Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang sentiasa penuh dengan manusia berasak-asak dengan bagasi masing-masing. Cuaca yang agak panas membuatkan lelaki berpakaian tebal seperti di Los Angeles, California ini berpeluh. Kulitnya mulai kemerahan.
Dengan ketinggian yang hampir mencecah 180 sentimeter, lelaki ini mampu mencari pemandu peribadinya dari jauh. Bagasinya dipegang erat agar tidak hilang atau rosak dirempuh manusia yang tidak bertanggungjawab.
Kaca mata hitam yang dipakai dibetulkan. Wajahnya sedari tadi masam mencuka seperti asam kecut. Walaupun mukanya masam, namun kekacakannya tetap terserlah.
Lihatlah, semua orang yang memandangnya sekali pasti akan tertoleh lagi sekali. Nak kata melayu,kulitnya putih melepak.Anak mata berwarna coklat hazel. Bibir merah. Rambutnya keperangan yang semula jadi. Celah mana melayunya?
"What are you waiting for, Danial? Come, Pak Joe is waiting for us already," kata sang bapa. Dia menarik bagasinya dan berjalan menuju ke kereta Mercedes Benz.
Wanita yang berumur separuh abad itu tersenyum. Dia tahu, anak lelakinya tidak suka pulang ke Malaysia. Malah, dia tak pernah jejak kaki ke Malaysia sejak dia lahir.
"Mummy.." Lelaki itu merengek pada sang ibu. Nak merengek pada sang bapa, tak berani pula. Sang bapa garang sangat!
Dia dah kena ugut sejak mereka di Los Angeles lagi sebenarnya. Kalau dia berkeras tak mahu ikut pulang ke Malaysia, bapanya akan menyekat akaunnya dan tidak akan dapat satu sen pun duit elaun. Habis tu, dia nak berbelanja macam mana?
"Tercergat apa lagi tu? Cepat! Kesian Pak Joe tunggu lama. Rumah Nektok dengan KLIA ni bukannya dekat. Nanti jalan sesak pula," bebel Dato' Azraff.
Melihat dirinya sudah direnung semacam oleh bapanya,Danial terpaksa akur. Dia berjalan pergi ke kereta untuk menyimpan bagasi.
"Nanti dekat sana, maniskan muka. Jangan tunjuk protes sangat depan maklong. Lagi satu, guna bahasa melayu. Kita dekat Malaysia,bukan dekat Los Angeles lagi. Faham?" pesan Dato' Azraff.
Danial berdecit. Dia mencebikkan bibirnya apabila mendengar pesanan bapanya. Suka hati aje nak kongkong. Biarlah dia nak guna bahasa apa pun!
Danial membuang pandangannya ke luar tingkap. Hatinya menjadi libu apabila teringatkan tempat kelahirannya. Berpisah dengan tempat kelahirannya adalah di luar jangkaannya. Tak seronok,tak bebas!
RUMAH kampung berdindingkan batu bata yang cantik bercat warna hijau itu dipandang.Berkerut-kerut wajahnya melihat kawasan sekelilingnya.
Kampung betul!
"Ni anak kau,Azraff?"
Danial menoleh.Wanita yang sudah nampak berumur itu dipandang. Ini ke maklongnya?
Sampai macam tu sekali dia tidak mengenali saudaranya di Malaysia. Maklumlah,tak pernah ambil tahu!
"Ya,kaklong.Ni anak Azraff. Maaflah,tak pernah bawa dia balik sini.."
"Tak apa. Kaklong faham. Besar dah anak buah kaklong ni. Handsome!"puji Maklong Azza. Danial hanya beriak biasa. Tak ada rasa teruja pun. Nak teruja buat apa? Orang kampung saja yang puji.
"Danial,cantikkan kawasan ni? Rumah tepi sawah padi. Bukan senang nak dapat kampung macam ni. Seronok. Macam-macam boleh buat,"kata Maklong Azza.
Kaca mata hitam yang dipakai oleh Danial dibuka. Wajahnya jelas tidak berminat dengan kata-kata maklongnya.
"Maklong,i don't care about that sawah padi. I just want my Los Angeles back.That's all." Sejurus itu,dia terus masuk ke dalam rumah. Maklong Azza tercengang.
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...