BAB 11

7K 358 2
                                    

"Aku terima nikahnya Siti Nur Rosalinda Binti Idris dengan mas kahwinnya RM300 tunai."

Dengan dua kali lafaz,akhirnya lelaki yang bernama Muhd Danial Evans sudah menjadi suami yang sah kepada Siti Nur Rosalinda. Tetamu yang dijemput tidaklah ramai. Hanya majlis doa selamat yang dilaksanakan secara kecil-kecilan. Itu pun permintaan daripada pengamtin sendiri.

Airmata yang tidak dapat ditahan akhirnya turun dengan laju di pipi. Rasa sebak dan takut dengan tanggungjawab yang bakal dikendongnya.

Saat Danial mendekati Rosalinda untuk menyarungkan cincin pada jemariRosalinda,sempat Danial megesat airmata gadis itu. Dalam hal ni,dia tidak menyalahkan Rosalinda. Dia tahu,gadis itu turut menjadi mangsa keadaan seperti dirinya. Gadis itu juga turut tersepit di antara masa depan dan juga permintaan keluarga yang tak mungkin ditolak.

Rosalinda tak mampu untuk memandang Danial yang kini sudah sah menjadi suaminya. Entah kenapa,dia berasa takut untuk memandang suaminya sendiri. Dia serba salah kerana terpaksa menjadi isteri lelaki itu tanpa kerelaan.

"Ros.." Danial berbisik pada Rosalinda. Gadis itu masih tertunduk.

"Kita akan buat haluan masing-masing. Kau jangan risau pasal aku. Kau bertahan sampai mommy dengan daddy aku pergi.Okey?"bisiknya. Sedaya upaya dia mengawal suara agar tiada sesiapa yang dapat mendengar kecuali Ros.

Ros memejamkan matanya rapat.Airmatanya turun lagi.

Danial menggigit bibir. Aduh,dia menangis pulak!

Usai meyarungkan cincin,Danial segera mengucup dahi Rosalinda untuk menyembunyikan esakan kecil gadis itu.

Syafiq yang melihatnya tidak mampu membuat apa-apa. Apabila dia mendapat tahu bahawa sepupunya bakal dikahwinkan,dia terkejut besar. Patutlah Danial dengan Ros tak bergaduh seperti hari-hari yang lain. Wajah Danial turut nampak kusut. Rupanya inilah masalah mereka.

Kuasa Tuhan tiada siapa yang boleh halang. Jodoh mereka sampai awal. Nak buat macam mana?

Hati Rosalinda sakit apabila kamera terus menangkap gambar mereka berdua. Kalau boleh,dia tak mahu lama-lama disitu. Selesai saja akad nikah,dia mahu beredar. Tak perlu bergambar.

Tentang pernikahan mereka,hanya jiran terdekat,keluarga dan cikgu tertentu saja yang tahu. Yang selebihnya dirahsiakan. Ika,kawan baik kepada Rosalinda pun dirahsiakan. Hanya Fadil yang tahu memandangkan Danial sudah menceritakan masalah ini padanya.

Wajah Rosalinda yang tampak sedikit sembab itu dipandang. Rosalinda memalingkan wajahnya. Tidak mahu memandang Danial.

Danial mengeluh. Dia faham. Dia turut terasa semua ini bagaikan mimpi. Terasa semuanya berlaku dalam sekelip mata. Dia berkenalan dengan Rosalinda tidak sampai dua bulan. Sekarang,dia sudah sah menjadi suami kepada gadis itu. Gadis yang sering dibuli olehnya. Satu-satunya pelajar perempuan yang menarik perhatiannya di sekolah.

Rosalinda memandang cincin yang tersarung di jarinya. Cincin peninggalan arwah Nektok kata Datin Sophea. Hatinya terasa libu.

DANIAL mengetuk pintu bilik sebelum dia melangkah masuk. Sekujur tubuh yang duduk tegak di hujung katil itu dipandang. Pintu bilik tidak ditutup tetapi hanya dirapatkan sahaja.

Danial berdiri tegak di sebelah katil. Dirinya masih berbaju melayu dan bersongkok. Rosalinda juga masih berbaju kurung. Masing-masing diam tidak berkutik.

"Em.." Danial membuka songkoknya. Dia menyisir rambutnya menggunakan jari. Kekok dengan suasana yang hening.

"Awak pergilah mandi. Tukar baju. Saya sediakan sejadah untuk awak solat. " Rosalinda bangun.

"Eh,tak apa. Kau pergilah mandi dulu. Tukar baju. Tak payah sediakan sejadah untuk aku. Kalau kau nak solat,solatlah dulu. Aku lepak dekat luar dengan Syafiq. Fadil pun ada datang. Aku nak duduk dengan diorang dekat luar dulu,"kata Danial. Seperti yang dikatakan tadi,dia dan Rosalinda akan membuat haluan masing-masing. Dia tak mahu memberi gadis itu tekanan. Dia juga tak mahu menyulitkan lagi keadaan. Biarlah mereka berdua buat haluan masing-masing dulu. Tentang masa depan,lain kalilah baru fikir.

