70

110 8 0
                                    

ARISA tersedar bila terdengar suara Izhar membacakan doa qunut menandakan dia sedang bersolat subuh. Dari katil elektronik, dia kini sudah terbaring di atas katil mereka di dalam bilik. Entah bila dia dipindahkan ke situ.

Sayu hatinya tiba-tiba. Sudah lama dia tidak bersujud kepada Pencipta-NYA. Saat itu terlalu ingin dia menyerahkan dirinya kepada Yang Maha Esa. Tapi, apakan dayanya. Jangankan hendak berwuduk, untuk duduk sahaja dia tidak mampu melakukannya. 

"Sayang, kenapa ni?" soal Izhar bila Arisa teresak-esak di atas katil. Risau hatinya jika Arisa masih teringatkan akan peristiwa yang berlaku semalam. 

"Abang... Icha nak solat!"

Terpana Izhar seketika. Dia sendiri kurang pasti apa yang patut dilakukan. Pernah dia belajar tentang cara bersolat orang yang kurang upaya, tetapi tidak mendalaminya. Kini, dia sendiri tidak yakin bagaimana untuk menolong Arisa solat!

"Ya, sayang... Icha akan bersolat. Abang akan usahakannya untuk sayang."

Pagi itu, Izhar menghubungi Ustaz Muhaimin. Dia yakin Ustaz Muhaimin akan dapat mengajarnya dan Arisa dengan lebih jelas cara-cara untuk Arisa bersolat. 

Seperti yang diharapkan, dengan bantuan Ustaz Muhaimin, Arisa kini sudah kembali melakukan rutinnya seperti biasa. Setiap waktu solat, dia akan duduk di atas kerusi rodanya dan bersolat jemaah bersama Izhar seperti dahulu. Dan sudah tentu, Ustaz Muhaimin diminta supaya merahsiakan tentang keadaan Arisa daripada keluarganya bila beliau ke rumah Nek Da untuk mengajar agama di sana. 

***********************************************************************************************

"APA yang Icha sibuk sangat ni? Duduk aje diam-diam, abang boleh buat semua," larang Izhar bila Arisa sibuk menolongnya di dapur. Dengan duduk di atas kerusi rodanya sibuk Arisa mengupas bawang dan memotong sayur. Dia kini sudah kembali ceria dan tidak lagi terlalu memikirkan tentang keadaan dirinya yang tidak sempurna. 

"Boleh tahan juga abang ni, kan? Pandai juga abang masak!" puji Arisa sambil tersengih. 

"Abang memang pandai masak." Izhar memuji diri sendiri membuat Arisa ketawa senang.

"Perasannya... Icha puji sikit saja, tapi abang dah mula naik lif," sakat Arisa. "Tapi betullah tu, sekarang ni Icha pun kalah. Icha memang tak pandai masak. Dah lama tak masuk dapur ni lagilah teruk. Kesian abang, semua kerja abang kena buat. Nak harapkan Icha buat..."

"Sayang... tak naklah sedih-sedih macam ni. Sayang dah janjikan tak nak lagi ungkit pasal ni semua," potong izhar cepat bila Arisa sudah bertukar riak. Dia lantas melutut di tepi kerusi roda Arisa. Jemari Arisa diangkat dan diciumnya. "Hmmh!"

"Kenapa?" Pelik Arisa bila Izhar berkerut muka bila mencium tangannya.

"Tadi potong bawang tak basuh tangan ya? Busuklah!" Dengan ketawa senang, Izhar menolak kerusi roda ke singki. Tangan Arisa diangkat, dibersihkan dan dikeringkan dengan tuala.

"Hah... ni baru wangi!" komennya kembali mencium tangan Arisa. "Okeylah, dah lama sangat sayang kat dapur ni, sekarang sayang rehat ya."

"Alah... Icha nak duduk sini!" bantah Arisa. Dia lebih suka duduk di dapur bersama Izhar daripada duduk sendirian di ruang tamu.

"Mana boleh duduk dapur lama-lama, nanti lekat semua bau bawang, bau cili tu kat Icha. Duduk depan TV kan bagus. Icha bvoleh tengok TV... TV boleh tengok Icha." Izhar berseloroh. 

"Seronoknya mengata orang!" cebik Arisa. Tetapi menqag betul apa yang dikatakan Izhar, selalunya bila agak lama menghadap televisyen, dia pasti tertidur dengan televisyen yang masih terpasang di hadapannya.

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now