IZHAR memarkirkan motosikalnya bersama-sama dengan barisan motosikal rakan-rakannya yang telah terlebih dahulu sampai.
"Sini... abang bukakan," pinta Izhar bila melihat Arisa terkial-kial membuka topi keledarnya. Rambut Arisa dilurut-lurut supaya kemas setelah topi dicabut. "Minta beg tu abang bawakan."
Beg galas di belakang Arisa dikeluarkan dan disangkutkan di bahunya sendiri. Dengan memegang kedua-dua topi keledar, Izhar mencapai tangan Arisa supaya bergandingan dengannya. Terus kedua-duanya menuju ke kawasan villa yang telah disewakan untuk mereka. Boleh dikatakan hampir semua villa yang ada telah ditempah untuk Izhar dan kumpulannya bermalam.
"Abang... nanti Icha nak duduk sebilik dengan siapa?" soal Arisa tang sentiasa taat di sisi Izhar sejak tiba di situ.
"Nak duduk dengan siapa? Duduk dengan abanglah!" Berkerut-kerut dahi Izhar. Tidak faham dia kenapa Arisa bertanya begitu. "Kenapa, Icha ada nak duduk dengan orang lain? Tak nak duduk dengan abang?" Rasa sebal mula singgah di hati Izhar. Nampaknya, Arisa memang tidak mahu sebilik dengannya.
"Nak duduk dengan siapa, Icha bukannya kenal sapa-sapa pun. Icha pun risau kalau-kalau kena duduk dengan orang yang Icha tak kenal. Hari tu kan abang kata orang pompuan duduk sama-sama pompuan!" terang Arisa pula panjang lebar membuat Izhar mula faham dengan persoalan Arisa.
Langkah izhar terus mati. Bahu Arisa yang kelihatan amat polos dan keanak-anakan itu dipegangnya supaya mereka bertatapan.
"Icha... yang abang maksudkan hari tu untuk mereka yang belum kahwin saja. Bagi kita yang dah sah jadi suami isteri ni, tinggal sebiliklah. Takkan nak pisah-pisah pulak!"
"Hmm, nasib baik! Icha risau juga tadi, manalah tau..."
"Macam-macamlah Icha ni!" Izhar memicit hidung Arisa, mesra. Bendul sangat rupanya isterinya itu. Dalam pada itu timbul rasa kasihan di hati izhar terhadap Arisa yang begitu terbatas pergaulannya. Tentu dia tidak pernak merasa bercuti seperti ini.
"Hah!" Pengantin kita dah sampai!" tegur salah seorang rakan Izhar sesampainya mereka di hadapan kawasan villa. Terus semuanya berhimpun untuk bersalaman dan berkenalan dengan Arisa. Berbagai komen dan usikan yang dilontarkan mereka. Semuanya kelihatan ramah dan begitu berbesar hati dengan kedatangan mereka. Namun segan juga Arisa bila dalam ramai-ramai yang ada, tidak terdapat seorang wanita lain kecuali dia! Yang lain semua belum sampai lagi.
"Kau orang rehat dulu, nanti lepas asar baru kita mulakan acara," beritahu Farizan lelaki yang pertama sekali diperkenalkan kepada Arisa.
"Acara apa?"
"Alah, nanti tengoklah..." jawab Farizan sambil ketawa senang.
"Aaa jan... jangan kau orang nak kenakan kami pula nanti!"
"Kalau ringan-ringan, takkan tak boleh!" sela pula seorang yang lain bernama Azli.
"Eh, kau orang jangan... kalau buat yang tak senonoh, aku bawa isteri aku lari karang..." balas Izhar dalam selorohnya.
"Wei... apalah! Inikan majlis meraikan kau orang, takkan kita nak buat yang tak senonoh pula?!" sahut Farizan sementara yang lain juga turut menyuarakan komen masing-masing bagaikan dengungan nyamuk yang sesat di dalam kelambu.
***********************************************************************************************
AKHIRNYA, Izhar dan Arisa sampai juga ke villa mereka. Bilik yang eksklusif dan mewah dengan katil kayu yang dihias cantik, siap dengan jakuzi dan hiasan yang indah serta haruman melur yang semerbak, memang sesuai untuk berbulan madu.
"Kenapa?" soal Izhar prihatin bila melihat Arisa menggosok-gosok belakang bahu dan pinggangnya setelah menanggalkan jaket kulitnya.
"Hmm... lenguhlah! Lama sangat naik motor tadi. Sakit pingganglah."
YOU ARE READING
KOPI LADYKU by Ainul Hazrah
RomansaSekadar berkongsi. Berminat? Silalah beli. https://play.google.com/store/books/details/AINUL_HAZRAH_KOPI_LADYKU?id=6GOLCwAAQBAJ Arisa kata, dia Puteri Duyung! Kata Izhar, Arisa Dayang Senandung! Hakikatnya, Arisa hanyalah anak nelayan yang tinggal d...