbuka hati untuk melepaskannya pergi.

😇😇😇😇😇😇😇😇😇😇😇😇😇😇😇😇😇😇😇😇😇😇😇😇😇😇

BAIDURA dan Izhar baru habis berbincang dengan Sofian di anjung masjid. Suara nyaring panggilan Arisa menarik perhatian mereka. Senyuman lebar Arisa menunjukkan sqtu petanda baik buat mereka. Tentu Arisa telah mendapat kebenaran untuk mengikut mereka pulang esok.

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now