BAB 65

5.8K 231 18
                                    

Meja kerja yang berselerak dengan kertas dipandang Danial. Fail-fail yang bertimbun membuatkan Danial bertambah tertekan. Terlalu banyak kerja sehingga dia tak sempat untuk makan.

Pintu bilik kerja Danial diketuk dan dibuka.Ikmal muncul bersama senyuman.

"Kau nak apa?"soal Danial.Dingin dia berbicara dengan sepupunya. Menyampah! Hipokrit! Talam dua muka! Benci dia melihat wajah Ikmal.

"Aku nak ajak kau makan.Jom?"pelawa Ikmal.

Danial menghempas pen di atas meja.Bengis wajahnya memandang Ikmal. Darahnya mendidih tatkala teringatkan ‘gambar’ yang dia terima sejak sebulan lepas.

"Kau ni manusia jenis apa,Ikmal? Kau dah porak-perandakan hidup aku dengan Ros,lepas tu kau masih boleh senyum dengan aku? Kau memang melampau!" Suara Danial mulai naik satu oktaf.

Ikmal tersenyum.Dia mendekati Danial dan tangannya diselukkan ke dalam poket seluarnya.Danial dipandang dari atas hingga bawah.Pandangan yang membuatkan Danial berasa tercabar.

"Apa aku dah buat sampai kau marah macam ni? Bukan ke kau sendiri yang rosakkan hubungan kau dengan Ros? Kau yang pilih nak pinggirkan dia kan? Kau pilih Nayra kan?"soal Ikmal.

Danial mengetap giginya,menahan geram yang sudah lama dipendamnya.

"Kau yang hantar gambar tu kan? Kenapa kau hantar gambar tu dekat aku?"

Ikmal duduk di atas sofa yang ada di dalam bilik tersebut.Kakinya disilangkan dan badannya disandarkan pada sofa. Matanya memandang sekeliling pejabat Danial.

"Aku saja nak main-main dengan kau. Kau kan sepupu aku.Takkan aku tak boleh nak main dengan kau?" Ikmal ketawa kecil.Dia mengeluarkan sampul yang ada terselit di dalam poket baju koporatnya.

Beberapa keping gambar disusun cantik di atas meja.

"Permainan kedua aku.Seronok! Jomlah mainlah dengan aku. Kau tengoklah ni. Semua ni aku dapat waktu kau masuk kelab malam dengan Nayra haritu." Ikmal tersenyum.

"Aku tahu apa yang kau buat dengan Nayra. Aku pun tahu apa yang jadi antara kau dengan Nayra. Aku tak terkejut pun kalau kau kahwin dengan Nayra.."

Danial mendekati Ikmal dan menarik lelaki itu bangun.Kolar baju lelaki itu dicengkam kuat.Semua urat-urat pada leher Danial jelas dilihat kerana menahan marah.

"Haritu,kau hantar gambar aku je.Aku masih boleh diam. Sekarang,kau nak bagi aku gambar aku dengan Nayra pula? Eh, kau dengar sini. Ya,memang aku mabuk malam tu.Tapi,aku tak sentuh Nayra." Mata Danial memandang ke dalam anak mata Ikmal.

"Kalau betul kau tak sentuh dia,kenapa kau kahwin dengan dia? Isteri kau dah elok percayakan kau haritu. Kenapa kau tetap nak kahwin dengan Nayra?"soal Ikmal.Dia mempersoalkan perkahwinan Danial dan Nayra.

Lama Danial berfikir untuk memberi jawapan.Dia terdiam untuk seketika.

"Sebab kau dah mula sukakan dia.Betul? Tu sebab kau telan apa je kesalahan dia pada kau.Walaupun.. dia dah tidur dengan orang lain.Bukannya kau.Kan?"

Danial meneguk airliur yang terasa kelat. Ikmal tersenyum senget.

Bahu Danial ditepuk. Ikmal melepaskan genggaman Danial pada kolar bajunya.

"Kau yang pilih untuk curang dengan Ros. Bukan aku yang jadi punca hubungan kau dengan Ros rosak,"bisiknya. Ikmal berlalu pergi.

Danial kaku. Dia melihat semula gambar-gambar yang ditinggalkan oleh Ikmal. Sekeping demi sekeping dia melihatnya.

Gambar dirinya dan Nayra di dalam kelab malam. Seronok apabila sudah dapat meneguk air minuman keras. Bergaul dengan ramai orang di dalam kelab bersama iringan muzik. Suasana yang menyeronokkan bagi jiwa muda sepertinya.

Danial kalah pada nafsunya sendiri.Kalah pada jiwa mudanya yang betul-betul inginkan kebebasan dan berseronok tanpa sebarang komitmen.

Ya,Danial curang.




ROSALINDA mengusap perutnya yang terasa semakin mengeras. Sesekali dia duduk bersandar pada kepala katil. Jam yang tergantung di dinding dilihatnya.

Jam sudah pukul 3.30 pagi.Danial pula tiada disisinya.Macam biasalah,dia berada di rumah Nayra. Hari ini,giliran Nayra pula. Hm,tapi kalau ikutkan.. Dua kali seminggu je giliran Rosalinda. Entah apa yang seronok sangat duduk dengan Nayra pun dia tak tahu.

Rosalinda mengusap perutnya berkali-kali sambil berselawat. Kalau ikutkan due date,sepatutnya lagi dua minggu. Takkan nak keluar awal pula?

Sejak tadi dia tak boleh lelapkan matanya.Dia asyik terasa sakit dan membuatkan dirinya tak selesa untuk baring di atas katil.Walaupun katilnya luas,tetap tak memberikan keselesaan padanya.

"Sayang.. Babah tak ada dekat sini.Esok ibu minta babah datang sini ya?" Rosalinda cuba memujuk anak yang ada di dalam kandungannya.Berkali-kali dia mengusap perutnya agar hilang rasa sakit. Namun,tetap sama.

Rosalinda mengerutkan dahinya. Rasa sakit semakin mencucuk. Kenapa pula ni?

Rosalinda sudah terasa kakinya basah. Dia yakin,air ketubannya pasti sudah pecah. Sakit semakin terasa.

Rosalinda mengaduh. Tubuhnya mula menggigil dan mengeluarkan peluh. Telefonnya dicapai dan didail nombor Danial.

Ah,tak berjawab pula! Tidur nyenyak la tu!

Nombor telefon ibu mertuanya pula didail.

"Ya Ros? Kenapa telefon ni? Nak apa-apa ke?"soal Datin Sophea dari dalam telefon. Suaranya kedengaran seperti orang mamai. Yelah,pagi-pagi buta.Mestilah dia masih tidur.

"Mummy.. Ros sakit!" Rosalinda mula menangis. Rasa tak tertahan sakit yang dialaminya sekarang. Sakitnya bukan kepalang.

"Sakit? Ros,tunggu mummy. Istighfar banyak-banyak!" Datin Sophea terus memutuskan talian.

Telefon terlepas dari genggaman Rosalinda. Airmata keluar dari tubir matanya.

Sekarang,dia hanya mengharapkan Danial ada disisinya. Walaupun sekejap,dia betul-betul mengharapkan kehadiran suaminya disisinya.







Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now