BAB 24

6.1K 323 0
                                    

Buku latihan matematik ditenung lama sebelum dicampak kasar ke bawah meja. Barang-barang yang ada di atas meja turut dicampakkan ke atas lantai. Habis bersepah barang dan buku sekolahnya di atas lantai.

Mikail mendengus geram. Rasa perit di hatinya semakin terasa apabila dia teringatkan apa yang dia nampak. Dia menggenggam tangannya sekuat hati.

"Tak guna kau,Danial. Kau baru masuk sini,kau dah nak buat hal? Kau main kotor ya? Banyak benda yang aku tak puas hati pasal kau,Danial. Banyak!" Mikail memandang wajahnya sendiri pada cermin. Nafasnya menjadi tidak teratur.

"Mungkin kau fikir,kau boleh sorok. Tapi kau kena ingat.Kebenaran tetap akan terbongkar.Kau duduk serumah dengan Ros. Urgh!" Tangannya menumbuk mejanya untuk melepaskan geram. Bingkai gambar Rosalinda yang tergantung cantik pada dinding dipandang.

"Ros,saya dari dulu cuba nak dekat dengan awak. Kenapa sikit pun awak tak bagi peluang? Kenapa Danial dengan Ikmal juga yang dapat? Awak memang pilih rupa,Ros!" Bingkai gambar itu dicapai dan dibaling ke atas lantai.Habis pecah bingkai tersebut dikerjakannya.

"Mikail! Apa bising tu?!"tegur ibu kepada Mikail,CikNor.Dia mengetuk pintu anak lelakinya.

"Kenapa ni,mak?"soal adik perempuan Mikail pula,Syatila.

"Tak tahulah kenapa dengan abang kamu ni.Sejak balik dari kem,makin menjadi-jadi perangai pelik dia.Marah tak tentu pasal. Tu, mesti pecahkan lagi barang."

"Diamlah,mak! Mak tak tahu apa-apa! Sya,kau bawa mak pergi! Bising pula orang tua tu depan bilik aku!"teriak Mikail dari dalam biliknya.

"Abang! Abang ni dah kenapa? Cubalah cakap baik-baik dengan mak!" Syatila mengerutkan dahinya.Geram dengan sikap abangnya yang semakin hari semakin melampau.

"Sebelum aku naik angin,baik kau bawa mak pergi.Aku taknak dia memekak depan bilik aku! Pergi!"

Syatila menggelengkan kepalanya.Segera dia membawa CikNor menjauhi bilik tidur abangnya. Mikail saling tak ubah seperti orang gila!

"Tak guna! Ikmal dengan Danial. Dua-dua bodoh!"

Mikail melepaskan rasa geramnya lagi. Dia sudah nekad. Satu hari,dia pasti dapat Ros. Itu pasti!

"APA-apa nanti telefonlah. Ingat. Jangan tukar nombor lagi,okey?"

Nayra tersenyum dan meminta diri. Danial menghela nafas lega. Nasib baik perempuan tu cepat beredar. Lagipun,kalau Uncle Zahid nampak nanti apa pula tanggapannya.

Nayra. Jiran sebelah rumahnya ketika dia berada di Los Angeles. Nayra tua tiga tahun daripadanya. Dia sudah menetap di Los Angeles selama 10 tahun dan jarang balik ke Malaysia kerana hubungannya dengan keluarga agak bermasalah. Danial tahu,keluarga Nayra tinggal sekampung dengannya,tetapi dia tidak kenal keluarga Nayra dengan lebih dekat.Dia cuma tahu Nayra hanya ada ibu dan adik perempuan saja.

Danial kurang berminat mahu berkawan dengan Nayra sebab gadis itu terlalu bersosial. Batasnya dengan lelaki langsung tiada terhad.Kadang-kadang,Danial dipeluknya tanpa dijangka. Pakaiannya pun seksi. Danial tak gemar dengan perempuan macam ni. Walaupun dirinya turut bersosial,tetapi tak adalah seteruk Nayra. Minuman keras pun sudah menjadi kebiasaan pada gadis itu.

"Danial." Uncle Zahid melangkah masuk ke dalam kedai runcitnya.Dia kelihatan tergesa-gesa.

"Kamu boleh balik awal harini. Uncle ada hal kecemasan nak kena uruskan.Uncle nak tutup kedai."

"Hal kecemasan?"

