57

91 4 0
                                    

"ASSALAMUALAIKUM, sayang!" ucap Izhar tatkala membuka pintu bilik. Lega bila kepulangannya disambut dengan senyuman manis oleh Arisa.

"Waalaikumussalam, abang..."

"Jom, ikut abang!"

"Pi mana? Tak payahlah pi pasar malam..."

Izhar tidak menjawab. Arisa terus dipimpinnya menuju ke bilik yang pernah diduduki oleh Arisa semasa sebelum mereka berkahwin sahulu. Bahkan sehingga sekarang pun masih ada lagi barang-barang Arisa yang tersimpan kemas di dalam bilik itu.

"Masuklah!" suruh Izhar sambil membuka pintu.

"Abang!" Cepat Arisa menekup mulutnya daripada terus menjerit. Terkejut besar dia melihat Arman dan Azmin berada di dalam bilik itu. 

"Kak Icha..." panggil Arman dan Azmin seraya menerpa ke arah Arisa.

"Aman dan Amin mai dengan siapa?" soal Arisa setelah meleraikan pelukan adik-adiknya.

"Dengan Abang Sofian. Tadi Abang Iz pi ambil kami kat rumah mak Abang Sofian."

"Abang..." Arisa beralih kepada Izhar. Bercahaya wajahnya dengan senyum yang melebar. "Terima kasih!"

"Tak malu dekat Aman dan Amin?" bisik Izhar ketika Arisa memeluk dan mencium pipinya.

Arisa menggigit bibir bawahnya dengan bahu yang terangkat, pun masih tersenyum riang. "Dak," jawabnya sepatah sambil kembali memberi perhatian kepada kedua-dua orang adiknya.

"Mak dengan ayah, apa khabar?"

"Depa sihat, depa kirim salam dekat Kak Icha dan semua orang kat sini," beritahu Arman mendahului Azmin. 

"Waalaikumussalam."

"Depa dah jumpa nenek dan Kak Dura?" Arisa balik menyoal kepada Izhar.

"Dah. Kat bawah tadi."

"Hmm... baguslah tu."

"Sekarang dah nak dekat maghrib," ujar Izhar setelah melihat jam di tangannya. "Aman dan Amin mandi dulu, nanti dah siap, tunggu abang dan Kak Icha, kita turun solat kat bawah."

"Mandi cepat tau, jangan main air!" Arisa pula mengingatkan adik-adiknya. Jika tidak diingatkan mahu adik-adiknya yang tidak pernah mandi dengan air dari pancuran itu lupa diri pula.

Setelah pasti Arman dan Azmin tahu apa yang perlu mereka lakukan, Izhar dan Arisa kembali ke bilik mereka. Sampai di dalam bilik sekali lagi Izhar dipeluk Arisa.

"Terima kasih, abang! Tak sangka abang nak bawa adik-adik Icha mai sini."

"Sebenarnya bila abang tahu abang kena ke Johor, abang terus berpakat dengan Sofian dan ayah untuk bawa Aman dan Amin ke sini. Kebetulan Sofian memang nak balik sini. Abang tak nak Icha sedih sebab kita tak dapat pulang cepat ke rumah ayah. Tapi, tulah... ada orang tu marahkan abang tadi."

"Mana Icha tau abang nak buat surprise macam ni..." rengek Arisa manja. "Abang dah maafkan Icha, kan?"

"Abang tak marah, cuma abang tak nak Icha cakap macam tu lagi."

"Janji lain kali Icha tak buat lagi macam tu." Arisa mengangkat tangannya separa bahu seolah-olah orang mengangkat sumpah di mahkamah. Dalam hati, dia berjanji tidak akan bercakap lepas dan ikut sedap mulut saja dengan Izhar. Memang dia menyesal berkata begitu. Jika ada perkara tidak baik yang berlaku padanya ataupun kepada Izhar, tentu dia akan menyesal tidak sudah.

***********************************************************************************************

BUKAN hanya Arisa, Adila juga tidak kurang gembiranya. Maklumlah, dia yang selalu keseorangan kini punya kawan sepanjang cuti sekolah. Ada saja aktiviti yang mereka bertiga lakukan bersama.

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now