Keadaan bilik air yang tidak berbumbung itu dipandang. Mata Danial meliar memandang keadaan bilik air yang betul-betul kekampungan itu.
"Biar betul suruh aku mandi guna air perigi ni? Dengan tak ada bumbung. Gila betul! Buatnya ada orang intai aku mandi,untung-untung dapat tengok freeshow!"
Tuala mandi disangkut pada pintu. Memandangkan tak ada bumbung,pintu pun boleh dijadikan penyangkut.
Danial menggaru kepala. Cuba mencari jalan untuk menggunakan perigi yang berada di hadapannya. Sesekali kepalanya dijengukkan sedikit untuk melihat kedalaman perigi. Danial meneguk airliurnya.
"Dalamnya. Aku dah lah tak pandai mandi guna ni. Kalau aku terjatuh dalam ni macam mana? Eh,aku bukannya bodoh,nak terjun dalam perigi ni. Ni perigi,bukannya kolam renang."
Danial termangu sendirian. Dia bercekak pinggang. Otaknya ligat berfikir.
"Danial,dah mandi ke belum? Cepat sikit mandi tu. Dah nak maghrib ni. Tak elok mandi waktu senja macam ni,"tegur Datin Sophea.
"Yes,mom! "jawab Danial. Dia menggaru lagi kepalanya.
Aduh,macam mana nak mandi ni?
"Mummy! Water heater tak ada ke?"teriak Danial dari dalam bilik air. Datin Sophea yang masih menunggu Danial dari luar bilik air menggelengkan kepalanya.
"Mana pulak nak datangnya water heater? Dalam tu kan ada perigi. Gunalah perigi tu sayang oi. Pandai tak nak guna perigi tu?"soal Datin Sophea.
"Em,tak pandailah mummy."
Danial buka pintu bilik air. Wajahnya cemberut memandang Datin Sophea. Tergelak kecil Datin Sophea dibuatnya. Kesian anak lelakinya. Tu lah,manja sangat!
"Mummy.. Danial taknak duduk sini. Tak nampak ke semuanya menyusahkan? Kita ni hidup dah moden mommy. Kenapa perlu guna perigi bagai lagi? Ketinggalan zamanlah,mummy!" Danial mencebikkan bibir. Ey,anak bandar betul!
"Hey,kenapa cakap macam tu? Daddy dengar nanti,marah dia. Daddy bawa Danial balik sini sebab dia nak kamu kenal saudara-mara. Belajar hidup cara orang melayu. Walaupun mummy berasal daripada US, tapi mummy suka tau cara hidup orang melayu. Seronok,"kata Datin Sophea. Dia menepuk pipi anak lelakinya perlahan. Wajah yang seiras dengannya itu dipandang dengan penuh kasih.
"Tapi,Danial tak biasa dengan semua ni. Danial sukakan Los Angeles. Los Angeles is my everything mom.."
"Dah,sekarang kamu pergi mandi. Sini,mummy ajar kamu cara guna perigi ni." Danial ditarik masuk ke dalam bilik air.
Datin Sophea tersenyum. Anaknya ditegur dan diajar dengan penuh sabar dan kasih sayang. Kalau berkasar,pasti anak lelakinya akan memberontak. Biasalah,darah masih panas. Darah muda.
PIPI ditampar perlahan. Lengannya turut menjadi mangsa tamparan kasih sayang demi menyelamatkan diri daripada serangan gigitan nyamuk. Sesekali tubuhnya berpusing-pusing di atas katil mencari posisi yang selesa untuk tidur.
Danial merengus. Dia bingkas bangun dan duduk daripada terus baring di atas tilam yang digelarnya besi buruk itu.
"Ish,sumpah tak selesa! Tempat apa ni? Ya Allah,aku nak balik Los Angeles! Kalaulah aku boleh lari balik sana,sekarang juga aku lari!"gumamnya. Dia menggaru lehernya yang sudah dicemari oleh gigitan nyamuk.
