Keluhan demi keluhan keluar dari mulut Rosalinda. Dia memandang Danial dari ekor matanya. Ey,geram betul!
Mamat ni boleh buat muka selamba? Ni mesti dah biasa buat kerja macam ni!
"Disebabkan awak,saya pun kena denda tahu tak?"bebel Rosalinda,masih mengawal suaranya. Wajahnya masam mencuka.
"Tak tahu." Danial menayang wajah selamba. Dia setia berdiri tegak sedangkan perempuan disebelahnya itu sudah terasa kebas kaki.Sesekali kakinya diurut.
"Awak ni menyakitkan hati tahu tak? Seumur hidup saya,tak pernah kena halau dari kelas tahu tak?"marah Rosalinda lagi.
"Tak tahu pun."
Rosalinda mengetap giginya. Geram sungguh berbicara dengan manusia yang tidak faham bahasa. Lebih menyakitkan hati,lelaki itu memandangnya dengan senyuman sinis.
"Dah lenguh ke kaki tu? Kesiannya. Baru setengah jam. Rilekslah. Ada setengah jam lagi ni. Cuba bertahan sikit. Ni mesti kes malas bersenam kan?" Danial mengutuk perempuan itu lagi.
"For your information,being healthy is good. So,please do your workout at home or gym or wherever you want. Then,you'll get a fit body and healthy. Also,get a healthy food too."
Naik menyampah Rosalinda mendengarnya. Tak habis-habis speaking! Ingat dia sorang je boleh? Sekali aku balas,terdiam kau!
"Jadi,awak nak cakap yang awak selalu bersenam? Jadi,kaki awak tu kuatlah?"soal Rosalinda.
"Ya. Untuk pengetahuan kau,aku atlet dekat sekolah lama aku. Setiap tahun nama aku naik jadi juara olahraga. Nama aku juga naik sebagai pelajar terbaik,"kata Danial. Bangga dengan pencapaiannya. Memang betul pun semua yang dia katakan.
Senakal-nakal dia, dia tetap dapat score dalam peperiksaan walaupun dia tidur dalam kelas. Otak geliga dia ni.Jangan main-main.
"Cerita nak gempak,"kata Rosalinda,seolah-olah tidak percaya dengan cerita Danial.
"Tak percaya? Aku boleh tunjuk."
"Tak perlu tunjuk. Tak perlu riak. " Rosalinda menggulingkan bebola matanya ke atas. Menyampah!
"Ros! Danial! Siapa benarkan kamu berdua berbual dekat luar tu? Saya suruh berdiri,bukannya nak bergosip!"
Rosalinda terus tertunduk. "Maaf cikgu.."
Dijelingnya wajah Danial yang berdiri disebelahnya. Langsung tiada riak rasa bersalah di wajahnya. Mamat ni hati batu ke apa? Cikgu marah pun dia buat tak tahu.
Danial.. Danial. Mana sesat mat saleh dekat kampung ni?
DANIAL memandang gadis disebelahnya. Diintainya sedikit buku lukisan gadis itu. Dahinya berkerut sedikit. Lukisan yang dilukis oleh gadis itu sedikit sebanyak membuatkan dirinya berasa kagum.Cantik! Kemas saja lukisannya.
"Kau tak pergi rehat ke? Dari tadi melukis saja. Tak bosan ke?"soal Danial.
"Tak bosan pun. Saya tak lapar. Awak kenapa tak pergi rehat? Tadi Syafiq ajak awak pergi rehat,kenapa tak nak ikut?"
Danial menggelengkan kepalanya. Dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi dan kakinya diletakkan di atas meja. Dia memeluk tubuh. Headphone dari begnya dikeluarkan.
"Aku tak suka makanan sini. Tak sesuai dengan selera aku."
Rosalinda hanya memerhatikan gerak-geri Danial. Mamat ni memang sesuka hati bawa barang terlarang pergi sekolah. Tak takut kena rampas? Dia sebagai anak pengetua pun tak bawa telefon pergi sekolah. Bapanya dulu bekas tentera, jadi dia amat tegas dalam menguruskan hal disiplin diri.
"Kenapa bawa telefon? Tak takut kena rampas?"
Danial hanya ketawa sinis. Dia memandang Rosalinda dengan pandangan sinis. Telefon yang berada di tangan kirinya ditayang. Iphone XR! Nak riak la tu!
"Telefon ni satu keperluan. Jadi,tak salah kalau bawa pergi sekolah. Yang jadi kesalahan bila guna telefon waktu cikgu mengajar."
Fuh! Cara bercakap macam dia pelajar yang baik! Sedangkan sewaktu dia di sekolah di Los Angeles dulu,dialah pelajar paling nakal! Namanya sentiasa naik di bilik disiplin! Tu sebab kena buang sekolah!
"Tapi,bawa telefon ke sekolah tetap menjadi satu kesalahan. Saya boleh laporkan pada cikgu. "
"Jadi,kau nak laporkan pada cikgu? Go ahead. Kau nak tahu siapa aku? Aku anak Dato' Azraff. Aku boleh balas balik apa yang kau buat dekat aku,"kata Danial,seakan-akan mahu menggertak Rosalinda. Sebenarnya dia cuak juga kalau bapanya tahu. Tak pasal kena 'gulai' lagi!
"Oh ya? Siapa Dato' Azraff tu? Maaflah,saya tak kenal.Apa yang pasti,Dato' Azraff tu manusia kan? Jadi,rasanya yang saya perlu takut adalah Allah je."
Menusuk kalbu! Danial terdiam mendengar bidasan Rosalinda. Dia menayang wajah kelat.
"Whatever."
Rosalinda tersenyum kemenangan. Padan muka! Nak berdebat sangat kan?
Rosalinda menyambung melukis. Sesekali dia tersenyum sendiri sambil melukis lukisannya. Puas hati dengan hasil lukisannya.
Danial mahu melelapkan matanya sekejap namun dia membantutkan niatnya. Gadis yang berada disebelahnya telah menimbulkan pelbagai persoalan dimindanya.
"Oi." Danial menendang perlahan kaki meja Rosalinda. Rosalinda menahan geram. Giginya diketap. Sabar,Ros! Mamat ni memang tak belajar sivik kot!
"Oi." Kaki meja Rosalinda ditendang lain.
Pensel dihempas di atas meja. Wajah Danial dipandang dengan perasaan sebal.
"Encik Danial,saya ada nama dan nama saya bukannya 'oi'. Okey?"
Ketawa sinis terkeluar dari bibir Danial.
"Jadi? Kau nak aku panggil kau Ros? Muka kau tak cantik macam bunga ros pun. Tak sesuai,"kutuk Danial.
Rosalinda sekali lagi menahan geram.
Suka hati dia je kutuk nama orang! Ingat nama dia sedap sangat?"Habis tu,awak? Macam bagus sangat.a"
"Apa salahnya kalau aku rasa diri aku bagus? Sekurang-kurangnya aku ada confident." Danial melelapkan matanya. Rosalinda memandang Danial.
Mamat ni memang handsome.Tapi,satu je masalahnya. Memyakitkan hati! Berlagak!
"Awak tu duduk dekat bawah tempurung. Tu sebab awak tak kenal,"balas Rosalinda semula.Memulang paku keras!
"Aku duduk dekat rumah banglo okey. Kau je duduk bawah rumah tempurung. "
Rosalinda menepuk dahi. Sah,mamat ni kena belajar dari A hingga Z!
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...