63

96 6 0
                                    

"IZ tak boleh macam ni! Iz kena teruskan hidup macam dulu. Takkan boleh selesai semua benda ni dengan hanya duduk memikirkan Arisa macam ni." Baidura cuba menasihatkan adiknya, Izhar.

"Jadi, Kak Dura nak Iz lupakan Icha? Kak Dura... Icha tu isteri Iz! Iz takkan sekali-kali lupakan dia!"

"Bukan Kak Dura suruh Iz lupakan dia... Kak Dura cuma nak Iz jangan terlalu ikutkan hati. Iz kena kerja, kena ke pejabat. Banyak dokumen yang menunggu kelulusan Iz, bnyak check yang belum ditandatangani. Takkan nak biar macam tu saja? Nanti habis lari semua client kita. Bukan setakat client, supplier dan semua orang pun tak nak berurusan kita."

Secara lembut Baidura cuba memujuk Izhar agar kembali ke alam nyata. Dia tidak mahu Izhar terus hanyut dengan perasaannya. Memang Izhar sayangkan Arisa. Begitu juga dengan dia, bahkan seluruh isi keluarga mereka juga sayangkan Arisa dan berharapkan kepulangannya. 

"Iz tak tahu apa nak buat, Kak Dura!" Semua ni salah Iz!" Izhar meraup wajahnya. Amat sesal dengan apa yang telah dilakukan kepada Arisa. 

"Sabarlah Iz, kita doakan agar Arisa selamat dan semoga dia akan pulang ke pangkuan kita nanti."

Izhar tidak mampu berkata apa-apa lagi. Memang itu yang diharapkan, tidak pernah dia berhenti berdoa agar Arisa kembali ke pangkuannya!

***********************************************************************************************

SUDAH dekat dua minggu Arisa hilang di laut. Masih belum ada sebarang berita mengenainya. Setiap hari pasti izhar akan menghubungi mertuanya, bertanyakan berita mengenai Arisa.Namun, setiap kali itu jawapan yang diterima amat menghampakan. Arisa masih belum ditemui. 

Setiap hari juga semakin hilang rasa semangat Izhar. Kehilangan Arisa benar-benar membuat dia terseksa. Dia hanya ke pejabat untuk membereskan apa yang perlu dan akan terus pulang ke rumah setelah semuanya selesai. Kliniknya pula hanya sekali dua dijenguk, itu pun hanya untuk bertanya khabar rakan-rakannya sahaja.

Sepulangnya dari pejabat hari ini, Izhar melihat sebuah kereta yang amat dikenalinya berada di dalam porch bersama kereta yang lain. Hatinya mula digayut rasa tidak tenteram. Jika orang tua Fariq ada di situ, pasti Elina juga akan turut sama. Untuk apakah kedatangan mereka?

"Apa khabar, Iz?"tegur Tengku Mansor, bapa Fariq. Tentunya kedatangan mereka untuk bertanya kahabr tentang Arisa. 

"Macam nilah uncle..." jawab Izhar dengan sebuah keluhan panjang. 

"Uncle simpati dengan apa yang berlaku pada isteri Iz. Sabarlah Iz."

Izhar mendengus. Semua orang menasihatinya agar bersabar, tapi adakah mereka rasa apa yang dirasakannya? Sabar... sabar... sabar! Sampai bila dia harus bersabar?

"Memang Iz sabar uncle, kalau tidak dah lama Iz terjun laut tu cari Arisa. Orang semua hanya pandai nasihat sebab mereka tak rasa apa yang Iz rasa!" Tanpa sedar Izhar meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Lupa dia untuk menghormati tetapu yang sekali-sekala bertandang itu.

"Iz... Tak baik cakap macam tu!" Teguran Nek Da menydarkan Izhar yang dilah berlaku kurang sopan kepada tetamu-tetamunya.

"Maaf uncle... aunty!"

"Kami faham, Iz," balas Puan Umi yang berdiam sedari tadi. Simpati dia akan Izhar yang baru beberapa bulan berkahwin, tetapi sudah kehilangan isteri. "Aunty tahu ini dugaan besar buat Iz, tapi sebagai manusia biasa, apa yang boleh kita lakukan selain daripada bersabar. Percayalah ALLAh akan beri petunjuk pada kita nanti."

Lembut bicara Puan Umi menyejukkan hati Izhar. Begitu berbeza sekali perwatakan wanita itu dengan anak gadisnya, Elina. Alangkah baiknya jika Elina juga berperangai begitu, pasti mereka tidak akan bermusuhan seperti sekarang. Mungkin kerana Puan Umi adalah daripada orang kebanyakan, bukannya daripada keturunan tengku.

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now