72

110 7 0
                                    

SUDAH berbulan-bulan Arisa menjalani rawatan, tetapi keadaannya masih sama. Dia masih belum amapu menggerakkan kakinya walaupun sedikit. Adakalanya timbul juga rasa kecewa dan mahu mengalah. Namun demi kasih sayang dan kesabaran yang ditunjukkan oleh Izhar, Arisa kuatkan juga hatinya untuk terus berusaha. 

Setiap kali menjalani terapi, dia akan melakukan segala yang disuruh dengan penuh kesungguhan walaupun kadang-kadang dia berasa amat perit untuk melakukannya. Setiap keperitan dan kesedihanyya disemat kemas-kemas dari penglihatan Izhar. Izhar sudah banyak berkorban untuknya dan dia tidak mahu membuat Izhar merasai keperitannya. 

"Jadi ka kita pi rumah nenek nanti?"

"Jadilah. Kan hadiah dah beli!" Izhar mengerling Arisa yang sedang menyiram pokok-pokok bunga kesayangannya yang kelihatan segar dan cantik. Pokok-pokok bunga itu disusun rapi di atas rak besi di sekeliling balkoni. Lebih mudah bagi Arisa menyiram dan merawat pokok-pokok itu dari atas kerusi rodanya.

"Abang pi soranglah nanti..."

"Kenapa pula? Dah berbuih mulut nenek tu pesan suruh Icha pergi. Takkan tak nak pula?"

Arisa mengeluh perlahan. Jauh pandangannya menyapa ke awan sebelum beralih ke wajah Izhar. "Icha seganlah nak pi macam ni. Nanti orang mengata pulak, tak boleh jalan pun sibuk nak pi!"

"Siapa yang kata? Bukannya ada siapa pun."

"Nek Yong dan saudara-mara nenek tu takkan tak mai?"

"Icha... nenek tu bukan budak kecik nak buat birthday party besar-besar nak jemput semua orang." Izhar memusingkan kerusi roda Arisa dan berlutut di tepinya. Dengan senyuman jemari Arisa dipegang mesra. 

"Nenek tu cuma nak berhimpun dengan kita saja, cucu dia semua. Dah lama kita tak berhimpun sekali. Nek Yong ke, ayah ngah ke... semua tak ada. Takkanlah dia orang nak datang dari Kuala Kangsar tu semata-mata nak sambut birthday nenek. Icha tak perlulah nak risaukan dia orang tu. Lagipun apa nak dirisaukan, abang kan ada!"

"Betul depa tak dak?" 

Izhar mengangguk tegas. 

"Tapi kalau ada siapa-siapa kat sana, abang janji jangan tinggal Icha soeang-sorang! Kalau abang biar Icha sorang-sorang, Icha mengamuk macam hari tu."

"Aik... hari tu bukan orang tu ka yang suruh abang pi jauh-jauh?" usik Izhar dengan kening terangkat. Loghatnya sudah ditukar seperti Arisa. 

 "Hari tu bukan Icha suruh abang tinggal Icha sorang-sorang, Icha suruh abang hantar Icha balik rumah ayah, abang tu yang lembap, tak faham!" jawab Arisa dengan jelingan manja. 

"Amboi, sedapnya mulut dia!" Izhar menggeletak perut dan pinggang Arisa membuat Arisa ketawa mengekek. 

"Tulah, bila Icha kata lembab, abang nak marah! Kadang-kadang Icha rasa macam tak percaya yang abang ni doktor."

"Kenapa pulak?" soal Izhar dengan dahi berkerut seribu. Ada sajalah akal Arisa untuk mengenakannya.

"Yang abang geletak perut dengan pinggang Icha sampai nak rak tu buat apa, bukan Icha rasa apa-apa pun. Takkanlah doktor pun tak tau!"

Izhar diam. Kelu dan terkedu. Bukan dia tidak tahu, tetapi dia lupa akan keadaan Arisa!

"Abang marah Icha?"

"Tak!" Izhar menggeleng. Teduh wajah Arisa membuat hatinya disalut sayu. Sampai bila Arisa harus menanggung semua ini agaknya?

"Kalau abang tak marah, Icha ada benda nak cakap sikit."

"Apa dia, cakaplah."

"Tapi, abang kena janji dulu yang abang takkan marah Icha!"

"Apa pulak ni, sampai nak kena janji?" Kerusi roda Arisa ditolak ke tepi meja kopi. Sebuah kerusi ditarik rapat ke kerusi roda itu sebelum dia sendiri duduk di situ. "Abang janji! Cakaplah, apa dia?"

