26

114 8 0
                                    

KEPULANGAN Nek Yong dan keluarganya selepas sarapan tadi tidak juga dapat melegakan kekusutan yang dirasakan Arisa. Sedikit sebanyak kedatangan Nek Yong membuat dia mula berfikir akan jurang yang ada antara dia dan keluarga Nek Da. Selama tiga bulan dia di situ, dia dilayan dengan amat baik bahkan dianggap sebagai keluarga oleh Nek Da dan cucu-cucunya sehingga dia lupa akan batasan yang sepatutnya wujud di antara mereka. Ada sempadan yang tidak boleh dilangkaui!

Terlalu taksubkah dia untuk hidup senang sehingga mengetepikan semua itu? Terlalu materialistikkah dia? Arisa bertingkah sendiri di dalam hati. Antara keinginan dan maruah diri, dia kini di dalam dilema. Patutkah dia melupakan saja angan-angannya untuk hidup senang dan pergi dari situ?

"Kak Icha... nenek panggil."

"Ada apa?" tanya Arisa ingin tahu. 

"Entah!" Adila mengangkat bahu. Dia hanya mengikut perintah Nek Da dan tidak pula dia tahu apa yang diinginkan oleh neneknya itu.

Arisa yang sedang menolong Mak Jah di dapur terus membasuh tangannya dan mengikut Adila. Hairan Arisa bila diberitahu Adila yang Nek Da sedang menunggunya di perpustakaan bukan di dalam bilik ataupun di ruang tamu seperti selalu. Semakin hairan dia apabila menjejakkan kaki ke dalam perpustakaan, Baidura dan Izhar sudah pun berada bersama Nek Da menanti kedatangannya. 

Hati Arisa mula tidak sedap. Pasti ada perkara yang penting sehingga Nek Da mengadakan perjumpaan tertutup begitu dan pastinya perkara itu adalah bersangkutan dengan dirinya. Mungkinkah mengenai peristiwa dia bergaduh dengan Elina semalam?

"Duduklah Icha," suruh Nek Da bila Arisa masih termangu-mangu dan tegak berdiri di hadapannya bagai seorang pesalah yang sedang menunggu hukuman dijatuhkan. "Duduk! Apa tercegat lagi tu?"

Tanpa suara Arisa mengambil tempat di antara Baidura dan Izhar yang masih kosong. Tidak berani dia mengangkat muka walaupun suara Nek Da tidaklah kedengaran lain dari selalu.

"Kenapa yang tegang sangat ni? Nenek bukannya nak marahkan kamu semua. Nenk bukan nak menghukum, tapi nak berbincang. Iz... Dura? Ini rumah, bukannya mahkamah!" Nek Da memulakan mukadimahnya. Seorang demi seorang wajah di hadapannya diperhatikan. "Arisa, kenapa muka pucat sangat ni?"

Perlahan-lahan Arisa mendongak. Izhar dan Baidura di kiri kanannya dikerling sekali lalu. "Icha dah tau apa yang Nek Da nak cakap."

"Baguslah tu... apa dia?"

"Pasal semalam! Icha... Icha yang salah. Icha yang patut kena marah! Nek Da janganlah marahkan Kak Dura dan Encik Iz."

"Bukan pasal tu!" potong Nek Da cepat. "Sebenarnya semalam Nek Yong ada cakap dengan nenek yang saudara-mara kita semua asyik cakap pasal Icha." Nek Da berhenti dengan mata lurus ke wajah Arisa ingin melihat riak gadis itu bila mendengar apa yang akan disampaikannya. Kelihatan Arisa mengeluh panjang. Pasti sudah menduga hal itu.

"Dia orang kata tak manis Icha tinggal kat sini sebab rumah ni ada anak bujang yang belum kahwin!"

Suasana menjadi sepi seketika. Masing-masing dengan fikiran yang berkecamuk memikirkan apa yang harus dilakukan dan apa yang bakal berlaku nanti.

"Ada siapa-siapa yang ada cadangan macam mana nak selesaikan perkara ni? Nenek dah tak tahu nak fikir apa yang sepatutnya nenk buat."

"Icha dah fikir dah pasal semua ni." Arisa mendahului yang lain menjawab. "Disebabkan Icha, nenek sekeluarga dapat malu. Lebih teruk lagi, Kak Dura sampai bergaduh dengan Abang Fariq. Icha rasa semua masalah yang jadi semalam akan selesai kalau Icha tak duduk kat sini."

"Tak ada penyelesaian lain ke? Timbul saja masalah, Icha tak nak tinggal kat sini. Ada masalah, Icha nak balik kampung," sanggah Nek Da tidak setuju dengan cadangan Arisa.

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now