73

104 9 0
                                    

RIUH seisi rumah Nek Da menyambut kedatangan Arisa dan Izhar yang memang dinanti-nantikan. Ada saja yang dibual dan disoalkan terutama Adila, Kak Sal dan Mak jah yang belum pernah sekali pun berjumpa Arisa sejak mereka tinggal berasingan.

"Tunggu apa lagi, nek? Iz dah lapar ni. Tak sabar nak rasa masakan Mak Jah, dah lama tak makan!"

"Kejaplah! Ada tetamu yang belum sampai," beritahu Nek Da membuat Izhar dan Arisa bertembung pandang. 

"Siapa?" soal Izhar tidak sedap hati. Diingatkan hanya mereka saja yang akan berada di situ.

"Pap dan mama Abang Fariq," sahut Baidura sambil melihat ke jam tangan yang dipakainya. "Mana mama dengan papa ni, B? Tak sampai-sampai pun lagi?"

"Kejap lagi sampailah tu. Dah lama dah dia orang keluar," balas Fariq seraya meninjau ke muka pintu. "Hah... tu! Dah sampai pun."

Sekali lagi Izhar dan Arisa bertemu pandang. Masing-masing punya fikiran yang sama. Jika ada orang tuanya, mustahil adiknya tiada! Betul seperti yang disangkakan! Elina kelihatan keluar dari kereta bersama dengan kedua-dua orang tuanya.

Lain benar dari kebiasaannya yang selalu berpakaian seksi, hari ini Elina mengenakan sepasang kurung moden dan hanya menggunakan alat solek yang sederhana sahaja. Terserlah kecantikannya, tampak anggun dan penuh kelembutan.

Setelah bersalaman dan bertanya khabar akan tetamu yang baru tiba semua beredar ke ruang makan untuk menjamu selera. Banyak hidangan yang telah disediakan oleh Mak Jah dan Kak Sal.

"Sayang nak makan apa?" soal Izhar sambil memerhatikan juadah-juadah di aras meja. Semuanya kelihatan begitu menyelerakan. 

"Nak makan apa ya? Semua nampak sedap!" jawab Arisa turut sama memerhatikan lauk-pauk yang ada. Tidak tahu yang mana satu hendak dimakan dahulu. "Hah! Asam pedas!" 

Izhar tersenyum, ada juga lauk kegemaran isterinya itu nampaknya. 

"Hah, Iz! Cedok asam pedas tu banyak sikit dekat Icha. Memang nenek suruh Mak Jah masak asam pedas tu special untuk Icha. Maklumlah, selama ni Icha tu makan pun tak tentu hala..."

"Apa tak tentu halanya, nek? Tiap-tiap hari Iz masak, bukan main sedap lagi!" bangkang Izhar dengan sengihan lebar. Sedar masakannya langsung tidak dapat dibandingkan dengan lauk-pauk yang dihidangkan hari ini.

"Iz masak?" soal Tengku Mansor, tidak berapa percaya nampaknya dia yang Izhar boleh memasak. 

"Ya uncle. Masaklah sikit-sikit apa yang mampu," jawab Izhar jujur.

"Wah, bagus tu! Nanti bolehlah auntie rasa masakan Iz pula, kan?" sahut pula Puan Umi. 

Ketawa panjang Izhar mendengar kata-kata Puan Umi. Boleh pula wanita itu hendak merasa masakannya! "Tak payahlah, auntie, bukan sedap pun! Masak pun ala kadar saja. Jadilah untuk alas perut kami bersua. Kesian Icha ni, makan pun sebab nak bagi kenyang saja!"

"Taklah, auntie, uncle..." nafi Arisa cepat. Terharu dia mendengar pengakuan Izhar yang merasa rendah diri sedangkan setiap hari dia bertungkus-lumus menyiapkan makanan untuknya. "Abang memang dah pandai masak! Kadang-kadang tu sampai bertambah juga Icha makan."

"Nak bodek abang ya?" soal Izhar dengan sedikit menyendengkan ke arah Arisa seolah-olah suaranya begitu perlahan dan tidak dapat didengar oleh isterinya itu. 

"Bukan nak bodek tapi nak jaga hati!" sela Nek Da mengundang tawa semua yang ada. 

"Taklah, nek... abang memang pandai masak!" Sekali lagi Izhar dibela Arisa. Takut juga jika suaminya itu berkecil hati. Lagipun masakan Izhar tidaklah teruk sangat. 

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now