19

115 10 0
                                    

IZHAR berhenti di beberapa tempat yang dirasakan menarik untuk mereka lawati. Adila yang tadinya merungut sakit kepala sudah hilang peningnya. Berposing sakan dia mengabadikan kenangan di dalam kamera yang sentiasa tergantung di lehernya.

Arisa yang sudah kelihatan agak lega, hanya mengikut sahaja kehendak Adila untuk bergambar bersamanya. Pertama kali dia ke situ semuanya menarik dirasakan. Namun, bila mengenangkan kata-kata pedas Izhar tadi semuanya tidak dapat dinikmati dengan tenang. 

"Kak Icha, jom kita kutip strawberi."

"Hmm... Didi pilah. Kak Icha tunggu Nek Da kat sini." Arisa menarik kerusi di sebelah Nek Da yang duduk di hadapan kedai milik tuan punya ladang strawberi. Cukuplah sekadar dia dapat melihat tempat itu.

Kalau mengutip strawberi nanti kena bayar, bukannya percuma. Mana dia nak korek duit, mesti mahal harganya. Cukuplah sekadar dia merasa aiskrim Malaysia perisa strawberi yang dijual dengan harga seringgit sebatang itu bersama Nek Da. Sedapnya sudah tidak terperi lagi.

"Alah... tak bestlah Didi sorang-sorang!"

"Ha'ah, Icha... pergilah. Bukan selalu kita nak ke sini," suruh Nek Da yang sedari tadi leka menghisap aiskrimnya.

"Icha pening lagilah, nek." Arisa memberikan alasan. "Didi pilah dulu nanti Kak Icha ikut."

Adila berlalu pergi setelah pujukannya langsung tidak menarik minat Arisa yang sebenarnya amat teringin untuk bersamanya.

Baidura sudah lama menghilangkan diri di kebun bunga ysng berkembar dengan ladang strawberi itu. Mesti lumayan pendapatan tauke ladang itu. Sudahlah ada kebun strawberi, ada kedai cenderahati, ada pula kebun bunga yang menjual pelbagai jenis bunga di situ.

Izhar pula sedang membeek barangan cenderahati di dalam kedai. Ada juga dijual produk-produk yang diperbuat daripada strawberi seperti jem dan strawberi kering di situ. Jika dia boleh pulang ke kampungnya pasti Arisa akan membeli produk-produk itu sebagai buah tangan buat keluarganya. Tetapi, mana mungkin Izhar dan yang lain akan mengikut kemahuannya!

"Eh! Icha kenapa tak pergi kutip strawberi dengan Didi?"

"Errr... saja Icha nak teman Nek Da kat sini." Seketika wajah Izhar dipandang Arisa. Sudah hilang nampaknya kerut masam di wajah yang sudah kelihatan ramah dan mesra itu.

"Awakkan tak pernah datang, buat apa duduk saja macam ni. Jom!" Izhar meletakkan barang-barang yang dibelinya di tepi Nek Da. Tangan Arisa terus ditarik supaya mengikutnya bila gadis itu masih kaku di tempat duduknya.

Terpaksa juga Arisa mengikut bila dia dibawa Izhar ke dalam ladang strawberi. Adila entah di mana di antara rak yang meletakkan pokok-pokok strawberi itu.

"Kutiplah. Pilih yang merah-merah macam ni. Ambil yang besar-besar saja, yang kecil tak payah." Laju jari-jemari Izhar memetik beberapa biji strawberi yang kelihatan ranum memerah di tangkainya. Baru dua tiga biji dipetiknya, dia berhenti. Wajah Arisa dipandang sekilas. Terkejut Izhar bila melihat genangan air di hujung mata gadis itu.

"Icha... kenapa?"

"Tak..." Arisa hanya menggeleng dan mengelap air mata yang mula melimpah. "Tak dak apa," sambungnya perlahan. 

Entah kenapa tiba-tiba dia menjadi sebak bila teringat akan keluarganya di kampung. Dia sedang menikmati keindahan dan berseronok di situ sedangkan adik-adiknya langsung tidak berpeluang untuk berbuat demikian.

"Awak marahkan saya? Atau awak kecil hati sebab saya marah awak tadi?"

"Dak!" Cepat Arisa menggeleng.

"Saya tahu awak terasa tadi. Saya minta maaf!"

Arisa menelan liur. Tahu juga nampaknya Izhar akan perasaannya. Besar mata Arisa bila melihat jari-jemari kasar Izhar mendarat untuk menghapuskan air mata yang masih berjuraian di pipinya. 

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now