15

109 8 0
                                    

ARISA cuba berlagak biasa, namun tidak semudah itu hatinya mencerna tuduhan Izhar begitu sahaja. Dia tidak pernah berniat untuk mengenakan orang lain apatah lagi keluarga Baidura yang begitu baik terhadapnya. Sama sekali tidak disangka yang Izhar akan menuduhnya begitu.

Hari minggu yang selalu ditunggu-tunggu untuk bercuti rehat kini terasa amat lambat berlalu. Sedaya upaya dia cuba mengelak daripada bertemu Izhar. Tapi, tentu tidak semudah itu bila mereka masih tinggal di rumah yang sama. Bahkan melihat Nek Da dan Baidura saja hatinya sudah tidak keruan.

Setiap kali tiba masa makan, mereka pasti akan bertembung. Semakin tidak selesa dia bila mata Nek Da dan Baidura selalu saja meleret ke arahnya bila Izhar juga turut di situ. Pasti mereka ingin melihat reaksinya terhadap Izhar selepas kejadian semalam.

***********************************************************************************************

PERSOALAN Arisa tidak hanya di rumah. Keluh kesah hatinya bila tengah hari esoknya Izhar muncul di pejabat. Lebih teruk lagi bila dia disuruh membuatkan air untuk Izhar. 

'Dia nak kenakan aku lagi kot!' bisik hati Arisa. Semakin dia cuba menjauh, Izhar pula bagaikan sengaja mahu berdekatan dengannya.

"Cik Liana!" Panggilan Arisa membuat Fazliana mendongak dari menatap lembaran kertas di hadapannya. 

"Hmm... ada apa?" soal Fazliana tidak acuh sambil kembali menunduk.

"Cik Liana boleh tolong Icha dak?"

"Eeii... pleaselah! Nak tolong apa? Cuci jamban, sapu sampah?" soal Fazliana berserta dengan sebuah cebikan.

"Daklah! Takkan Icha nak suruh Cik Liana buat semua tu? Tukan kerja Icha, tak sesuai dengan Cik Liana yang cantik dan lemah lembut ni." Pujian berserta dengan sebuah senyuman manis dihadiahkan Arisa kepada Fazliana.

"Cakap aje terus terang awak nak apa?" Fazliana kembali mendongak, kembang juga dia dengan pujian Arisa.

"Cik Liana boleh tolong bancuh air untuk Tengku Izhar dak?"

"Kenapa pula saya?" Fazliana sudah duduk tegak. Ingin saja dia terus bangun menuju ke pantri. Kalau untuk Izhar, disuruh buat apa pun dia sanggup, tetapi sengaja buat-buat jual mahal. Jatuhlah sahamnya nanti kalau tunjuk muka suka depan Arisa.

"Icha berpeluh sangat ni, busuklah! Cik Liana boleh tolong dak?"

"Hurghh! Okeylah, saya tolong!"

Arisa tersenyum melihat Fazliana menonong ke pantri. "Suka katalah suka, buat-buat marah konon!" gumam Arisa perlahan setelah Fazliana berlalu.

Arisa kembali menyibukkan diri dengan kerja-kerjanya. Lepas sudah satu beban untuk menghadap Izhar. Tetapi tidak semudah itu! Wajah masam Fazliana yang memanggilnya untuk ke bilik Izhar membuat hatinya berdebar kencang.

 Dengan menarik nafas dalam-dalam dan langkah yang teragak-agak, Arisa melangkah ke bilik Izhar. Doanya semoga dia tidak akan menghadapi sebarang masalah dengan tuan pengarah syarikat itu.

"Mana kopi saya?" soal Izhar sebaik Arisa terpacak di hadapannya. Tidak marah, tetapi ada rasa tidak puas hati dalam nadanya.

"Icha dah suruh Cik Li..."

"Saya suruh awak, bukan dia!" 

"Icha banyak kerja, Encik Iz. Tak dan nak buat."

"Tak sempat atau tak nak buat?" Walaupun dengan nada lembut tetap kedengaran sinis bicara Izhar di telinga Arisa.

Arisa sejak tadi menunduk mengangkat kepala serta merta. Izhar diperhatikannya seketika sambil otaknya diperah untuk menjawab dengan baik walaupun dia sudah ada jawapan untuk soalan itu. 'Aku tak mau buatlah!'

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now