BAB 30

6.4K 305 1
                                    

Rosalinda duduk di meja belajar bersama buku latihan di hadapannya. Danial mendekatinya dan meletakkan secawan coklat panas untuk Rosalinda.

"Merajuk lagi ke?"soal Danial.

"Mana ada merajuk."

"Kalau tak merajuk,kenapa tak bercakap dengan aku tadi? Macam sombong je,"kata Danial lagi. Dia meghirup coklat panas yang dia buat untuk dirinya juga.

"Mana ada sombong." Rosalinda membuat kiraan pada kalkulator.Dia berpura-pura sibuk.

"Merajuklah tu. Takkan itu pun nak ambil hati? Macamlah kau tak kenal Aina tu.Dia kan dengki dengan kau."

Rosalinda tidak menjawab. Wajahnya masih masam mencuka.

"Buatlah muka macam tu.Hodoh betul muka macam tu. Kalau kau nak sangat merajuk,kita tak payahlah pergi Venice. Kau layanlah perasaan kau tu.Malas aku nak pujuk,"kata Danial. Dia berpura-pura mahu pergi,namun Rosalinda segera menahan.Lengan Danial dipegangnya.

"Ish,janganlah macam tu."

"Tahu pun.Sibuk nak layan perasaan buat apa?" Danial menjegilkan matanya.

"Ish,saya tak layan perasaan pun.." Rosalinda mencebik lagi.

"Tengok tu,buat muka lagi. Baik kau senyum.Kalau tak,aku taknak pergi Venice. "

"Ish,sukahati je nak paksa orang senyum.." Rosalinda tidak puas hati.

"Senyum sekarang."

"Kalau saya taknak?"

Danial mendekatkan wajahnya dengan wajah Rosalinda. Mata hazelnya merenung tepat ke dalam anak mata Rosalinda membuatkan gadis itu terkedu.

"Aku nak tengok kau senyum."

Rosalinda meneguk airliur yang tiba tiba terasa kelat. Automatik matanya jatuh ke arah bibir merah Danial yang sememangnya telah menarik perhatiannya.

Ya Allah,Ros! Sedar!

"Rosalinda." Danial memanggil Rosalinda membuatkan gadis itu kembali memandang Danial dan mereka bertaut mata.

"I already miss your smile,Ros."

Pipi Rosalinda menjadi merah lagi. Dia mahu menahan senyuman namun  senyuman nakal yang terukir di bibir Danial membuatkan dirinya turut tersenyum.

"Boleh pun senyum." Danial masih lagi mendekatkan wajahnya.

Rosalinda menunduk. Dia malu mahu bertentangan mata dengan suaminya.
Kekok apabila mereka berduaan seperti ini.Jaranglah Danial berkelakuan begini. Sangat jarang!

"Lepas ni,kau pekakkan telinga kalau ada orang mengutuk kau. Aku akan cuba lindung kau dari orang macam tu. "

Rosalinda mengangguk.Aduh,dia ni bila nak jauh? Kekoklah!

"Kenapa tunduk?"soal Danial,mahu mengusik Rosalinda.

"S-saya nak belajar.." Suara Rosalinda bagai tidak terkeluar.

"Apa dia? Tak dengar." Danial sudah tersenyum nakal.

"S-saya nak belajar." Rosalinda menguatkan sedikit suaranya.

"Tak dengarlah..Kuatlah sikit." Danial merapatkan lagi wajahnya membuatkan gadis itu terus terdiam.

Senyuman Danial bertukar menjadi sebuah senyuman manis. Tangan Danial memegang dagu runcing Rosalinda membuatkan gadis itu terpaksa memandangnya walaupun wajah gadis itu sudah merona merah.

Jantung Rosalinda sudah berdegup pantas Aduh,ni yang tak suka!

"Aku suka kau,Ros.Tak salahkan kalau aku mula sayang kau?"

Rosalinda tergamam mendengar pengakuan dari mulut Danial. Dia tak tahu mahu memberi jawapan apa kepada Danial.

"Kau tak perlu beri jawapan sekarang. Aku bagi kau masa. Okey?" Lembut saja cara Danial bercakap dengan Rosalinda. Bibirnya sentiasa terukir senyuman manis membuatkan Rosalinda benar-benar rasa hilang arah. Pandangan redup Danial membuatkan jantung Rosalinda semakin berdegup pantas.

Bibir mugil Rosalinda diusap perlahan oleh jari Danial. Mata Danial jatuh ke arah bibir mugil isterinya.

