67

91 6 0
                                    

"SELAMAT pulang, sayang!" ucap Izhar sambil menolak kerusi roda Arisa ke dalam rumah. Dalam perjalanan pulang tadi, Izhar telah singgah membeli kerusi roda buat Arisa bagi mempermudahkan pergerakannya.

"Selamat pulang? Icha mana pernah duduk sini, mai pun tak pernah."

"Memang tak pernah, tapi Icha tuan rumah ni. Ini rumah Icha."

"Rumah Icha?" Arisa ketawa kecil sambil matanya menerawang ke sekeliling rumah. Walaupun tidak seluas rumah Nek Da, rumah itu sudah cukup selesa dan tentunya lebih selesa dari rumahnya di kampung.

Arisa dibawa melawat ke segenap ruang rumah itu. Kerusi roda elektronik berbateri yang dibeli Izhar benar-benar menolongnya untuk bergerak dengan lebih mudah.

***********************************************************************************************

BETUL kata Izhar, di rumah itu semuanya lebih mudah. Setiap lagi, Arisa akan dibawa ke bilik air untuk membersihkan najis dan mandi. Dia tidak perlu lagi mengangkat Arisa turun naik tangga untuk ke bilik air. Tidak perlu lagi menjerang air untuk mandia Arisa kerana sudah ada paip air panas yang boleh digunakan bila-bila masa sahaja.

Di rumah yang hanya dihuni oleh mereka berdua itu, Arisa dilayan bagaikan permaisuri. Makan minumnya sentiasa tersedia dan seudah tentu semuanya daripada air tangan Izhar sendiri. Izhar tidak pernah merungut, tidak pernah menunjukkan rasa lelahnya. Semuanya dilakukan dengan penuh rasa kasih dan tanggungjawab sebagai seorang suami. 

***********************************************************************************************

HARI ini hari pertama Arisa membuat pemeriksaan sejak tinggal di situ. Hari ini juga kali pertama Arisa keluar rumah setelah empat hari berada di apartmen di aras 10 itu. Bukan saja pada Arisa, ini juga adalah kali pertama buat Izhar. Selama empat hari di situ, Izhar tidak pernah membiarkannya sendirian. Tidak pernah dia jauh dari sisi Arisa. Sekiranya ada apa-apa yang diperlukan, Pak Adamlah yang dihubungi untuk mendapatkannya.

"Lepas ke hospital nanti, abang nak keluar kejap. Sayang boleh duduk rumah sorang-sorang? Kejap saja!" beritahu Izhar dalam perjalanan ke hospital.

"Pilah, Icha tak kisah. Abang tak payahlah risau sangat pasal Icha. Icha boleh jaga diri Icha. Bukan Icha nak buat apa pun, makan tidur saja."

Izhar mengerling Arisa di sisinya. Sedikit pun Arisa tidak bertanya ke mana tujuannya seperti selalu. Jika dulu itu soalan pertama yang diajukan bila dia hendak keluar. 

"Abang nak ke rumah nenek."

Spontan Arisa berpaling ke arah Izhar. berdebar hatinya tiba-tiba.

"Abang nak ambil pakaian dan barang-barang kita kat sana. Pakaian yang kat sini pun tak banyak," terang Izhar bagi menghilangkan geruh yang dilihatnya di wajah Arisa. 

Arisa mengangguk. Apa juga alasan Izhar, dia tidak akan menghalang Izhar untuk ke sana. Jika diikutkan hati mahu saja dia meminta Izhar membawanya sekali, namun dengan keadaannya yang sebegitu, dia tidak sanggup untuk bersua muka dengan Nek Da.

"Abang pergi kejap saja!"

"Pilah lama mana pun, Icha tak kisah. Tapi abang janji jangan cerita..."

"Abang tahu. Abang janji!" potong Izhar disusuli dengan sebuah keluhan berat. Bagaimana dia mahu menjawab soalan-soalan yang bakal diutarakan neneknya nanti? Pasti banyak yang perlu dijawabnya tanpa mendedahkan keadaan sebenar Arisa. 

Selesai urusan di hospital, Izhar membawa Arisa ke kedai perabot dan barangan elektrik. Di rumah mereka cuma ada katil, peti sejuk dan sebuah televisyen. Masih kekurangan beberapa barang keperluan terutamanya mesin basuh! Sudah menimbun baju kotor yang belum bercuci yang semestinya disembunyikan Izhar daripada penglihatan Arisa!

KOPI LADYKU by Ainul HazrahWhere stories live. Discover now