Tadi,terasa panas. Sekarang,terasa sejuk pula. Lagi-lagi baru lepas hujan. Sejuk terasa sampai ke tulang!
Selimut ditarik sehingga menyelubungi tubuh. Telefonnya dicapai dan dibuka skrin. Ah sudah! Tak ada line!
"Jangan buat lawak. Takkan tak ada line?! Selama ni okey je!" Telefonnya diketuk-ketuk. Manalah tahu kot-kot rosak.
"Tak ada line! Ya Allah,gua ke apa tempat ni?! Aku ingat baru nak call Jack,tapi line pun tak ada!"
Danial mencampakkan telefonnya ke tepi. Dia meraup kasar wajahnya sebelum dia bangun dan bingkas keluar dari bilik. Dia melihati sekeliling. Okay,line clear!
Danial berjalan perlahan-lahan pergi ke dapur. Dia terhendap-hendap saling tak ubah seperti pencuri.
"Danial,kenapa terhendap-hendap ni? Kenapa tak tidur lagi? Esok sekolahkan?"tegur Dato' Azraff.
Bahu Danial terhincut. Kus semangat! Terkejut disergah bapanya secara tiba-tiba.
"Daddy ni. Terkejut Dani!"
"Dah tu,kamu terhendap-hendap macam ni kenapa?"
Danial tersengih. "Dani nak minum air je. Haus.. Dani tak boleh tidurlah,daddy. Nyamuk.."
Dato' Azraff ketawa kecil. Dia menepuk bahu anak lelakinya perlahan.
"Nyamuk gigit? Gunalah mopiko. "
"Daddy!" Danial mencebikkan bibirnya. Boleh pula bapanya main-main. Ish! Tak nampak ke kulit dia dah merah kena gigit dengan nyamuk?
Dato' Azraff hanya ketawa. "Gunalah kelambu.. Kamu ni pun."
Danial tercengang. "Kelambu..? Apa benda tu,daddy?"
"Kelambu pun kamu tak tahu,Danial? Ya Allah.." Dato' Azraff memicit kepalanya.
"Dah,jom ikut daddy. Daddy tunjuk. "
Danial tersengih. Dia hanya mengikut bapanya. Ni lah padahnya kalau tak pernah balik Malaysia. Banyak benda tak tahu!
"Daddy,kalau Dani nak tanya boleh?"
"Apa dia?"
Danial menggigit jarinya. Wajah bapanya dipandang. Nak tanya,tapi rasa serba salah pula. Takut!
"Macam mana daddy pikat mummy dulu?"soal Danial. Dia tersengih kambing.
"Macam mana daddy pikat mummy dulu?"
Danial mengangguk. Ya Allah,moga-moga bapanya tak marah! Dia cuma nak tips je!
Matanya dikecilkan. Misai bapanya bergerak-gerak. Danial meneguk airliur yang sudah terasa kelat.
Alamak,tanda-tanda bapanya nak 'gulai' dia dah muncul! Salah masa ke dia tanya benda macam tu? Tak salah kan? Dia dah umur 17 tahun!
"Daddy bagi ayat manis je.Memandangkan daddy memang dah handsome,jadi mummy kamu tu jatuh hati la dengan daddy. "
Phew! Nasib baik!
"Tu je,daddy?"soal Danial.Dahinya berkerut. Takkan tu je tips dia?
"Kamu nak menggatal dekat sekolah?"
Pantas Danial menggelengkan kepalanya. Jangan mengaku! Kalau tak,kena 'gulai' nanti!
"Tak adalah,daddy! Tanya je.."
Danial cuak. Risau kantoi pula dengan bapanya yang dia nak cuba pikat..
Shh! Diam! Biarlah rahsia!
Agak-agak siapa yang Danial nak pikat? Biar betul mamat jambu ni nak memikat perempuan? Mampu ke?
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...