BAB 56

4.6K 205 14
                                    

"Ros." Danial menegur isterinya. Rosalinda sedikit terkejut melihat suaminya masih ada di bilik tidur mereka sedangkan jam sudah pun menunjukkan pukul 11 malam.

"Abang ada bawa ubat dengan vitamin untuk Ros. Sayang makan ya? In Shaa Allah,nanti kuranglah sakit kepala sayang." Danial tersenyum.

"Abang buat apa dekat sini? Sepatutnya abang dengan Nayra sekarang.Dah pukul 11 ni. Kesian dia tunggu abang." Rosalinda mengeringkan rambutnya memandangkan dia baru sahaja selesai mandi.

"Tapi,Ros tak sihat.Abang jaga sayang malam ni.Esoklah abang pergi dekat dia.Malam ni,abang nak tidur dengan isteri abang yang cantik ni." Danial mendekati Rosalinda.Dia mengambil bau rambut isterinya dan dia tersenyum.

"Abang.. Mana boleh macam tu.Malam ni sepatutnya abang dengan Nayra. Abang tak boleh lupa tanggungjawab abang dengan dia."

Rosalinda berdiri di hadapan suaminya.Dia mendongak dan memegang kedua-dua pipi suaminya.

"Abang jangan lupa,abang ada dua isteri sekarang.Bukan saya je,tapi Nayra juga. "

Danial mengeluh. Pinggang Rosalinda dirangkul dan dipeluk.

"Sayang,abang minta maaf. Abang tak sangka semua ni boleh jadi.Kalau abang tak ikut perasaan abang,mesti tak jadi."

Rosalinda hanya tersenyum nipis.Nak cakap sakit hati pun,Danial dah sah jadi suami kepada Nayra.Apa boleh buat? Nak tak nak,kena hadap juga. Hm,dapat percumalah payung emas.

"Abang,saya tak salahkan abang pun.Benda dah nak jadi kan? Cuma saya harap,abang tak tinggalkan saya dengan baby lepas ada Nayra ni.Boleh?"pinta Rosalinda.

Bibir Danial terukir senyuman. Anak rambut Rosalinda yang terjuntai di dahi diselitkan di belakang telinga. Suka dia melihat wajah Rosalinda yan g kelihatan berseri.Seri orang mengandung gamaknya.

"Jangan risau,abang takkan tinggalkan isteri abang ni. Baby dengan sayang keutamaan abang sekarang. Kalau ada apa-apa,jangan rahsia dengan abang,okey? Jangan simpan apa-apa pun rahsia daripada abang."

Rosalinda mengangguk. Dia memeluk Danial.Berat hatinya mahu melepaskan suamimya pergi walaupun dia tahu,Danial tetap perlu beri tumpuan pada pada Nayra.

"Abang?" Pintu bilik Rosalinda dan Danial diketuk. Danial menoleh kemudian dia memandang Rosalinda.

"Pergilah.Dia dah tunggu abang." Rosalinda melepaskan pelukan. Dia mengalihkan pandangan daripada memandang Danial. Dia pergi ke meja solek dan mencapai sikat.

Danial meraup wajahnya. Nak pergi ke tak?

Pintu bilik diketuk lagi. Suara Nayra menyapa gegendang telinganya.

Haih,nampak gayanya memang kena pergi.



SINARAN cahaya matahari yang menerombosi tingkap menerangi seluruh bilik tidur yang diinap oleh Danial dan Nayra.

Danial membuka matanya dan dicelikkan beberapa kali. Melihat Nayra yang sedang lena tidur disebelahnya sambil memeluk tubuhnya erat,dia sedikit terkejut. Perlahan-lahan dia mengalihkan tangan Nayra daripada terus memeluknya.

Melihat jam yang sudah pun menunjukkan pukul lapan pagi,dia terus bangun dan keluar dari bilik tanpa mengejutkan Nayra yang sedang lena dibuai mimpi.

Kakinya laju menuruni anak tangga menuju ke dapur. Bau enak menusuk ke rongga hidung membuatkan perutnya terus terasa lapar.

Melihat figura Rosalinda yang sedang memasak,dia tersenyum.Perlahan-lahan dia melangkah ke arah isterinya dan memeluk daripada belakang. Dagunya diletakkan di atas bahu Rosalinda.

