2

181 11 0
                                        

"JADI ke kita balik esok?" Soal Baidura sambil mengelap peluh yang memercik di dahinya.

"Jadilah, Kak Dura. Iz tak boleh tambah cutilah. Dapat cuti dua hari ni pun dan syukur sangat. Ramai doktor sedang bercuti sekarang ni. Maklumlah, tengah cuti sekolah!"

Sebagai seorang doktor, Izhar memang tidak banyak masa untuk menolong kakaknya menguruskan syarikat mereka walaupun dia adalah pemegang saham terbesar syarikat itu. Mujur Baidura seorang yang berwibawa dan bertolak ansur, jika tidak susah juga dia untuk meneruskan karier yang amat diminatinya itu.

"Tak apalah kalau macam tu. Kerja kat sini pun bukan banyak sangat dah, Sofian pun boleh diharap untuk jaga kat sini. Lagipun pejabat tu bukan boleh tinggal lama sangat. Kesian juga Uncle Zabidi kena ambil alih kerja Kak Dura lama-lama."

Begitulah selalunya setiap kali Baidura dan Izhar keluar melawat tapak projek. Sepanjang ketiadaannya, Zabidi yang mengambil alih tugas mengendalikan Teguh Makmur Holdings buat sementara waktu. Sejak almarhum bapa mereka masih hidup lagi, Zabidi telah pun menjadi orang kepercayaan mereka.

"Kak Dura dah letihlah, jom balik. Karang tak larat pulak nak patah balik, dah jauh ni."

"Alah... baru lebih kurang satu kilometer. Lembiklah, Kak Dura ni!" Perli Izhar dengan tujuan mengusik.

"Eh! Orang bukan lembiklah, cuma jarang exercise saja. Lainlah Iz tu, dengan futsal, tennis. Akak mana ada masa!"

"Kalau nak ikutkan, Iz pun mana ada masa, tapi bila ada masa lebih sikit tu, manfaatkanlah. Ini Kak Dura kalau ada masa lapang bukan nak bersenam, tapi pergi shopping, pergi SPA, facial... "

"Eh! Biasalah. Kitakan orang perempuan, mestilah nak jaga kecantikan," tangkis Baidura sambil menumbuk mesra bahu Izhar.

"Kak Dura, dah rintiklah! Jangan-jangan kita tak sempat sampai ke masjid tu nanti." Kedua-dua mereka pantas berlari untuk pulang bia cuaca yang tadinya terang-benderang tiba-tiba kelam dan mula hujan.

Baru beberap belas meter berlari kelihatan oleh mereka 'Dang Anum' yang sedang mengangkat ikan-ikan di jemuran bersama seorang wanita, mungkin kakak atau ibunya!

"Tengok, Kak Dura, Dang Anum tu... kesian dia orang! Jom, kita tolong. Rintik hujan dah makin kasar ni."

Tanpa banyak soal, Baidura mengikut langkah adiknya. Memang kasihan melihat kedua-dua beranak itu bergelut menyelamatkan ikan-ikan kering mereka sebelum dibasahi hujan.

"Assalamualaikum," tegur Baidura dan Izhar serentak.

"Waalaikumussalam! Eh, cik tak payahlah susah-susah. Busuk tangan tu nanti!" Azizah melarang namun tidak sedikit pun dipedulikan oleh Baidura dan Izhar.

"Tak apa, kak. Hujan dah nak lebat ni," ramah Baidura membalas.

Azizah yang terkejut dengan kedatangan dua insan itu juga tidak banyak soal lagi bila saat itu adalah lebih penting baginya untuk menyelamatkan ikan-ikannya daripada memberi perhatian kepada pembantu sukarela yang langsung tidak dikenalinya.

"Jemputlah naik ke rumah dulu. Hujan ni." Azizah kembali menumpukan perhatian pada tetamu tidak diundang itu bila ikan-ikannya siap diselamatkam dan dibawa Arisa ke dalam rumah.

"Tak payahlah, Kak."

"Eh, janganlah macam tu. Mai..." tangan Baidura terus ditarik Azizah. Berlari-lari anak dia membimbing Baidura ke depan tangga yang berbumbung zink seperti awning itu untuk berteduh. Izhar pula hanya mengikut ke mana kakaknya dibawa.

"Dah siap, Zah?" Soal seseorang bila pintu dibuka dari dalam.

"Dah, bang. Nasib baik depa ni tolong tadi."

KOPI LADYKU by Ainul HazrahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang