BAB 67

6.3K 255 7
                                    

Wajah Rosalinda yang lena dibuai mimpi direnung. Perlahan-lahan tangan Danial mengusap rambut isterinya.Tangan Rosalinda digenggamnya perlahan dan mengucupnya sekilas. Rosalinda membuka matanya dan melihat suaminya sedang merenung ke arahnya.

Perlahan-lahan,Rosalinda menarik tangannya daripada terus dipegang oleh Danial. Dia memalingkan wajahnya ke arah lain.

"Sayang.."

Danial memegang semula tangan isterinya. Rasa bersalah begitu menggunung di dalam dirinya.

"Sayang,abang minta maaf,"pinta Danial.

Rosalinda tetap tidak memberi sebarang respon. Berat hati Danial melihat isterinya.

"Abang tahu,abang salah.Abang minta maaf.."

"Kalau dah tak perlukan saya,bagitahu. Saya boleh pergi. Saya masih ada keluarga dan saya harap awak boleh pulangkan saya ke pangkuan keluarga saya dengan baik." Rosalinda mengekalkan wajah bekunya.Tiada airmata,tiada esakan. Dia membekukan hatinya.

Tiada Danial disisinya sewaktu dia bertarung nyawa,sudah cukup memadai untuk membuktikan bahawa dirinya tidak lagi penting dalam hidup seorang lelaki yang bernama Danial Evans ini.

Danial menggelengkan kepalanya. Tiba-tiba,dia menjadi takut. Takut kehilangan Rosalinda dari sisinya. Lebih-lebih lagi,sekarang Hariz Evans sudah ada di dalam hidupnya. Mana mungkin dia boleh berpisah dengan keluarga kecilnya sekarang.

"Abang tak berniat pun nak tinggalkan sayang. Sayang buah hati abang. Hidup abang huru-hara kalau sayang pergi.." luah Danial dengan ikhlas.

Rosalinda akhirnya memandang Danial. Tajam matanya merenung ke arah suaminya yang sudah tertunduk. Orang dah buat salah,mestilah tak berani angkat muka. Padan muka. Siapa suruh cari masalah?

"Awak nak apa lagi dari saya? Awak dah merasa jadi orang atasan syarikat,awak dah merasa beristeri dua dan awak dah merasa dunia sosial dekat KL ni. Apa lagi awak nak? Saya tak jumpa sebab untuk kekal ada di sisi awak. Nayra lebih sesuai dengan awak.Dia faham gaya hidup seharian awak." Rosalinda berjauh hati. Dia menoleh ke tepi,memandang anak kecilnya sedang lena tidur.

"Ros,abang tahu abang silap. Tapi,abang pun manusia biasa yang boleh buat kesilapan kan? Abang tak minta pun untuk jatuh hati dengan Nayra.. Semua tu terjadi secara semula jadi." Danial bersungguh-sungguh menerangkan pada Rosalinda. 

Semula jadi? Huh,alasan! Semakin sakit hati Rosalinda mendegarnya. Ada saja jawapan dan alasan daripada suaminya.

"Kalau satu hari nanti,saya tawar hati dengan awak.. Awak jangan nak persoalkan kenapa.  Sebab,semua perasaan tu semula jadi dan semuanya berpunca daripada awak sendiri,Danial."

Danial terdiam. Hatinya semakin resah. Tawar hati? Tak! Dia takkan biarkan Rosalinda tawar hati dengannya!




SUARA Hariz Evans merengek dan menangis menyedarkan Danial dari lenanya. Matanya memandang ke arah anak kecilnya kemudian dia memandang ke arah Rosalinda pula.

Rosalinda masih lena. Terlalu penat mungkin. Danial tersenyum lantas bangun menuju ke katil anak kecilnya. Perlahan-lahan dia mendukung Hariz Evans dan mengusap pipi anak kecil itu.

"Kenapa ni,sayang? Jangan menangis. Babah ada dekat sini." Danial mengucup dahi anak kecilnya. Tangis Hariz Evans terhenti dan matanya memandang bapanya. Danial tersenyum lagi. Jadi,inilah rasanya bahagia apabila bergelar seorang ayah.