Uncle Zahid mengangguk. "Uncle nak cepat ni.Tolong uncle kemas dan kunci kedai ni. "

"Okey." Tanpa banyak soal,Danial menolong Uncle Zahid menguruskan semuanya. Jam baru pukul tujuh petang.Jadi,dia bolehlah makan malam bersama Rosalinda. Hati Danial sudah teruja.

Usai saja menutup kedai,Uncle Zahid terus pamit. Danial mengeluarkan telefonnya dan nombor telefon Rosalinda didail.

"Mana pula dia ni? Tak jawab pula telefon."

Danial mencuba sekali lagi.

"Hm,solat kot. Tak apalah."

Danial berjalan ke arah perhentian bas dan menunggu teksi. Nasibnya baik kerana masih ada teksi. Kalau tak,terpaksalah telefon driver tak berbayar dia.Siapa lagi kalau bukan Syafiq?

"ROS?"

Danial membawa masuk bersama bungkusan makanan. Kelibat Rosalinda dicari.

"Mana pula dia pergi? Takkan dia keluar tak bagitahu?"

Danial menjenguk di bilik isterinya. Bibirnya automatik tersenyum melihat Rosalinda yang sedang lena tidur. Maghrib pun tidur?

"Tidur waktu maghrib,lepas tu nanti mengigau." Danial menggelengkan kepalanya perlahan. Bungkusan makanan yang dibelinya sengaja didekatkan pada hidung Rosalinda. Sengaja mahu membuatkan isterinya terjaga dari tidur.

"Hm.." Rosalinda mengerutkan dahinya. Matanya masih lagi tertutup.

"Ada spagetti. Taknak ke?" Danial mendekatkan lagi bungkusan makanan pada hidung Rosalinda.Dia menahan tawa melihat wajah isterinya berkerut-kerut.

"Abang.. Janganlah.."

Danial terhenti. Matanya terkebil-kebil memandang Rosalinda yang masih menutup matanya. Tangan Rosalinda menarik selimut dan menyelubungi badannya. Dia betul-betul selesa di dalam selimutnya.

"Abang? Dia ni mimpi ke salah orang? Setahu aku,dia tak ada abang." Danial pelik.

"Oi. Bangunlah." Bahu Rosalinda ditepuk.

"Ish,janganlah kacau." Tangan Danial ditolak.

"Amboi,amboi. Oi makcik Ros! Bangunlah!" Danial menarik hidung Rosalinda perlahan.

Mata Rosalinda terus terbuka. Berkerut-kerut dahinya. Mamainya yang terasa membuatkan kepalanya sedikit pusing.

"Awak! Saya kan tengah tidur.Kenapa kacau?"marah Rosalinda. Dia menguap dan meregangkan badannya.Selimut yang tadi elok menutup badannya,kini melorot jatuh..Danial mengalihkan pandangannya. Tiba-tiba pipinya terasa kebas.

"Awal pula awak balik harini." Rosalinda memandang Danial. Danial masih memandang ke belakang. Dia mengemam bibirnya.

"Aku balik awal sebab kedai tutup awal."

"Awak pandang apa dekat belakang tu?" Rosalinda turut memandang ke arah belakang Danial.Aik? Tak ada apa pun.

"Aku sedang menjaga mata. Taknak mata aku tercemar."

"Ha?"

Danial menghulurkan bungkusan makanan tanpa memandang wajah isterinya. Telinganya turut merona merah. Berkerut dahi Rosalinda.Dah kenapa dengan dia ni? Demam ke?

"Awak okey ke tak? Kenapa merah muka awak ni?"  Huluran Danial disambut.

Tanpa membuang masa,Danial pantas berjalan keluar dari bilik isterinya.Sempat lagi dia memberi 'pujian' buat isterinya.

"Rasanya kalau mata aku tercemar pun tak apa. By the way,putih betul kulit kau. Buat abang geram la!" Danial berlari keluar. Dia mengekek ketawa.

"Kulit?" Rosalinda bingung sekejap. Dia memandang dirinya sendiri sebelum matanya terbuntang luas.

"Ey,Danial!!"

Wajah Rosalinda bertukar kemerahan. Ya Allah,macam mana dia boleh lupa? Dia pakai baju tak berlengan!

Disebabkan rasa panas petang tadi,dia membuat keputusan untuk memakai baju tidak berlengan.Sangkanya,Danial akan pulang lewat malam. Tapi lain pula jadinya!

"Ya Allah,malunya! "




Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now