Rosalinda yang sedang membuat kerja sekolah di ruang tamu terganggu fokusnya apabila terdengar pintu rumah terbuka. Dia melihat jam yang tergantung cantik di dinding.
Dah pukul 10 malam. Danial ni pergi mana sebenarnya? Sejak dua menjak ni,selalu balik lewat. Takkan dia pergi kerja betul-betul?
"Kau tak tidur lagi?"soal Danial,melihat Rosalinda yang masih berjaga.Dia ternampak buku Rosalinda.
Ah,macam mana dia boleh terlupa pasal kerja sekolah?
"Awak pergi mana? Melepak dengan Syafiq ke?"soal Rosalinda. Nak tak nak, dia kena juga ambik tahu pasal Danial. Maklumlah,Datin Sophea dah amanahkan dia untuk jaga Danial. Apa-apa jadi nanti,dia juga kena jawab!
"Tak adalah. Aku pergi kerja dekat pekan. Kau dah makan ke belum?" Danial pergi ke sofa dan duduk di sebelah Rosalinda. Buku latihan isterinya dibelek.
Ah,biarlah kerja sekolah dia. Paling teruk pun kena denda je nanti. Dah biasa.
"Kerja? Danial,awak sekolah lagi. Mana boleh kerja,"kata Rosalinda. Berkerut dahinya. Wajah Danial dipandang. Lelaki itu hanya nampak tenang.
"Jadi? Kalau aku budak sekolah pun tak boleh kerja? Aku kerja pun sebab nak sara kau. Takkan aku nak bagi kau makan pasir pula,"balas Danial. Dia meregangkan tulangnya yang terasa sengal. Harini,dia banyak angkut barang masuk kedai. Stok yanh baru sampai bukannya sikit. Berkotak-kotak!
"Ayah boleh bagi duit belanja untuk kita sementara kita belajar ni. Awak tak payah la susahkan diri awak. Awak nak SPM tahun ni. Tak penat ke? Petang pun awak ada latihan bola baling kan? Takkan nak kerja juga?" Rosalinda mula membebel. Dia menutup buku.
"Kau jangan banyak soal la,Ros. Aku penat sekarang ni. Aku dah jadi suami kau. Aku tahu tanggungjawab aku. Dahlah,aku nak mandi. Nanti tak pasal kita bergaduh pula,"kata Danial. Dia bingkas bangun dan beredar msuk ke dalam bilik. Rosalinda ditinggalkan keseorangan di ruang tamu.
"Ey,degil. Aku ambil berat pun salah, tak ambil berat pun salah. Aku ni kesiankan kau. Kau boleh marah pula? Ha,buatlah apa yang kau suka. Menyampah aku nak membebel dekat kau. Buang airliur aku je,"gumam Rosalinda. Dia kembali membuka buku latihannya. Baik dia siapkan kerja sekolah daripada melayan lelaki tu. Buang masa!
BUNYI ketukan pintu mengganggu lena Danial. Dia membuka matanya dan melihat jam di sebelah katilnya.Jam baru pukul dua pagi. Ada apa pula ni?
Dia mencelikkan matanya untuk melihat dengan jelas di dalam gelap. Hm,kenapa gelap semacam ni?
Pintu biliknya diketuk lagi. Hujan yang lebat diluar membuatkan dirinya terasa sejuk. Macam biasa,bumbungnya bocor lagi. Danial mengeluh.
"Awak.." Pintu bilik Danial diketuk berkali-kali. Danial bangun dan pergi membuka pintu biliknya. Matanya masih lagi mamai.
"Nak apa?"soal Danial bersama suara yang serak basah kerana baru bangun tidur. Rosalinda yang berbaju tidur dan rambutnya dibiarkan mengurai membuatkan Danial sedikit gerun.
Ish,dahlah dalam gelap! Dia ni tak reti ikat rambut ke? Bisik hati Danial.
"R-rumah ni black out.." Rosalinda sedikit demi sedikit mendekatkan tubuhnya.dengan Danial. Sebenarnya,dia takut dalam gelap. Tambahan pula,hujan lebat. Langsung tak boleh tidur!
"Black out?"
Patutlah gelap semacam. Black out rupanya. Tapi,si bunga Ros ni dekat-dekat dengan dia dah kenapa?
"Bilik kau bumbung bocor tak?"soal Danial. Rosalinda hanya menggeleng. Dalam diam,dia memegang hujung lengan baju Danial.
"Tepilah,aku nak cari torchlight. Selalunya daddy simpan dekat dapur." Danial mahu bergerak tetapi agak terhad kerana Rosalinda yang agak rapat dengannya.
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...