49

129 6 0
                                    

DENGAN nafas yang laju, Izhar terus mendapatkan Arisa dan memeluknya. Arisa masih saja diam bagaikan patung. Sekali lagi hilang semangatnya. Bahkan kali ini, dia terpaksa pula berjuang dengan seekor ular, binatang yang berbisa. Jika dipatuk alamatnya berkuburlah dia di situ. Hendak ke hospital bukannya dekat. Setakat klinik kerajaan tentu saja tidak ada menyimpan penawar untuk melawan bisa ular itu.

"Icha... Icha!" panggil Izhar bila sedar akan keadaan isterinya yang masih kaku. Pipi Arisa ditepuk-tepuknya perlahan, namun masih saja Arisa diam membatu.

"Marina, bawa segelas air ke mari!"

Cepat Mak Marina berpaling untuk mengambil air, tetapi Baidura yang lebih dekat dengan pintu dapur terlebih dahulu masuk dan keluar semula dengan segelas air.

Sekali lagi Pak Ali membaca ayat-ayat suci al-Quran dan dihembuskannya ke dalam air itu.

"Nah, Iz... sapu air ni kat muka Arisa. Yang lebih tu, bagi dia minum."

Izhar mengikut semua yang disuruh Pak Ali. Lambat-lambat Arisa mula menggerakkan kepalanya dan melangut memandang Izhar. Matanya kemudian tertutup perlahan sebelum tubuhnya tersandar lemah di jerejak-jerejak kayu yang dipasang di pondok itu. 

"Icha..." panggil Izhar sayu sambil memeluk erat tubuh Arisa sekali lagi. Tidak dapat dibayangkan jika Arisa sampai dipatuk ular yang amat berbisa itu tadi!

"Kenapa kaki Icha tu? Berdarah! Kena patuk ke?" Kata-kata Mak Marina menarik perhatian semua untuk lebih rapat dan melihat sendiri keadaan kaki Arisa. 

"Ular tu patuk Icha?" soal Izhar cemas. Bertimbun-timbun sesalan yang menimpanya ketika itu. Dugaan apakah ini? "Ichaaa... ular tu patuk Icha ke?" soal Izhar sekali lagi, sedikit menjerit bila Arisa tidak menjawab soalannya. Takut benar dia jika bisa ular itu telah meresap ke seluruh tubuh isterinya.

Semua bernafas lega bila Arisa menggeleng, menafikan yang dia dipatuk oleh ular itu.

"Nampak pun macam bukan kena patuk ular." Pak Ali mula mengeluarkan teori inspektornya. "Macam luka kena hiris..."

"Kena apa ni?" soal Izhar lembut sambil meneliti luka di kaki Arisa. 

"Kaca!"

"Hah! Mesti kena kaca jag air tadilah tu!" Nek Da yang diam sedari tadi mula bersuara. "Apa tunggu lagi? Bawa Icha tu masuk dalam rumah. Bubuh ubat kat kaki dia tu."

Bagai lembu dicucuk hidung, Izhar mengikut perintah Nek Da dengan taat. Sekali raup, tubuh Arisa digendongnya dan dibawa menuju ke dalam rumah.

"Ni apahal pulak ni sampai kena dukung?" sindir Elina yang terhencut-hencut di pintu dapur. Hampir saja dia terbentur ke pintu bila Izhar terus merempuh kasar tubuhnya yang berdiri menghalang laluan.

"Eh, apa tolak-tolak ni, Iz? Wife you tu saja nak cari perhatian. Orang dah buat salah tentu..."

Terhenti kutukan Elina bila pipinya terasa berbahang dengan tamparan kuat daripada Fariq.

"Along!" Elina tidak sangka abangnya boleh bertindak begitu.

"El, please keep your mouth shut if you still want to be here. Or else you may leave... right now!" Sudah tidak terlayan nampaknya Fariq dengan keletah adiknya. Sudah hilang sabarnya dengan bicara Elina yang sentiasa mencari jalan untuk menyakitkan hati dan bergaduh dengan Arisa. 

Semua beredar ke ibu rumah. Tiada seorang pun yang mempedulikan Elina yang teresak-esak tanpa suara di situ. Masing-masing lebih bimbangkan Arisa yang kelihatan pucat lesi tidak berdarah.

Izhar terus membawa Arisa masuk ke bilik dan dibaringkan di atas katil. Walaupun kelihatan sudah agak pulih, namun masih saja Arisa berdiam diri tanpa suara.

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now