29

99 6 0
                                    

SEPERTI kedatangannya yang lalu, Izhar disediakan tempat tidur di atas tilam kesayangan Arisa. Sambil menunggu mata tertutup, Izhar dan Arisa menonton televisyen 'antik' yang kadang-kadang terang, kadang-kadang kelabu itu.

Muiz dan Azizah masih di dalam bilik. Sejak lepas solat Isyak tadi belum keluar-keluar, pasti sedang berbincang tentang hal Arisa dan Izhar. Sementara menunggu untuk masuk tidur, terpaksalah Arisa melayan Izhar di situ sehingga ayahnya keluar.

"Encik Iz yakin tak menyesal nanti?" soal Arisa perlahan. Takut perbualan mereka sampai ke pendengaran Arman dan Azmin yang sedang tekun belajar di ruang itu.

"Nak menyesal sebab apa? Kan kita dah bincang semuanya tadi!"

"Bukan apa, Icha rasa macam tak percaya saja yang Encik Iz nak meminang Icha. Semuanya cepat sangat. Tak hairanlah kalau ayah dan mak terkejut. Icha sendiri pun rasa macam mimpi saja. Encik Iz betul-betul ka nak kita kahwin?"

Izhar yang tersandar malas di dinding rumah terus duduk tegak. Masih tidak percaya Arisa padanya.

"Kalau tak betul-betul masakan saya sanggup mintak cuti mengejut dan bawa awak balik sini? Bukti apa lagi yang awak nak? Apa lagi yang saya patut buat untuk tunjukkan yang saya benar-benar nak kita kahwin?" Dalam berbisik kedengaran tegas suara Izhar.

"Betul Encik Iz sanggup tunjukkan buktinya kalau Icha minta?" soal Arisa berbunyi nakal.

Izhar terdiam seketika. Nampaknya, dia sudah masuk jerat Arisa! Jangan dia disuruh berbuat yang tidak-tidak sudahlah. "Awak nak saya buat apa?"

"Kalau betul nak kita kahwin, besok pagi Encik Iz bangkit awal-awal, pi ikut..." Mati ayat Arisa bila bunyi pintu bilik berkeriut dibuka Muiz. Sudah habis agaknya mereka berbincang.

"Hai! Kat sini pun ada mesyuarat jugak?"

"Daklah, ayah. Ni Encik Iz ni... dia teringin nak ikut ayah pi ke laut esok!"

Luas mulut Izhar mendengar jawapan Arisa. Bila masa pula dia kata yang dia hendak ke laut?

"Betul Izhar?"

"Yalah, ayah... Encik Iz nak ikut ayah tanda yang dia betul-betul nak jadi menantu ayah!" Arisa ketawa kecil. Nampaknya kali ini Izhar tidak boleh melepaskan dirinya lagi. Lagipun kalau betul Izhar sanggup buat apa saja, pasti dia tidak akan menolak untuk mengikut Izhar ke laut. 

"Tak mabuk laut ke nanti?"

"Hmm... tak kot!" jawab Izhar terbata-bata. Pasti esok merupakan sejarah besar dalam hidupnya. Seumur hidupnya belum pernah dia melakukan kerja sebegitu. 

"Bagus juga tu, boleh juga buat teman! Kalau macam tu, eloklah kita tidur sekarang. Esok nak bangkit awal," suruh Muiz sambil menarik selimutnya.

Arman dan Azmin juga sudah menyimpan bukuk masing-masing dan berbaring bersama ayah mereka. 

Izhar juga turut berbaring kembali setelah Arisa masuk ke dalam bilik. Mampukah dia tidur lena bila fikirannya mula kacau memikirkan agenda esok? Arisa memang buat dia tidur tak lena!

***********************************************************************************************

SELEPAS bersolat Subuh baru Muiz dan Izhar turun ke laut. Arisa turut menghantar mereka ke tepi pantai yang hanya beberapa depa dari rumahnya itu. Sempat dia berpesan agar Izhar membawa balik ikan banyak-banyak untuknya.

Memandangkan Izhar yang pertama kali turun ke laut tidak berani Muiz membawanya terlalu jauh ke tengah. Cukuplah apa saja rezeki yang akan diperoleh di kawasan itu. Sambil menunggu untuk menarik pukat, Muiz mengeluarkan sarapan yang telah dibekalkan oleh Azizah.

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now