50

129 5 0
                                    

"LAH... tidur dah Icha tu, Iz! Tak makan pun," tegur Baidura yang mula-mula tiba dari dapur selepas makan malam.

Izhar yang leka menonton berita menunduk sedikit untuk melihat Arisa. Nyenyak sungguh Arisa. Perlahan pipi Arisa diusap untuk menggerakkannya, namun tidak sedikit pun merubah keadaan Arisa yang begitu nyenyak. Seperti semalam, terpaksalah Arisa diangkatnya masuk ke bilik.

Risau izhar melihat isterinya yang langsung tidak bergerak sedari tadi. Dalam risau terdetik juga di hatinya jika Arisa pura-pura tidur. Tapi, tidak mungkin Arisa akan bergurau begitu setelah apa yang mereka alami hari ini.

Ragu-ragu, pergelangan tangan Arisa dipegang Izhar. Lega hatinya bila masih terasa denyutan nadi Arisa di situ. Masih berasa was-was tangan itu diangkatnya tinggi dan dilepaskan semula. Tangan yang hampir jatuh ke atas tilam disambutnya cepat, namun masih saja tiada reaksi daripada Arisa.

Tidak tentu arah jadinya perasaan Izhar. Pipi Arisa ditepuk-tepuknya lagi, lebih kuat dari tadi. Tidak cukup dengan itu,  suaranya juga turut dikuatkan.

"Hah... apa?" soal Arisa sudah duduk terpacak. "Hmm... nak pi tidur? Hmm... jom," sambungnya antara sedar dan tidak. Habis saja kata-katanya, Arisa terus sahaja beralih ke sisinya seperti orang hendak bangun. Serentak itu terdengar jeritannya dan bunyi benda jatuh ke lantai. Rupa-rupanya Arisa yang tidak sedar dia sudah berada di atas katil telah melorot jatuh ke bawah.

"Icha, Ya ALLAH..." Izhar cepat turun dari katil mendapatkan Arisa yang terjelopok di situ.

"Adoi!" Arisa duduk perlahan-lahan sambil menggosok-gosok dahinya.

Izhar mengangkat wajah Arisa supaya dapat dilihat dengan jelas. "Ya ALLAH! Bengkak!" 

"Iz! Icha! Kenapa tu?"

"Masuklah, Kak Dura!" suruh Izhar bila terdengar suara Baidura dan ketukan di pintu bilik. 

"Lah... Kenapa ni, Iz? Apa dah jadi? Bergaduh lagi?" Terus Baidura melutut di sisi Arisa yang masih mendesis kesakitan. 

"Astaghfirullahalazim, kenapa sampai benjol dahi ni?"

"Icha jatuh katil," terang Izhar tidak mahu dipersalahkan lagi.

"Jatuh katil?" Terdengar suara Nek Da dari belakang. Sekali lagi bilik itu menjadi tumpuan seisi rumah yang baru selesai menikmati makan malam. "Apa lagi yang kau orang berdua buat sampai jatuh katil? Gaduh?"

"Taklah, nek," nafi Izhar cepat, tidak habis lagi prasangka buruk Nek Da terhadapnya.

"Habis tu?" Nek Da mengambil tempat di sebelah Baidura. Dahi Arisa digosok-gosoknya dengan telapak tangan.

"Auww... sakit, nek!" jerit Arisa. 

"Iz pukul Icha?"Masih tidak percaya nampaknya Nek Da dengan jawapan yang diberikan oleh Izhar tadi.

"Mana ada, nek?Icha jatuh katil sendirilah!" Bagai berkecil hati nampaknya Izhar. Sedari tadi dipersalahkan.

"Macam mana boleh jatuh?"

Izhar menceritakan dari mula bagaimana keadaan Arisa yang tidak bergerak-gerak dan sehingga dia jatuh dari katil. 

"Iz ni nama saja doktor, takkan tak tahu macam mana orang mati atau hidup? Yang kejutkan Icha sampai macam tu buat apa? Mestilah dia terkejut," tempelak Baidura.

"Memanglah Iz tahu Icha ni bernafas lagi, tapi keadaan dia yang langsung tidak bergerak tu buat Iz takut, sebab tu Iz nak kejutkan juga sampai Icha bangun. Tak sangka pula dia jadi terkejut macam tu." Izhar membela dirinya. Dia amat risaukan Arisa dan mahu Arisa membuka matanya supaya dia dapat menyakinkan dirinya sendiri tidak ada sesuatu yang buruk berlaku kepada Arisa.

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now