31

115 6 0
                                    

KEPULANGAN Izhar dan Arisa disambut dengan riang oleh Nek Da dan seisi rumah. Semua orang termasuk Mak Jah dan Kak Sal amat gembira mendengar berita yang dibawa mereka berdua.

"Kenapa Kak Dura nampak muka Iz ni semacam saja? Macam... aa... macam terbakar panas. Kenapa? Panas sangat ke kat sana?" Baidura terus memerhati wajah Arisa yang pada penglihatannya nampak biasa sahaja. Kenapa hanya wajah Izhar yang jadi begitu?

"Memang terbakar panaslah, Kak Dura," jawab Arisa bagi pihak Izhar. 

"Iz buat apa sampai terbakar macam ni?"

"Nak ambil hati bakal mertua, Kak Dura!" terang Izhar pula dengan senyum dan wajah yang berseri.

Sudah begitu keadaannya pun masih tersenyum-senyum! Semakin pelik Baidura mendengar jawapan Izhar sampai berkerut-kerut dahinya.

"Ni semua bakal isteri Iz punya pasal..." Izhar memandang Arisa seketika. Seronok dia melihat wajah Arisa yang memerah bila digiat begitu. "Ada patut dia suruh Iz ikut ayah dia ke laut!"

"Iz ke laut?" Nek Da turut berkerut kening kali ini. Tidak disangka Izhar yang tidak pernah bersusah dari kecil sanggup ke laut semata-mata memenuhi kemahuan Arisa!

"Nak buat macam mana, nek? Kalau tak ikut cakap nanti kena reject pula!"

 "Icha bukan paksa pun, nek. Icha cuma nak cakap saja, dah Encik Iz yang nak pi juga, Icha biarlah. Kan boleh cari pengalaman!"

"Betullah tu, banyak sangat pengalaman yang Iz dapat! Sampai muntah, nak pitam semua ada! Dah tu, tangan Iz ni..." Izhar menayangkan telapak tangannya kepada semua.

Melopong semuanya bila melihat tangan Izhar yang memerah dan melepuh bahkan ada juga bahagian kulit yang pecah. 

"Bagus Kak Icha ya!" puji Adila dengan senyum mengejek kepada abangnya. "Kak Icha tahu, selama ni tak ada sesiapa yang boleh suruh Abang Iz buat benda yang dia tak suka. Nampaknya, Kak Icha dah pecah rekod... congrats!"

"Abang Iz ikut pun ada sebabnya. Ingat senang nak sarungkan cincin tu kat jari Kak Icha kesayangan Didi ni? Lepas dah melepuh tangan ni barulah dia terima cincin ni. Itu pun jenuh memujuk! Macam-macam yang disoalnya dulu."

"Mestilah kena tanya semuanya. Icha nak tau yang Encik Iz betul-betul ikhlas nak kahwin dengan Icha pasal jauh sangat beza antara kita. Takkan nak terus terima macam tu saja. Dahlah Encik Iz tu jejaka idaman satu Malaysia. Icha kenalah sedar diri Icha dulu sebelum terima lamaran tu."

Panjang lebar Arisa membela dirinya. Dia bukan sengaja mahu menyeksa Izhar. Bahkan tidak terfikir langsung yang Izhar akan jadi begitu. Jika dia tahu akan jadi seteruk itu, dia juga tidak akan meminta Izhar melakukan yang bukan-bukan untuk menunjukkan ketulusannya.

"Icha minta maaf, Nek Da. Icha tak sangka Encik Iz jadi macam ni!"

"Tak apa, Icha... bafgus jugak! Biarlah Iz ni merasa susah sekali-sekala. Nanti bila dia ingatkan kesusahan yang terpaksa dia lalui untuk mendapatkan Icha taklah dia senang-senang nak buat sesuka hati pada Icha."

Lega hati Arisa bila dia tidak dimarah Nek Da sebaliknya disokong pula oleh wanita itu.

"Nenek ni... takkanlah Iz nak buat yang bukan-bukan pada isteri Iz nanti. Agak-agaklah!" Merajuk nampaknya Izhar bila keikhlasannya dipertikaikan Nek Da.

"Tapi ada satu perkara yang nenek tak uas hati pada Icha ni..."

"Apa dia, Nek Da?" soal Arisa takut-takut. Risau dia memikirkan apa perkara yang tidak disenangi oleh Nek Da. Mungkin kah dia telah melakukan kesalahan?

"Icha dan Iz ni dah nak bertunang, tak lama lagi dah nak jadi suami isteri, tapi panggilan tu masih tak ubah-ubah! Asyik Encik Iz, Encik Iz! Tak manislah. Panggilah nama lain."

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now