Rosalinda hanya mengangguk. Dia memandang Danial. Danial seperti kebingungan.

"Kau perlukan apa-apa ke?"soal Danial,lurus.

"Saya nak mandi."

"Okey.. Jadi..?" Danial masih tidak mengerti.

Rosalinda menarik nafas sedalam-dalamnya. "Taknak keluar ke?"

"Oh! Ya! I'm so sorry. Aku keluar dulu." Danial kabut. Segera dia keluar dari biliknya. Dia menampar pipinya berkali-kali.

"Buat malu je! Ish! "

Rosalinda pula mengeluh. Bagaikan tidak percaya sekarang dia sudah bersuami.

"Disebabkan dia,aku tak boleh enjoy zaman remaja aku."

SYAFIQ memandang Fadil yang makan dengan berselera. Maklumlah,dapat makan percuma. Memanglah berselera!

Fadil disikunya. Fadil memandang Syafiq. Dia tersengih.

"Danial,dah lah tu. Janganlah sedih lama sangat. Esok mommy dengan daddy kau nak pergi dah. Kalau kau sedih,diorang pun sedih,"kata Syafiq.

"Biarkan diorang. Aku malas ambil tahu. Aku sedih ke tak,diorang tak kisah pun. Masa depan aku ni barang permainan diorang je. Tu sebab diorang boleh gadaikan macam tu je. Sekarang ni aku nak tanya. Kerja untuk aku ada tak?"soal Danial.

"Kau nak kerja juga ke,Danial? Aku dah pesan,tak payah.Kau sekolah lagi,"bebel Fadil. Mulutnya penuh dengan nasi.

"Aku tak peduli. Aku dapat kerja separuh masa pun jadilah.Aku nak buktikan dekat mommy dengan daddy aku yang aku boleh hidup tanpa diorang. Diorang pandang aku macam aku ni budak kecik yang tak tahu erti hidup,"kata Danial dengan penuh kelukaan di setiap patah perkataannya.

"Tak baik cakap macam tu. Diorag mesti ada sebab.."

"Sebabnya adalah diorang tak sayangkan aku. Dah,aku malas nak cakap pasal diorang. Sekarang ni,aku nak kerja. "

Syafiq mengeluh. Dia dan Fadil berpandangan.

"Okey macam ni. Disebabkan kau kawan aku,aku tolong." Fadil menghirup air sirap limaunya.

"Ayah aku ada kedai runcit dekat pekan. Kalau kau nak,kau kerja dengan ayah aku. Dia memang perlukan pekerja sekarang. Tapi,aku rasa kau dapat separuh masa je lah. Kau kan sekolah,"kata Fadil.

"Kenapa kau tak tolong ayah kau kerja,Fad?"soal Syafiq. Fadil hanya tersengih.

"Sibuk dengan kerja sekolah.."

Syafiq menggulingkn matanya ke atas. Sibuklah sangat!

"Kalau macam tu,lepas mommy dengan daddy aku pergi, aku nak jumpa ayah kau.Aku nak minta kerja. Boleh?"pinta Danial.

Fadil mengangguk. "Boleh,boleh. Untuk kau semua boleh. Tapi gaji tak besar pun. Kau okey ke?"

"Tak kisahlah. Asalkan ada duit gaji. Aku dah kena sara anak orang sekarang. Aku taknak digelar suami dayus.Sejahil-jahil aku,aku ambil tahu juga pasal hukum hakam ni." Danial mengetap giginya.

Syafiq tersenyum. Bahu sepupunya ditepuk.

"Matang betul sepupu aku ni. Bangga aku. Untung Ros dapat suami macam kau. Jaga dia baik-baik,bro. Ramai lelaki dekat sekolah kita minat dia dalam diam. Kau tengok je dia tu pendiam. Tapi,ramai peminat."

Fadil terangguk-angguk.Mengiakan kata-kata Syafiq. "Betul. Aku pun pernah minat dia."

Danial terus memandang Fadil.

"Aku cakap,pernah! Maksudnya dulu. Sekarang tak. Ish,cemburu juga kau ni. Dalam tak rela,takut juga bini kena rembat."

Danial mencebik. Dia tak membalas apa-apa.

Cemburu? Belum tiba masanya dia nak cemburu. Perasaan sayang pun belum hadir. Kalau setakat suka tu,bolehlah. Dia memang sukakan Rosalinda. Tu sebab dia suka ganggu perempuan tu.

Boleh ke dia terima Rosalinda dengan seikhlas hati? Rosalinda pula macam mana? Ikhlas ke dia?

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now