42

107 6 0
                                    

SEMASA Izhar dan Arisa turun selepas solat Asar, beberapa orang rakan mereka telah pun berkumpul di bawah kanopi yang telah sidesiakan oleh pihak pengurusan. Gamat usikan mereka bila melihat Izhar mengganding Arisa ke situ.


"Ada program apa ni?" tanya Izhar kepada rakan-rakannya.

"Tunggu chief datang!" jawab Fazli dengan sengihan lebar. Entah apa yang telah dirancangkan oleh mereka, seronok benar kelihatannya.

"Hah! Tu Hasnaidi dah sampai!" Lurus telunjuk Farizaan menunjuk ke arah seorang lelaki yang sedang mendapatkan mereka.

"Hai, berseri-seri pengantin kita ni!"

"Kau baru sampai ke?"

"Aku pukul 12.00 tadi dah sampai. Tadi keluar kejap, ada hal sikit." Hasnaidi memandang sekelilingnya seakan tercari-cari akan sesuatu. "Mana yang lain?"

"Kejap lagi turunlah tu..."

"Tak apalah, kita proceed dulu. Aku dah lapar ni," ujar Hasnaidi dengan senyum dan kening yang bergerak-gerak.

"Hai! Senyum semacam saja ni... mesti ada apa-apa ni!" Melihat gaya Hasnaidi, Izhar sudah dapat mengagak, pasti ada sesuatu yang dirancangkan oleh kawan-kawannya. 

"Taklah! Kita orang ni sebenarnya lapar, belum minum petang lagi. Tapi sebelum makan ni, nak kena masak dululah dan kita orang semua ni teringin sangat nak rasa masakan daripada pengantin..."

"Hah?!" 

Terdengar jeritan kecil Arisa sebelum Hasnaidi sempat menghabiskan penerangannya.

"Icha mana pandai masak!" Susah hati Arisa bila semua tertumpu kepadanya. Dia bukannya reti hendak masak makanan yang sesuai dengan mereka semua. Setakat nak buat cucur udang tu bolehlah diusahakan!

"Alah, kita orang bukan nak makan makanan yang susah-susah pun. Masak yang simple-simple dahlah."

"Nak masak apa?" Lengan Izhar dipegang kuat oleh Arisa, berkerut-kerut dahinya dengan bibir yang diketap kuat.

"Lasagna..."

"Chicken chop..."

"Karipap..."

"Baklava!"

"Laksa... laksa!" Orang Penang mesti pandai buat laksa!"

Entah apa-apa jawapn lagilah yang diberikan terhadap soalan Arisa. Sengaja mereka mahu mengusiknya. Pening jadinya Arisa. Rata-rata makanan yang disebut langsung dia tidak pernah mendengarnya.

"Eh, kau orang janganlah buli isteri aku..." sanggah Izhar dengan senyuman seraya merangkul bahu Arisa agar rapat ke sisinya. Dia tahu Arisa sudah gelabah.

"Mana ada buli," nafi Hasnaidi dengan ketawa kecil. Mereka bukan mahu membuli hanya sekadar untuk melihat kebolehan Arisa. Jika Arisa tidak dapat menyediakan makanan buat mereka, mereka akan faham kerana usia Arisa juga masih terlalu muda. Pasti semua kerja rumah dan masak-memasak dilakukan oleh orang gaji di rumahnya. Pada hemat mereka, Arisa pastinya anak orang berada.

"Rilekslah, Iz! Kau orang bincanglah dulu apa yang nak masak nanti. Kami akan minta pada pihak pengurusan untuk sediakan bahan-bahannya."

Arisa menarik Izhar ke satu sudut yang agak jauh dari kawan-kawannya. "Abang... nak masak apa ni?"


"Apa yang Icha rasa senang?"

"Semuanya susah! Icha mana reti masak semua tu, dengar pun tak pernah! Kalau nak masak laksa, sampai malam pun tak siap kot, bukannya sikit..."

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now