"Babah minta maaf sayang sebab abaikan Hariz dengan ibu. Babah sayangkan Hariz dengan ibu.." Pipi Hariz Evans pula dikucupnya. Sayang benar dia dengan anak lelakinya.

Rosalinda yang terjaga mencelikkan matanya memandang ke arah dua beranak itu. Leka dia memandang gelagat Danial yang sedang melayan anak kecil mereka.

Rosalinda tersenyum nipis. Namun,segalanya terhenti apabila telefon Danial berbunyi dan nama Nayra tertera pada skrin telefon. Danial mencapai telefonnya dan mula mengeluh perlahan.

"Jawab sajalah. Takut ada kecemasan." Rosalinda bangun dan berjalan perlahan menuju ke arah Danial.

"Tak apa,biarkan. Abang nak luangkan masa abang dengan sayang dan Hariz. Waktu macam ni terlalu berharga bagi abang untuk abang lepaskan.." Danial menutup telefonnya. Matanya kembali fokus pada Hariz Evans.

"Jawablah panggilan Nayra tu. Saya tak nak benda yang sama macam saya jadi pada dia. Dia mengandung,jadi awak perlu ingat dia juga." Rosalinda pula mengambil giliran untuk dukung anak kecilnya.

"Tapi sayang.." Danial serba salah.

"Jawab panggilan tu,Danial." Rosalinda tidak memandang sumainya. Dia duduk di birai katil dan memberikan anak kecilnya susu badan.

Danial mengeluh. Melihat telefonnya berbunyi lagi,akhirnya dia menjawab panggilan daripada Nayra.

"Helo.." Danial mengusap lehernya.Matanya tidak lepas memandang Rosalinda dan Hariz Evans.

"Helo,abang. Bila abang nak balik sini? Nayra rindu ni.. Dah lama abang tak balik sini.." Nayra mengendurkan suaranya. Nak bagi isyarat bahawa dia sedang merajuk.

"Nanti saya balik. Ros masih berpantang lagi ni. Lagipun,mummy ada dengan awak kan? Kalau nak apa-apa,mintalah dengan mummy. Okey?"pujuk Danial. Mahu menjaga dua hati,bukannya senang.

"Tak naklah. Mummy asyik suruh makan sayur,buah,minum air susu.. Tu saja dia selalu bagi. Ingat saya ni apa? Haiwan peliharaan ke?"

"Astaghfirullahala'zim.. Nayra. Apa awak cakap ni? Cuba bersabar sikit. Awak tu mengandung. Mestilah kena makan makanan sihat. Bukannya makan makanan segera." Danial memicit kepalanya. Nayra dah mula buat perangai. Pening!

Rosalinda memandang Danial. Dia hanya mencuri dengar perbualan suaminya dengan Nayra.

Melihat suaminya asyik mengeluh,dia pasti Nayra mesti merungut tentang ketiadaan Danial di sisi Nayra.

Hm,baru berenggang sekejap,dah meroyan? Tak fikir pula aku ni?

"Nayra,dengar sini. Buat sementara ni,mummy akan jaga awak. Okey? Saya akan balik sana juga nanti. Cuma sekarang saya kena jaga Ros. Hariz pun asyik terjaga malam saja sekarang ni. Saya tak boleh tinggalkan anak dengan isteri saya macam tu je,"kata Danial. Dia masih lagi bersabar untuk memujuk Nayra.

"Helo? Nayra?"

Danial melihat skrin telefonnya.Hm,dah putuskan talian. Patutlah senyap. Merajuklah tu. Apa lagi?

Danial menyimpan semula telefonnya. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke Rosalinda yang sedang menyusukan anak kecil mereka.

Melihat wajah Hariz Evans,Danial tersenyum. Terasa segala masalahnya pergi dibawa angin.Kemudian,wajah Rosalinda pula dipandang. Wajah yang kini tiada lagi senyuman terukir buat dirinya.

"Sayang.."panggil Danial. Dia masih memandang Rosalinda. Namun,isterinya tidak menoleh padanya langsung.

"Sayang jangan tinggalkan abang ya?"








Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now