17

104 8 0
                                    

"IZ tak balik lagi, Dura?"

"Belum Nek. Tu yang Dura risau ni. Telefon tidak, apa pun tidak. Selalunya kalau dia kena stay back, dia call dulu," beritahu Baidura. Risau nampak wajahnya.

"Kejap lagi baliklah tu agaknya," ujar Nek Da cuba menyedapkan hatinya sendiri. Jarang sekali Izhar tidak memberitahu jika dia tidak pulang. "Agaknya ada kecemasanlah tu, tak sempat nak call."

"Agaknya, nek." Baidura mengerling Arisa yang sedang duduk menonton televisyen di sebelahnya. Gadis itu seolah-olah tidak mendengar apa yang mereka bincangkan. Hatinya mengeluh sendiri. Arisa nampaknya betul-betul tidak mempedulikan Izhar sehingga langsung tidak ambil kisah akan keadaan adiknya itu.

Tentu saja Arisa risau, cuma tidak ditunjukkan perasaannya kepada mereka di situ. Takut juga jika sesuatu terjadi kepada Izhar sebelum dia sempat meminta maaf daripada lelaki itu setelah agak lama mereka berkonfrantasi!

***********************************************************************************************

"DIDI, panggilkan abang. Ajak dia sarapan sekali," suruh Nek Da bila kerusi Izhar kelihatan masih kosong ketika mereka mahu bersarapan.

"Tak payah, Didi," larang Baidura bila Adila sudah mahu berdiri. "Iz tak balik pun lagi!"

"Hah! Tak balik lagi?" Nek Da yang sedang menyenduk sarapan terus terhenti. Wajah Baidura ditatap Nek Da. Risau benar dia bila cucu lelakinya itu tidak pulang dari semalam. "Tak telefon?"

 Baidura menggeleng, menambahkan kerisauan Nek Da.

"Apa dah jadi dengan Iz ni? Ya ALLAH! Selalu dia tak macam ni pun!" Nek Da bersuara perlahan. Terus dia bersandar di kerusinya.

Arisa turut kaku di tempat duduknya. Tanpa suara, Nek Da dan Baidura diperhatinya bersilih ganti. Ingin bersuara, tetapi kerongkongnya bagaikan tercekik. Perutnya yang tadi amat lapar, kenyang serta-merta mendengar perbualan Baidura dan Nek Da tentang Izhar. 

"Assalamualaikum." 

"Waalaikumusalam," jawab semua serentak seraya memandang ke arah tuan punya suara. Bagai terlepas sebuah beban berat, semuanya kelihatan menarik nafas lega bila Izhar muncul di ruang makan dengan wajah yang kelihatan kusut dan tidak terurus.

 "Ya ALLAH, Iz! Mana Iz pergi? Kenapa tak balik semalam? Dahlah tak balik, telefon pun tidak, apa tidak! Risau kami semua tahu tak? Iz pergi mana sebenarnya?" Nek Da memulakan mukadimahnya. Walaupun sudah reda kerisauannya, namun dia ingin sangat tahu tentang hal cucunya yang tidak pulang sedari semalam.

"Iz tak ke mana. Ada emergency semalam, lepas tu Iz tidur kat apartment kejap." Izhar menunduk, menyembunyikan muka bersalah daripada pandangan Nek Da. 

"Iz tahu tak kita orang semua risau. Tak boleh ke Iz telefon dulu beritahu." Giliran Baidura pula memarahi adiknya. Amat risau dia bila mendapati bilik Izhar kosong selepas subuh pagi tadi.

"Maaf , nek... Kak Dura! Bateri handphone habis!"

"Iz, lain kali tolonglah jangan buat perangai budak-budak macam ni! Kalau tak nak balik, mesti beritahu kita orang. Bersepah-sepah public phone kat luar tu!" sambung Baidura sinis. "Orang kat rumah ni macam nak gila tahu tak fikirkan keadaan Iz. Entah kena culik ke, kena rompak ke... kena langgar lari ke..."

"Public phone memang bersepah, tapi hampeh, satu pun tak boleh guna. Sebab Iz tak nak semua orang risaulah Iz terus balik lepas subuh tadi. Lagipun bukannya apa..."

Mata Izhar melirik ke arah Arisa. Nampaknya gadis itu juga sedang memerhati ke arahnya. Tersenyum hatinya bila melihat kerut-kerut kerisauan yang belum hilang dari wajah Arisa. Walaupun mereka tidak seperti dahulu lagi, jelas Arisa masih mengambil tahu akan halnya. "Iz cuma fikir itu lebih baik dari pulang sini dan buat orang ..."

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now