"Abang! Terkejut saya." Rosalinda mengusap dadanya.Danial hanya tersenyum.

"Wah,sayang masak bihun goreng! Patutlah bau sedap."

"Abang belum mandi ya? Pergi mandi dulu.Lepas tu,ajak Nayra makan sama-sama." Rosalinda fokus memasak bihun goreng.

"Mummy mana?"soal Danial.

"Mummy ada kerja sikit.Tengah hari nanti dia baliklah."

Danial mengangguk faham. Dia tidak melepaskan pelukannya. Suka dia mencium bau rambut isterinyanyang wangi. Bau kegemarannya.

"Abang,pergilah mandi.Abang busuk,sibuk peluk orang.Habislah saya nanti.Bau masam,"usik Rosalinda. Dia tersenyum.

"Tak apalah.Kalau sayang bau masam,sayang mandi sekali lagi.Mandi dengan abang."

"Taknak.Mandi dengan abang tak seronok."

Mata Danial membulat.

"Apa? Tak seronok? Oh,tak seronok ya? Jom ikut abang mandi." Danial mahu mengangkat Rosalinda namun Rosalinda segera mengelak.

"Abang,saya tengah masak ni!" Rosalinda tergelak.Dia menutup api dapur dan lari daripada Danial yang mahu menangkap dan menggendongnya.

"Sini! Mandi dengan abang.Kita tengok,seronok tak?" Danial tetap mengejar Rosalinda. Mereka berdua berkejaran di dapur dan suara gelak tawa mereka bergema.

Nayra yang baru bangun dari tidur dan sejak tadi berdiri di sebalik dinding ruang dapur hanya mendengar gelak tawa Danial dan Rosalinda. Dia mencebik.

"Gelaklah korang berdua. Lupa aku ada dekat sini ya? Tak apa.. Sekarang ni waktu untuk kau bergelak ketawa dengan Danial,Ros.Lepas ni,giliran aku pula untuk bergelak ketawa dengan Danial. Aku yakin,Danial akan alihkan tumpuan daripada kau. Dia akan tumpukan perhatian pada aku bila aku dah mengandung nanti.."

Nayra tersenyum. Dia membetulkan bajunya. Butang bajunya yang teratas sengaja dibiarkan terbuka menampakkan sedikit dadanya yang putih.

"Ehem!" Nayra menegur sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke ruang dapur.Sakit matanya melihat Danial yang sudah memeluk Rosalinda.

"Eh,Nayra." Rosalinda melepaskan pelukan Danial.

"Good morning." Nayra tersenyum.

"Lapar ke? Sekejap,bihun goreng dah nak siap." Rosalinda segera kembali menyambung memasak.Dia membuka semula api dapur.

"Nak saya tolong,Ros?" Nayra menawarkan bantuan.

"Eh! Tak apa."

Danial mahu beredar dari dapur namun tangannya dipegang oleh Nayra.Serta merta lengannya dipeluk oleh Nayra dengan penuh manja.

"Abang,badan saya sakitlah.Urutkan boleh?"pinta Nayra. Danial memandang Nayra yang sedang menayang wajah kesian. Rosalinda pula hanya mendiamkan diri dan terus memasak.

"Hm,yelah.Kejap lagi saya urut. Saya nak mandi dulu." Danial melepaskn pelukan Nayra.

"Nak mandi? Nak ikut!" Nayra tersengih. Dia memeluk lengan Danial semula.

"Nayra,saya nak mandi je.Tak payahlah ikut.Awak tolong Ros apa yang patut." Danial mahu melepaskan lagi pelukan Nayra tapi Nayra tetap berdegil.

"Nayra,jangan macam ni.Saya tak sukalah awak degil macam ni." Danial  mula mengeraskan suaranya.

"Hm yelah..." Nayra mula mencebikkan bibirnya. Danial terus melangkah pergi. Nayra memandang Danial yang mula menghilang dari pandangan matanya. Kemudian,dia memandang Rosalinda pula.

Bila dengan kau,Danial seronok.Bila dengan aku,terus kecut muka dia! Bermesra sikit pun taknak. Okey,tak apa. Kita tengok lepas ni,dia akan terus seronok atau tak dengan kau. Bisik hati Nayra.

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now