8

99 8 0
                                    

SEMAKIN gelisah Arisa bila Izhar meletakkan dokumen yang sedang dibelek dan berjalan mendekatinya. berdeguk-deguk dia menelan liur bila mata Izhar yang kini duduk di atas meja di hadapannya merenung tepat ke wajahnya. Perlahan Arisa menunduk. Tidak sanggup menentang wajah Izhar yang serius bagai sedang merawat pesakit kronik itu.

"Ni kenapa beraja, Tengku segala macam ni?"

Bagai tidak mendengar soalan Izhar, Arisa terus pegun di tempatmya. Keras bibirnya hingga tidak dapat dipisahkan. Mungkin dia juga sedang lupa untuk bernafas sehingga pucat lesi wajahnya ketika itu.

"Icha..." Izhar menarik tangan Arisa dan mendudukkannya di kerusi. Dia sendiri duduk menghadap Arisa. "Saya memang tak suka awak panggil saya encik, tapi..."

"Maaf, Encik Tengku... saya tak tau! Pasal tu saya panggil Encik Iz saja." Arisa kembali bersuara. Kalut dia untuk membela diri. "Kak Dura pun..." Bibir Arisa kembali bertautbila Izhar meletakkan jarinya di situ.

"Jangan menyampuk boleh tak?" Berkerut-kerut kening Izhar, tidak suka bila kata-katanya dipotong oleh Arisa.

"Maaf, Encik Tengku. Saya..." Sekali lagi suara Arisa mati bila jari Izhar menekan kuat bibirnya. 

"Patutlah adik-adik awak gelar awak bontot ayam, mulut tak tahu diam! Saya tak suka awak berencik-encik dengan saya, tapi saya tak tahu nak suruh awak panggil saya apa, jadi saya biarkan. Nak suruh panggil abang, nanti ayah awak salah sangka pula. Lagipun awak bukannya adik saya. Tapi, jangan nak mengada-ngada panggil saya dan Kak Dura, Tengku pulak. Kami tak suka.

Panggilan tu hanya digunakan di pejabat ni saja, sebab pekerja-pekerja yang dari dulu bekerja dengan Almarhum ayah saya semua panggil kami dengan gelaran tu, jadi sampai sekarang semua orang panggil kami macam tu. Dan awak... kenapa tiba-tiba saja gatal nak panggil saya Tengku?" Agak tinggin suara Izhar memarahi Arisa.

'Orang nak hormatkan dia dengan panggilan yang lebih baik pun nak marah?' gerutu Arisa. Memang tidak salah, tapi Izhar dan adik-beradiknya memang tidak suka dipanggil dengan gelaran itu kerana bila gelaran itu digunakan ramai yang salah anggap dan membataskan pergaulan dengan mereka.

"Dah memang itu nama Encik Tengku! Lagipun Icha pekerja kat sini juga, kenalah ikut cara orang lain panggil, takkan nak berencik-encik saja?"

"Eh! Gelilah saya dengar awak panggil saya macam tu. Dahlah berencuk, panggil Tengku pula lagi. Dengar sini, kalau awak nak kerja kat sini, panggil saja saya macam biasa. Faham!" Tegas bicara Izhar walaupun tika itu dia ingin ketawa melihat Arisa yang terkebil-kebil.

"Aa... baik!" Arisa terus bangun dan menonong ke pintu. Kecut dia jika diberhentikan kerja nanti. Yang penting, dia mahu melarikan dirinya daripada Izhar buat ketika ini. 

"Eh! Nak ke mana tu? Saya belum habis lagi."

Arisa menarik nafas dalam-dalam sebelum berpaling. 

"Saya drngar Salihin kata awak pandai buat air. Boleh bancuhkan air untuk saya?"

"Boleh! Saya buat sekarang," jawab Arisa cepat. Secepat itu juga dia berlalu keluar tanpa menghiraukan Izhar yang masih mahu bersuara. 

Tidak sampai lima minit, Arisa muncul kembali dengan secawan minuman di tangannya.

"Air apa tu?" Izhar menjengah ke dalam cawan yang diletak Arisa di hujung meja. 

"Nescafe."

"Cik Arisa Hanum... siapa cakap saya nak minum Nescafe? Tulah... lain kali belajar jangan potong cakap orang dan dengar dulu apa orang cakap sampai habis."

Arisa menggaru kepala yang tidak gatal. Salah lagi nampaknya dia. Seram juga dia bila wajah Izhar yang tegang sedari tadi semakin tegang nampaknya.

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now