39

101 7 0
                                    

ARISA melihat jam di tangannya, jam hantaran yang diberikan Izhar. Izhar juga memiliki jam yang sama dengan potongan khas buat lelaki. Gelisah hatinya bila jam sudah pun menunjukkan hampir pukul 9.30 minit pagi sedangkan Izhar masih tidur. 

Sebentar lagi waktu sarapan akan tamat. Perutnya sudah mula mendendangkan bermacam-macam irama lagu. Semalam pun dia makan ala kadar saja. Maklumlah, bila menjadi tumpuan para tetamu, segalanya terpaksa dilakukan sebaiknya, protokol dan gerak laku harus dijaga sampaikan hendak makan pun terasa susah. Apatah lagi dengan renungan Nek Yong yang tidak pernah manis muka kepadanya!

"Encik Iz... tak mau bangkit lagi ka? Icha laparlah," rengek Arisa sambil menepuk-nepuk lengan Izhar. Jika diikutkan hati mahu saja ditinggalkan Izhar dan bersendirian untuk bersarapan, tetapi apa pula kata Izhar nanti.

"Kejap lagilah... abang mengantuk sangat ni," jawab Izhar lemah dengan mata yang masih tertutup rapat.

"Dah dekat pukul 9.30 pagi. Bangkitlah. Nanti breakfast habis."

"Alah, nanti kita order lainlah..."

"Tulah orang kaya, suka membazir! Dah orang bagi makan free, tak mau. Sayang sangat nak tinggal tempat tidur tu. Pilah bersembang lagi sampai pukul tiga, empat pagi. Lepas tu segan nak bangkit. Sanggup nak keluar duit nak beli makanan lain."

Izhar membuka matanya perlahan-lahan. Kelihatan Arisa sudah menjauhinya dan duduk di atas sofa. Masam kelat wajah isterinya itu dengan muut yang masih bergerak-gerak mengatakan sesuatu. Belum berpuas hati nampaknya dia dengan bebelannya tadi.

"Yalah, duit banyak... apa nak hairan dengan makanan free tu..." terdengar Arisa menyambung bebelannya lagi.

"Okey-okey, abang bangun. Icha tunggu abang mandi kejap, kejap... je." Izhar cepat-cepat melarikan dirinya ke bilik air. Jika lambat entah apa lagi yang dileterkan oleh isterinya itu. Cukuplah dia mendegnar bebelan Arisa semasa dia digerakkan untuk bersolat subuh tadi. Selagi dia tidak bangun, selagi itulah Arisa mengomel. Tapi bagus juga, jika Arisa tidak bising pasti solatnya akan terbabas tadi.

 Hampir pukul empat pagi dia sampai ke bilik selepas berbual dengan rakan-rakannya. Tentunya Arisa sudah begitu nyenyak tidurnya. Ada juga rasa sesal di hatinya kerana pulang begitu lewat. Entah apa agaknya perasaan Arisa bila ada sahaja perkara yang perlu dilakukannya sehinggakan dia tiada masa untuk melayan isterinya sejak majlis akad nikah mereka dahulu!

***********************************************************************************************

LEGA rasanya bila semua sudah selesai dan berjalan seperti yang dirancangkan. Lapang dada Arisa bila dapat kembali ke rumah dan tidak perlu lagi menjaga protokol bila berhadapan dengan orang ramai. Susah juga rupa-rupanya menjadi isteri kepada orang yang berpangkat. 

"Dura dan Iz tak pergi berbulan madu ke?" soal Nek Da kepada kedua-dua orang cucunya.

"Nak memanglah nak, nek... tapi bukan sekarang, mungkin sebulan dua lagi. Sekarang ni kerja pun banyak. Maklumlah, seminggu dua ni Dura asyik sibuk dengan persiapan perkahwinan tu, banyak kerja yang terbengkalai. Nanti bila dah lapang sikit bolehlah kita orang pergi honeymoon," jawab Baidura sambil tersenyum manja kepada suaminya, Fariq.

Seperti yang dijanjikan kepada Baidura, Fariq akan turut tinggal di situ setelah mereka berdua berkahwin dan siang tadi dia telah pun membawa semua barang keperluannya ke situ. Nampaknya, bertambahlah lagi penghuni di rumah itu.

"Iz pun samalah, nek... klinik tu baru saja dibuka, nak kenalah pantau juga untuk permulaan ni. Nanti kalau dah okey sikit bolehlah bercuti."

Izhar telah pun berhenti kerja di hospital kerajaan. Telah lama dia berhajat untuk memiliki kliniknya sendiri dan sejak bertunang dengan Arisa, dia telah membuat perancangan untuk berhenti kerja dan mula menguruskan tentang pembukaan kliniknya.

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now