Rosalinda hanya mampu memejamkan matanya dengan rapat tatkala dia terasa bibir Danial menyentuh bibirnya lembut.

PEJAM,celik,pejam,celik. Waktu sudah berlalu dengan pantas. Hari yang ditunggu-tunggukan telah tiba. Rasa teruja mahu pergi ke Venice semakin membuak-buak di dalam diri Rosalinda.Walaupun Puan Zahra berasal dari Itali,namun Rosalinda belum pernah menjejakkan kakinya ke dunia Venice.

Danial menyimpan bagasi baju mereka berdua di dalam bonet kereta milik bapa mertuanya. Datin Sophea yang masih belum berangkat ke Kuala Lumpur itu tidak tercapai hasratnya mahu menghantar anak menantunya ke lapangan terbang.

"Dani,Ros. Mama tak ikut ya? Mama temankan mommy kamu dekat rumah.Ayah dengan Syafiq akan hantar kamu berdua,",kata Puan Zahra.

Danial dan Rosalinda mengangguk. Syafiq memandang sepupunya lama.

"Untunglah orang tu. Berseronok dekat sana.Jangan lupa,SPM dah dekat!"

Danial tergelak. "Kau janganlah jadi spoiler,bro. Aku nak have fun dekat sana. Kau jangan mesej aku,ingatkan pasal SPM pula.Aku sunat kau kali kedua nanti!"

Syafiq tersengih. "Okey,okey.Tak. Rso,garang betul suami awak ni."

Rosalinda ketawa. Dia memeluk lengan Danial tanpa segan silu. Nak buat apa malu? Suami sendiri. Ceh!

"Danial garang dengan orang lain je.Dengan saya,dia tak garang pun.Kan,awak?" Rosalinda mendongak,memandang Danial yang tinggi lampai.

Danial tersengih. Datin Sophea yang melihatnya terasa senang hati.Dia yakin,Danial sudah dapat menerima Rosalinda sebagai isterinya.Harapannya agar Danial terus dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami kepada Rosalinda.Walaupun masih muda,Danial sudah dapat memikul tanggungjawabnya dengan baik.

"Jomlah.Nanti lambat pula. Kalau terlepas flight nanti,ada yang menangis pula." Tuan Idris mengusik anak menantunya.

"Dani tak menangis,ayah.Orang sebelah ni menangis."

"Eh,aku ke? Aku tak ikut,Danial. " Syafiq tersenyum sipu. Ceh,kononnya dia nak ikut la tu!

"Eh,bukan kau.Jangan perasan.Aku maksudkan,bini aku. " Danial mengerling ke arah isterinya yang sudah tergelak.

Amboi,mood baik nampak!

"Bini eh? Amboi,seri pengantin tu masih ada. Cemburulah pula."

Danial menjelir lidah. "Pergilah cari calon.Seronok dapat bini.Ada tempat nak manja."

"Ehem,mama,mommy dengan ayah ada dekat sini." Puan Zahra mencelah.Dia tersenyum. Datin Sophea tidak berkata apa-apa.Dia hanya mampu tersenyum.Dalam hatinya,dia memanjatkan rasa syukur kerana anaknya dalam keadaan yang baik dan bahagia nampaknya.Harapnya apabila anak menantunya pergi bercuti ni mereka dapat mengeratkan lagi hubungan mereka sebagai suami isteri.

"Eh,lupa pula. Maaflah. Seronok bergosip.Belajar dari Ros la ni."

"Eh,saya pula. Awak yang belajar dari classmatekan?" Rosalinda menjegilkan matanya. Danial tersengih. Bukannya rasa takut,tapi dia rasa nak cubit je pipi Rosalinda. Comel sangat!

"Dah,dah.Jom."

Mereka berdua bersalaman dengan Puan Zahra dan Datin Sophea. Sempat Datin Sophea meninggalkan pesan buat menantunya.

"Jaga Danial baik-baik dekat sana. Bahagiakan dia.Okey? Mommy sayang anak menantu mommy." Datin Sophea memeluk Rosalinda.

Danial menayang riak wajah biasa. Malas mahu berlebih-lebih.

"Ros,jomlah.Nanti kita tertinggal flight pula." Danial menggesa Rosalinda.

Rosalinda mencium pipi Puan Zahra dan Datin Sophea.

"Kami pergi dulu ya."

Danial dan Rosalinda masuk ke dalam kereta. Dengan bismillah,mereka memulakan perjalanan mereka.





Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now