11

122 10 0
                                    

ARISA mula berangan-angan tentang majlis malam esok. Mampukah dia membawa diri? Semuanya agak luar biasa buatnya. Nak pakai kasut tinggi, gaun labuh macam pengantin!

Arisa bangun mencapai kotak kasut dan gaun yang tergantung di dalam almari. Dibelek-beleknya seketika baju dan kasut itu sebelum dia mencuba kasutnya sekali lagi.

"Boleh ka aku jalan nanti? Buatnya 'terpeleot' malu tujuh keturunan!" Arisa bangun perlahan-lahan sambil mengimbangkan badannya. Dia mula bertatih sekeliling bilik itu. Jenuh juga dia seimbangkan badan agar tidak jatuh. Seumur hidup inilah kali pertama dia memakai kasut tumit tinggi. "Fuhh! Mampus aku esok! Takkan nak jalan terkedek-kedek macam itik pulang petang ni. Jalan sebelah Encik Iz pulak tu."

 Dengan menjinjing kasut tumit tingginya, Arisa berlari-lari anak ke bilik Baidura. Segan dia kalau penghuni lain tahu yang dia mendapatkan khidmat daripada Baidura, hanya kerana hendak pakai kasut tinggi.

Tombol pintu dipulas bila dia disuruh masuk. Ternganga mulutnya bila Baidura tidak bersendirian. Adila dan yang paling teruk Izhar juga turut di situ. 

"Kenapa dengan kasut tu?" 

"Hmm... kasut ni tak dak apa-apa Kak Dura, tapi Icha yang ada masalah." Malu-malu Arisa memberanikan dirinya sambil menggaru kepala.

"Masalah?" Izhar mencelah, beriak risau.

"Semua ni Encik Iz punya pasallah. Susahlah nak pakai kasut tinggi ni. Macam nak terbalik saja!" rungut Arisa sudah bersila di atas permaidani.

"Cuba Icha pakai Kak Dura nak tengok." Baidura yang tadinya sedang meniarap terus duduk di atas katil. Berminat sungguh dia untuk melihat Arisa memperagakan kasutnya. Di kedai tapi pun Arisa hanya mencuba sekejap saja. Sesuai saiz dan rasa selesa, mereka terus membeli.

"Seganlah!" Arisa mengerut dahi sambil melirik pada Izhar.

"Apa nak segan, esok pun awak nak pergi dengan saya juga." Tahu dirinya yang disegankan Arisa, Izhar cuba memberi perangsang. "Kalau awak jalan depan saya bolehlah saya bagi komen. Awak tak nak malu esok, kan? Dan awak pun tak nak saya malu, kan?"

"Janji Encik Iz jangan gelak!" 

"Okey." Izhar mengangguk walhal dia sudah pun mahu ketawa melihat riak Arisa ketika itu. 

Arisa bangun setelah mengenakan kasutnya. Perlahan-lahan dia mengorak langkah.

"One... two, one... two, one two there..." Adila mengira sambil bertepuk tangan. Terkekeh-kekeh dia melihat Arisa yang sekejap meliuk ke kiri dan kanan dan sekejap pula bagai mahu melayah ke belakang. Tidak ketinggalan juga Baidura dan Izhar. 

"Tengok, semua orang gelak!" Arisa merengek malu. Geram puna ada juga. "Tak mau pilah kalau macam ni! Encik Iz ajaklah orang lain."

Wajah Arisa sudah berkeremut. Sebiji macam orang baru makan jeruk kelubi! Sia menunduk untuk melucutkan kasutnya. Cepat Izhar melarang. 

"Okey, saya janji tak gelakkan awak lagi. Awak cuba sekali lagi. Saya jalan dengan awak. Saya tolong awak. Kali ni, apa kata awak buat full rehearsal. Mana baju awak? Pakailah, saya pun nak tengok juga cantik ke tak!" pujuk Izhar bersungguh-sungguh. Buatnya Arisa benar-benar menarik diri, tak bertemanlah jawabnya dia esok. Sudah tentu Elina dengan senang hati akan menemankannya!

"Tak mau aaa..."

"Pakailah. Kalau dengan saya pun awak segan, esok lagilah segan. Ramai orang tau!"

Arisa berkira-kira seketika. Betul juga apa yang Izhar katakan. Kalau sekarang pun dia malu, esok lagilah malu. Mahu tidak mahu, dia keluar ke biliknya untuk menukar pakaian. Tanpa diajak Adila turut menjadi 'minah sibuk.'

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now