68

97 8 0
                                    

SUDAH lebih sebulan mereka di situ. Keadaan Arisa tetap sama. Sedikit pun tidak menunjukkan perubahan. Namun, layanan yang diberikan Izhar memberikan sedikit kekautan buatnya untuk terus sabar menghadapi dugaan ALLAH.

"Abang, boleh baringkan Icha kat atas katil?"

Sayang nak tidur? Kat mana!"

"Mana-mana pun boleh!" 

Tanpa berlengah, Izhar masuk ke bilik. Katil elektronik milik Arisa ditolaknya ke ruang tamu. Begitulah selalunya, katil itu akan disimpan di dalam bilik jika tidak digunakan supaya ada lebih banyak ruang bagi Arisa bergerak dengan kerusi rodanya.

"Sayang tidur sini ya? Sambil-sambil tu boleh juga tengok TV!"

Niat Izhar untuk mengangkat Arisa terbatal bila telefon bimbitnya berbunyi. Segera Izhar berlalu ke balkoni setelah melihat sekali lalu akan nama pemanggil di skrin telefonnya.

Dengan sabar, Arisa menunggu. Walau ada rasa sangsinya, dia tidak akan mengambil tahu urusan peribadi Izhar. Sejak akhir-akhir ini, sering juga Elina menghubungi suaminya itu. Mungkin kali ini pun Elina yang menelefon. Tapi kenapa mesti Izhar menjauhkan diri? Sudah adakah bibit-bibit cinta yang terbit di hati suaminya itu buat Eline? Jika ada sekalipun, Arisa tidak akan menghalang. Izhar berhak untuk hidup bahagia dengan orang lain bila dia sendiri tidak mampu untuk membahagiakan Izhar!

Suara Ihar yang adakala kuat dan adakala perlahan menjentik-jenyik hati Arisa. Bergaduhkah suaminya itu dengan Elina? Dengan sedikit rasa bersalah dan hati yang menggeletek ingin tahu, Arisa menggerakkan kerusi rodanya ke tepi pintu dapur. Tidak berani dia lebih dekat lagi, takut Izhar perasan yang dia sedang memasang telinga.

"Iz dah cakap dengan Kak Dura yang Icha tak sihat. Iz tak boleh tinggalkan dia sorang-sorang! Bukan Iz sengaja tak nak datang pejabat!"

Salah sangka rupanya Arisa, bukan Elina yang menghubungi Izhar tetapi Baidura. Tentu Baidura marahkan Izhar yang langsung tidak pernah menjenguk ke pejabat swejak sibuk merawatnya.

"Bukan Kak Dura yang kena, mana Kak Dura tahu!" Sekali lagi Izhar meninggikan suara. Entah apa yang dikatakan Baidura kepadanya. "Okey, fine! Kak Dura buatlah apa yang Kak Dura nak. Kak Dura dan nenek boleh singkirkan iz dari syarikat tu, tapi Iz takkan berganjak daripada keputusan Iz. Iz takkan tinggalkan Arisa sorang-sorang kat rumah!"

Arisa cepat kembali ke tempat asalnya. Bimbang jika izhar tiba-tiba memutuskan talian dan masuk ke situ. Apa yang didengarnya sudah cukup membuat dia tidak senang duduk. Kerana dia, Izhar akan disingkirkan daripada syarikat. Semuanya kerana dia!

Sampai begitu sekali? Selama ini, Izhar tidak pernah menceritakan apa-apa tentang hal syarikat kepadanya. Bila disuruhnya ke pejabat, Izhar hanya buat tidak kisah. Secara berseloroh pernah Izhar mengatakan yang dia bos dan tidak ada orang yang boleh memberhentikannya dan dia juga tidak kisah sekiranya dibuang kerja sekalipun. Dan kini, suaminya itu akan dibuang kerja!

"Maaf, sayang... lambat sikit!" ucap Izhar sudah kembali di sisi Arisa dengan wajah yang sedikit pun tidak menunjukkan perubahan. Tubuh Arisa diangkat dan dibaringkan di atas katil. "Tidur ya!" ucapnya sambil menarik selimut untuk menutup kaki Arisa.

"Kenapa ni? Pandang abang sampai tak berkedip. Rindu erk?" Masih saja Izhar bergurau tanpa sedikit pun ada kerisauan di wajahnya.

"Susahkan, jaga Icha?"

"Apa susahnya..." Hilang senyum di wajah Izhar, kegusaran wajah Arisa menimbulkan persoalan di hatinya.

"Tak susah lagi? Sampai abang tak boleh pergi kerja, 24 jam kena jaga Icha. Kena basuh najis Icha, masak untuk Icha, tak susah semua tu?"

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now