66

96 6 0
                                    

"DAH banyak hari abang kat sini, bila nak balik sana?" soal Arisa ketika Izhar masuk bilik untuk tidur. 

"Kenapa tanya macam tu? Nak halau abang lagilah tu?" duga Izhar dengan kening yang sengaja dinaikkan. Tubuhnya yang agak keletihan segera dilejangkan di sebelah Arisa.

"Daklah... tapi abangkan kerja takkan nak duduk sini terus?" balas Arisa geram. Izhar bagai tidak faham maksudnya. Takkanlah dia hendak menghalau suaminya itu lagi!

"Dah Icha ada kat sini, abang pun duduklah sini."

"Abang... Icha ni sampai mati macam ni tau. Takkan sampai Icha mati baru abang nak balik?"

Izhar tersentak, namun segera disembunyikan perasaanya. Dia tidak akan kalah dengan rentak Arisa walaupun dia tahu kadang-kadang ada betulnya apa yang diucapkan Arisa.

"Icha tak kesiankan abang ke? Kalau Icha mati, abang pun mati sama tau!"

"Alah... cakap kat mulut saja!" tangkis Arisa bila Izhar hanya kelihatan biasa sahaja tanpa sedikit pun berperasaan sedih.

"Kalau tak mati badan pun, jiwa abang akan mati..." gumam Izhar perlahan seakan pada dirinya sendiri."Hah! Tapi bagus juga cadangan Icha."

Terkejut Arisa bila Izhar yang terbaring tiba-tiba sahaja mengiring kepadanya sambil menongkat kepala dengan telapak tangan.

"Esok abang akan balik sana dan... Icha kena ikut abang sekali!"

"Gila apa?" Spontan Arisa membalas. Idea Izhar amat tidak waras baginya.

"Apa pula gilanya? Dah beberapa hari abang fikirkan hal ni. "Izhar nampak bersemangat sekali. Memang dia sudah memikirkan untuk membawa Arisa pulang. Takkan selama-lamanya dia akan tinggal di rumah mertuanya?

"Abang rasa lebih mudah kalau kita tinggal kat sana. Tak payah naik turun tangga untuk ke bilik air. Senang bila abang nak mandi atau nak bersihkan Icha. Abang akan belikan kerusi roda supaya Icha lebih mudah untuk bergerak..."

"Nak beli kerusi roda? Awat... kat sini tak boleh beli?" tingkah Arisa sebal.

"Bukan abang tak nak beli, tapi apa guna kerusi tu? Nak gerak ke mana? Nak turun ke laman, nak ke bilik air, semua kena guna tangga. Kalau kat sana memang Icha boleh guna lif untuk naik turun, taklah terperap saja kat bilik macam ni," terang Izhar panjang lebar. Alasan yang kukuh perlu diberikan kepada Arisa yang tajam fikiran itu. Jika silap cakap pasti dia pula yang menjadi habuan Arisa.

"Tapi, Icha nak duduk sini. Icha tak mau balik sana!" Tegang dan tegas bicara Arisa. "Icha tak mau susahkan siapa-siapa, Icha tak mau susahkan abang!"

"Habis nak suruh abang tinggalkan Icha kat sini dan susahkan mak dan ayah? Icha... Icha tak pernah susahkan abang. Abang buat semua ni sebab abang sayangkan Icha, abang tak rasa susah pun!"

"Baru sehari dua menaglah tak susah, dah lama-lama nanti!" tangkis Arisa cepat.

"Icha ni tak padan dengan sakit, suka cari pasal dengan abang!" ujar Izhar bersahaja. Nampaknya, dia yang mahu mencari pasal bukannya Arisa!

"Siapa yang nnak cari pasal? Abang tu yang tak betul..."

"Betul tak betul abang tak peduli, Icha kean ikut abang balik juga."

"Icha kata tak mau, Icha tak maulah." Arisa mula memukul-mukul dada Izhar walaupun dia yakin yang pukulannya tidak sedikit pun menyakitkan Izhar. Apa sekalipun dia tidak mahu pulang dan tinggal di rumah Nek Da.

"Nak bergerak pun susah, ada hati nak pukul abang." Tangan Arisa digapai Izhar dan diciumnya. Perlahan-lahan tubuhnya dirapatkan ke sisi Arisa. "Nak pukul abangkan... pukullah! Dah dekat ni. Boleh pukul, kan?"

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now