DENGAN mengengsot perlahan-lahan, Arisa sudah boleh bergerak sendiri jika mahu berubah tempat dari kerusi rodanya ke katil ataupun ke sofa. Cuma dia belum mampu untuk berdiri dan berjalan kerana kakinya masih lagi lemah.
Seperti biasa semakin giat Arisa berlatih. Dia ingin segera sembuh supaya tidak membebankan Izhar yang selama ini melayannya dengan begitu sabar dan penuh kasih sayang tanpa sedikit pun mengeluh. Dan sudah tentu kesungguhannya membawakan hasil yang tidak ternilai baginya.
***********************************************************************************************
IZHAR sibuk menyediakan sarapan di dapur. Dengan alasan dia letih dan berasa tidak enak badan, Arisa hanya berbaring di dalam bilik sementara menuggu sarapan siap dihidangkan. Kesempatan ini digunakan Arisa untuk menghubungi kedua-dua orang tuanya. Apa yang berlaku semalam amat membuat dia teruja!
"Ayah dan mak mai esok naa," pinta Arisa manja, namun penuh harapan.
"Ada apa kalut sangat suruh pi cepat-cepat ni?" soal Muiz. Pelik bila Arisa menyuruh mereka semua ke rumahnya segera, sedangkan mereka menag sudah berpakat untuk ke situ beberapa hari lagi.
"Icha rindu sangat-sangat kat mak dengan ayah. Bolehlah... ayah bawa mak dan adik-adik mai sini esok naa..."
"Ayah dengan mak kan dah kata nak pi sana dua, tiga hari lagi... awat yang tak dan-dan dah ni?"
"Kalau tak sayang kat Icha tak apalah!" Arisa mula mengugut. Kali ini, Muiz tidak akan banyak alasan lagi.
"Sapa kata tak sayang? Kami semua sayang sangat-sangat kat Icha. Mana kami ada anak pompuan lain lagi dah!" tepis Muiz berserta dengan pujukannya.
"Kalau macam tu, esok ayah dan semua orang kena mai sini. Kalau tidak..."
"Okeylah... okeylah, kami pilah esok! Lepas subuh, kami bertolak! Puas hati?"
"Yes!" Arisa bersorak perlahan. Jika terdengar dek Izhar payah pula dia hendak menjawab. Habislah semua rahsianya akan terbongkar.
Selesai menghubungi Muiz, Baidura pula dihubunginya.
"Kak Dura boleh tolong Icha sikit."
"Tolong apa? Kalau Kak Dura mampu apa salahnya."
Jawapan mesra yang diberikan Baidura memudahkan Arisa untuk menjalankan rancangannya. "Macam ni, Kak Dura... esok, mak ayah Icha nak mai. Boleh dak Kak Dura tolong suruh Mak Jah masak lauk tengah hari kat depa. Bukan depa saja, kalau boleh Icha nak ajak Kak Dura, Abang Fariq dan semua sekali mai makan tengah hari kat sini. Boleh dak?" Apa yang dikehendakinya terus diceritakan pada Baidura.
"Nak minta tolong itu saja ke? Boleh sangatlah tu. Lagipun dah lama Kak Dura tak jumpa mak dan ayah Icha. Seronok juga sekali-sekala beramai."
Senang hati Arisa. Seperti yang dijangka dan diharapkan, tidak mungkin Baidura akan menolak permintaannya. "Tapi Kak Dura jangan bagitau abang tau. Saja Icha nak bagi surprise kat dia."
"Ooo... dai tak tahu ke yang mak ayah Icha nak datang?" soal Baidura perlahan seolah-olah takut jika terdengan oleh Izhar, walhal dia sedang bercakap di telefon dengan Arisa. Jika cakap kuat pun bukannya hendak didengar Izhar.
"Ha'ah!" Arisa tersenyum. Mengaku sajalah walaupun bukan itu yang mahu dirahsianya daripada Izhar bahkan daripada mereka semua! Setelah berbual dengan Baidura, ada seorang lagi yang perlu dihubungi Arisa. Ada lagi bantuan yang diperlukannya.
***********************************************************************************************
"HARI ni abang tak payahlah masak untuk makan tengah hari," beritahu Arisa sambil menemani Izhar membasuh pinggan bekas sarapan mereka.
YOU ARE READING
KOPI LADYKU by Ainul Hazrah
عاطفيةSekadar berkongsi. Berminat? Silalah beli. https://play.google.com/store/books/details/AINUL_HAZRAH_KOPI_LADYKU?id=6GOLCwAAQBAJ Arisa kata, dia Puteri Duyung! Kata Izhar, Arisa Dayang Senandung! Hakikatnya, Arisa hanyalah anak nelayan yang tinggal d...