"Dah dekat lima bulan Icha macam ni. Dalam lima bulan jugak abang jaga Icha, makan pakai Icha, mandikan Icha, bersihkan najis Icha... semua abang buat dengan sabar, sikit pun tak mengeluh!"

Izhar menegakkan tubuhnya tanda dia menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang diucapkan oleh Arisa. Arisa memang tampak serius dengan setiap yang diucapkan. 

"Icha tau abang ikhlas dengan apa yang abang buat dan ALLAH pun dah tunjuk dekat Icha yang suami Icha ni sayang kat Icha. Masa nak kahwin dulu, Icha takut juga kalau-kalau abang cuma nak main-main saja, tapi la ni Icha yakin yang Icha ada suami yang baik sangat-sangat."

"So?" soal Izhar sepatah, mencari inti sebenar yang ingin disampaikan oleh Arisa yang berjeda panjang.

"So sampai bila abang nak macam ni? Kak Dura dah nak ada anak. Umur Kak Dura tu bukannya jauh beza dengan abang. Abang tak teringin ka nak ada anak jugak?"

"Icha nak abang buat apa nak bagi Icha mengandung?" soal Izhar bagai orang bodoh. Kakinya dilunjurkan jauh ke depan sementara tubuhnya yang tadinya tegak disandarkan ke kerusi dengan kedua-dua belah jari tangannya disatukan dan diletakkan di belakang kepala. Santai sekali! Soalan Arisa sedikit tidak memberi impak kepadanya.

"Nak buat apa? Icha bukannya boleh mengandung!"

"Kalau dah tak boleh, buat apa tanya?" soal Izhar bersahaja. Tidak marah dan tidak juga sedih.

"Icha memang tak boleh, tapi ramai lagi yang boleh! Manalah tau ada doktor ka, misi ka yang abang berkenan. Dak pun Elina ka..." duga Arisa.

"Kira ni... nak suruh abang kahwin lainlah ni?"

"Bukan suruh, bincang..."

"Dua kali limalah tu!" Dari duduk bersantai bagai orang malas Izhar kembali ke posisinya seperti tadi. Wajah Arisa direnungnya lama. "Icha suka kalau abang kahwin lain?"

"Icha tak bolehlah pentingkan diri sendiri!" jawab Arisa berlapik. Siapalah yang suka jika dimadukan?

"Bila abang kata Icha pentingkan diri sendiri? Tak menepati soalan!" Jari-jemari Arisa dicapai Izhar. Dengan mata yang terus-menerus menentang anak mata Arisa, jemari itu diciumnya.

"Hari tu Icha mengamuk dekat abang, kan? Buang pinggan, buang-buang bantal, buang selimut! Kalau boleh abang pun Icha nak campak dari apartmen ni, kan?" tutur Izhar perlahan, namun kedengaran lain macam saja di telinga Arisa. "Icha nak tengok tak abang pulak buang pinggan... buang bantal, buang..."

"Abang ni... Orang cakap lain, dia cakap pasal lain!"

"Icha nak tengok tak?" ulang Izhar sekali lagi tanpa mempedulikan bebelan Arisa.

"Tak mau!" jawab Arisa sebal.

"Kalau tak mau, mulut comel Icha yang dah lama tak kena cium dengan abang ni... tolong jangan gatal-gatal nak cakap pasal tu lagi. Nanti tak pasal-pasal abang kena bawa Icha pergi shopping pinggan mangkuk baru!" Lembut, namun tegas dan penuh kesungguhan kata-kata yang diluahkan Izhar. 

"Abang ni, orang nak bagi dia happy pun..." Hilang bebelan Arisa bila bibir Izhar tiba-tiba bertaut dengan bibirnya.

"Eii,,, apa abang ni?" Arisa kembali membebel setelah Izhar menjauh. 

"Icha nak bagi abang happy, kan? So, I'm happy now!" Dengan senyuman lebar menghiasi wajah, Izhar bangun dan mendepang kedua-dua belah tangannya, tanda dia benar-benar gembira. "Mulai hari ni, abang tak nak dengar pasal ni lagi. Kalau Icha cakap juga, abang akan sumbat mulut Icha dan ikat tangan Icha kat wheel chair tu."

"Tu kes dera dah tu..." tingkah Arisa dengan muncung sedepa. 

"Bukan penderaanlah, sayang... tapi pengajaran!" Izhar tersengih. Lapang dadanya melihat muncung Arisa yang sudah lama dirindukan itu. Arisa jantung hatinya dan tidak akan ada yang lain yang akan dapat menggantikannya. 

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now