12

106 10 0
                                    

IZHAR berbaring di atas sofa panjang di ruang rehat. Fikirannya menerawang jauh memikirkan majlis malam nanti. Harap-harap Arisa akan bereaksi dengan baik. Semasa sarapan tadi pun dilihatnya Arisa sudah mempraktikkan cara duduk yang betul. Begitu juga dengan cara menggunakan sudu dan garfu. Cepat juga gadis itu belajar nampaknya.

Lamunannya mati bila telefon bimbitnya berbunyi minta diangkat. "Dia ni lagi! Huh!" getusnya tidak suka bila nama Elina tertera di skrin telefon.

"Helo!" jawabnya hambar. Tidak ada salam diberikan. Jika diberi salam pun belum tentu akan berjawab!

"Hai, Ku Iz." Lunak dan manja Elina menyapa.

"Nak apa?"

"Iz... malam ni you ambil I boleh? I tak ada partner nak ke majlis makan malam Megah Bersatu tu," rengek Elina semakin manja.

"Maaf I pergi dengan orang lain, takkan nak jemput you pulak. Apa kata dia nanti!"

"You pergi dengan siapa?" soal Elina. Sejak diberitahu Baidura yang Izhar sudah ada pasangan, dia memang tidak sabar untuk melihat perempuan bertuah yang menjadi pilihan Izhar itu. 'Takkan kawan-kawannya di hospital kot?'

"Someone special."

"Siapa?"

"Tunang I! My future wife!" Izhar sudah menaikkan suara. Tidak faham bahasa rupanya bakal ipar Baidura tu.

'Dia dah nak kahwin? Sejak bila pula dia ada buah hati?' Elina mula penasaran. Setahunya Izhar bukannya ada teman wanita. Memilih bukan main! Dia sendiri yang begitu bergaya juga tidak dapat menambat hati doktor muda itu. Tapi... semuanya kerana kesilapannya sendiri!

"Bila you bertunang, tak tahu pun!"

"Ya nek..." Tiba-tiba Izhar menyahut panggilan Nek Da yang tidak langsung memanggilnya. Sengaja mencari alasan untuk memutuskan talian. "Maaf El, nenek panggil I. Okay see you tonite..."

Segera talian dimatikan. Tunang, bakal isteri? Izhar mengingati kembali perbualannya dengan Elina. 'Aduh, kenapa mulut ni gatal sangat? Nanti kalau dia tanya si Dayang Senandung tu, mesti dia cakap tidak. Tak boleh jadi ni!'

Izhar pantas beransur ke dapur. Arisa pasti di situ pagi-pagi begini, menolong Mak Jah memasak.

"Icha!" Izhar melambai pada Arisa. 

"Ada apa pulak tu?" soal Nek Da bagi pihak Arisa. 

Arisa memandang kedua-duanya dengan penuh tanda tanya. 

"Adalah hal sikit..." Belum habis Izhar menjawab, Nek Da menarik tangan Arisa dan mendahuluinya mendapatkan Izhar. "Alamak! Yang fairy god mother Cinderella datang sekali ni buat apa? Iz panggil Cinderella ni saja!" Izhar menepuk dahi.

"Amboi! Mentang-mentang Cinderella ni dah pandai pegang sudu garfu, fairy god mother ni tolak tepilah ye?" sindir Nek Da.

Arisa hanya ketawa mendengar percakapan dua bercucu itu. Adakah pulak dia dikatakan Cinderella? Tapi lebih kurang begitu jugalah... orang miskin nak ke majlis orang kaya! detik hatinya.

"Alah, cayang Iz ni... nak merajuklah pulak!" Izhar memaut bahu Nek Da, sebuah ciuman dihadiahkan di pipi kedut neneknya.

"Ada apa yang nak berahsia sangat ni?"

"Tak ada, nek..." Izhar lantas menceritakan perbualannya dengan Elina kepada Nek Da.

"La... Iz ni cakap ikut sedap mulut saja. Habis nak buat apa sekarang?" Nek Da tunjuk muka marah, walhal hatinya melonjak riang. Suka benar dia kalau Izhar disatukan dengan Arisa walaupun kedudukan mereka jauh berbeza. Sebabnya? Mungkin dia kasihankan Arisa yang tidak pernah mengenal erti senang. Tapi yang penting, dia sukakan Arisa. Suka dengan sikap Arisa yang ringan tulang, manja, selalu bersahaja dan hormat padanya.

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now