"WHAT the hell is he doing? Dia saja nak malukan El depan semua orang, kan?" dengaus Fariq kasar. Sakit hati dengan perbuatan Izhar yang sengaja memalukan Elina. Walaupun dia perasan yang Elina yang terlebih dahulu mengganggu Arisa yang sedang tekun bekerja tadi.
"Bukan salah Iz sorang, Elina yang mulakan semua ni." Baidura bersuara lembut cuba menenangkan Fariq yang tampak amat marah ketika itu. Sebagai tuan rumah, malu dia bila bertekak dengan tetamu walaupun tunangnya sendiri.
"Yes she did! Tapi, patut ke Iz malukan dia sebab nak menangkan budak pencuci tandas pejabat you tu?"
"Fariq! You tolong jangan hina Arisa! Apa pun kerja dia, dia tak buat benda yang tak elok dan dia tak sakitkan hati orang macam adik you!" Walaupun dengan suara yang perlahan terdengar keras bicara Baidura menegakkan kebenaran buat Arisa. Dia juga tidak suka tunangnya turut menghina Arisa.
"Kenapa you dan adik you nak menangkan sangat budak tu? Patutnya you lebih ambil berat pasal adik I, bukannya dia!"
"So, you nak suruh I menangkan adik you yang sesuka hati mengata dan sakitkan hati orang tu? I cuma cakap apa yang betul. Dah memang adik you yang salah!"
"Tapi, Elina tu adik I, bakal adik ipar you, keluarga you juga."
"Eh, kalau macam tu punya perangai, I tak kisahlah kalau dia tak jadi keluarga I pun. And you too... we are finished!"
"Dura!"
Panggilan Fariq tidak dipedulikan lagi oleh Baidura. Jika begitu tindak balas Fariq terhadap perangai Elina, dia lebih rela kalau pertunangan mereka putus daripada terpaksa pejam mata dan memihak kepada Elina yang nyata telah menghina Arisa tadi.
Nek Da menarik tangan Arisa ketika dibawa Izhar melalui tempat duduknya. Kusut kelihatan wajah Nek Da. Sama kusutnya dengan wajah Arisa.
"Kenapa ni Iz, Icha? Tak elok kecoh-kecoh macam ni! Kita ni tuan rumah, apa kata tetamu-tetamu nanti." Jelas sekali Nek Da tidak senang dengan apa yang berlaku. Malu dia dengan kekecohan yang timbul walaupun Izhar cuma berniat membela Arisa yang dimalukan oleh Elina.
"Maaf, Nek Da... Icha dah malukan Nek Da sekeluarga. Bukan Icha nak buat kecoh atau cari pasal, tapi..." Arisa ingin membela dirinya, namun dia sedar yang sedikit sebanyak dia juga turut menjadi punca kekecohan itu.
Sejak dulu Elina sukakan Izhar, sudah tentu hati Elina amat sakit bila Izhar menipunya dengan mengatakan yang dia dan Arisa sudah bertunang. Bahkan Arisa juga sedar jika bukan kerana mulut celoparnya yang turut memperli Elina yang kononnya berkurap segala bagai itu tidak mungkin Elina akan naik hantu begitu.
"Bukan salah Icha, nek!" Izhar masih membela Arisa. "Elina yang cari pasal. Dia yang suka-suka hati hina Icha. Kalau Iz jadi Icha pun, Iz sakit hati juga."
"Memanglah Elina tu yang mula buat hal, tapi cara Iz tu yang tak betul. Orang tak tahu apa yang berlaku. Bila dia menjerit-jerit tadi dan Iz pula masuk campur dan tengking dia, apa yang orang semua ingat?" sela Nek Yong yang sedari tadi duduk berbual dengan Nek Da di situ. Dia sendiri terkejut bila Elina menjerit mengatakan Arisa kurang ajar dan Izhar pula menengking Elina. Pasti orang lain juga tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku.
"Sekarang ni, semua orang ingat Arisa tu tunang Iz. Buat apa cakap macam tu tadi? Malulah!" rungut Nek Yong dengan jelingan meluat kepada Arisa.
Arisa yang sedari tadi menunduk terus tersentap. Ringan kepalanya terangkat dan menatap Izhar. Betul kata Nek Yong, bukan saja di depan Elina, Izhar mengatakan yang mereka sudah bertunang, tetapi hampir semua orang yang ada di situ turut mendengarnya. Rasa kecut perutnya bila melihat riak Nek Yong yang sah-sah menunjukkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Izhar. Tentu hal itu amat memalukan bagi Nek Yong. Kedudukan dan darjat yang dimiliki adalah jurang yang amat besar antara mereka.
![](https://img.wattpad.com/cover/182088923-288-k143875.jpg)
YOU ARE READING
KOPI LADYKU by Ainul Hazrah
RomanceSekadar berkongsi. Berminat? Silalah beli. https://play.google.com/store/books/details/AINUL_HAZRAH_KOPI_LADYKU?id=6GOLCwAAQBAJ Arisa kata, dia Puteri Duyung! Kata Izhar, Arisa Dayang Senandung! Hakikatnya, Arisa hanyalah anak nelayan yang tinggal d...