3

133 10 0
                                    

ARISA sudah boleh bernafas dengan lega. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kini sudah tamat. Dapatlah dia menumpukan sepenuh perhatian untuk menolong kedua orang tuanya. Kadang-kadang dia menolong membuat kuih, kadang-kadang pula dia mwnolong menjahit kaki dan tangan baju yang diambil upah oleh emaknya. Mereka anak-beranak tidak pernah memilih kerja. Apa saja kerja yang ada akan dilakukan demi mencari rezeki yang halal.

"Mak, Icha pi kutip bawang na?" Beritahu Arisa sekali gus meminta kebenaran daripada emaknya.

Azizah mengangguk. "Pilah. Tapi jangan lama-lama. Kutip ala kadar dahlah. Bawang kita pun banyak lagi," pesan Azizah.

"Icha cari takat yang mampu ja, mak. Cari banyak sangat pun nanti tak larat pula nak galas balik. Tapi kalau banyak boleh juga bagi kat Tok Pah. Kesian dia. Dia bukannya larat nak kutip sendiri."

Tok Pah, seorang wanita tua berusia lingkungan 70-an, adalah jiran mereka di sebelah rumah. Dia hidup sendirian dengan berharapkan duit bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bantuan yang tidak seberapa daripada jiran-jiran yang juga serba kekurangan. Selalu juga keluarga Muiz membantu dengan memberi ikan-ikan kecil tangkapannya. Ada juga sekali-sekala Muiz membelanjakan wangnya untuk membeli ubat buat Tok Pah bila membawa wanita itu ke klinik.

"Ikut suka Ichalah."

Dengan membawa jala ikan buruk yang telah diubah suai oleh ayahnya menjadi sebuah uncang, Arisa berjalan ke gudang bawang yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka. Kelihatan dua orang wanita telah pun berada di situ dengan tujuan yang sama.

"Mak Bi, Kak Com... dah lama sampai?" Tegur Arisa ramah dengan mata yang tidak beralih dari bekas yang dibawa mereka. Lega rasanya bila bekas itu kelihatan masih sedikit saja isinya. Maknanya masih banyak bawang yang elok boleh dicarinya.

"Baru saja Icha. Mak hang tak mai?" Soal Mak Bi.

"Mak tengah jahit baju. Kak Ton kat ujung teluk tu mai upah kelmarin. Esok dah nak pakai, kalut jugalah mak nak siapkan," cerita Arisa masih tetap ramah sementara tangannya lincah memilih bawang-bawang yang terbuai-buai disapu ombak. Hanya bawang-bawang yang kelihatan masih elok dikutipnya.

Kelihatan banyak bawang yang berserakan di tepi pantai, tentu pekerja-pekerja gudang tu baru sahaja membuang bawang-bawang yang telah dipilih mereka. Untung masih belum ramai yang datang, jika tidak, tidak merasalah dia mendapat bawang yang elok. Mungkin mereka belum tahu yang hari ini ada bawang yang dibuang agaknya.

Penuh uncang yang dibawanya, Arisa terus pulang ke rumah. Tika itu semakin ramai juga orang yang datang. Tentu ada habuan untuk mereka kerana masih banyak lagi bawang yang tinggal. Bagi Arisa memadailah bila uncangnya sudah penuh. Rezeki percuma itu biarlah dirasai seorang sedikit. Esok lusa pasti ada bawang yang dibuang lagi.

Arisa meletakkan uncang bawang di atas pangkin di bawah pokok ubi. Pokok ubi gajah rendang yang berusia puluhan tahun itu pasti dapat memberikan perlindungan buatnya daripada panahan matahari walaupun bukan sehebat 'UV protection'. Di situ, dia akan mengopek bahagian luar bawang yang kurang elok dan busuk. Bahagian yang masih elok akan disimpan untuk dimasak. Dapat juga mereka berjimat!

"Assalamualaikum, Icha!"

"Eh, Kak Dura! Waalaikumussalam. Lama tak nampak?"

"Kak Dura dah balik KL, semalam baru datang sini balik. Esok, dah nak balik sana semula. Icha buat ap ni?" Hairan Baidura melihat Arisa sedang membersihkan bawang-bawang yang basah dan hampir busuk itu.

"Icha tengah bersihkan bawang ni. Yang dah tak elok ni kena buang cepat, kalau tak dia merebak sampai ke dalam pulak, rosaklah bawang ni nanti. Tambah-tambah dah kena air laut ni, lagilah cepat rosak."

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now