BAB 12

7.1K 333 1
                                    

"Sayang,mummy dengan daddy pergi dulu ya? Jaga diri baik-baik. Jaga Ros,ya?"

Danial menayang wajah beku. Dia hanya mengangguk.

"Dani,jangan kecewakan daddy. Belajar baik-baik. Jadi pelajar yang mendengar kata. Dapatkan result yang bagus,"pesan Dato' Azraff pula.

"Paling penting,jadi suami yang baik pada Ros.Buktikan pada daddy yang Dani boleh jadi lelaki yang bertanggungjawab dan berdedikasi."

"Dani tahu apa yang Dani perlu buat. Dani tahu tanggungjawab Dani. Tak payah risau.Dani tak mati pun dekat Malaysia ni,"balas Dani dengan wajah yang beku.Kata-katanya begitu dingin. Datin Sophea hampir saja menumpahkan airmatanya namun ditahan. Dia hanya tersenyum. Anak lelakinya dipeluk erat.

"Mummy sayang anak mummy ni."

Danial turut terasa sebak. Namun,ego dan perasaan sakit hatinya melebihi segalanya. Danial mengeraskan hati.

"Pergilah. Nanti terlambat pula. "

Memandangkan Danial tidak menghantar ibubapanya ke lapangan terbang,namun perpisahan mereka di hadapan rumah Nektok begitu terasa sebaknya. Rosalinda tidak bercampur tangan dalam hal masalah keluarga Danial,jadi dia hanya mendiamkan diri.

"Sophea,jom. Nanti kita terlepas pula,"kata Dato' Azraff. Datin Sophea melepaskan pelukan. Dia memandang wajah anaknya. Kemudian,wajah Ros dipandang. Dia tersenyum.

"Jagakan Danial untuk mummy ya? Mummy minta maaf kalau menyusahkan Ros.."katanya. Rosalinda pantas menggelengkan kepalanya. Dia memegang tangan ibu mertuanya.

"Mummy jangan risau ya? Ros jagakan Danial untuk mummy. Mummy dengan daddy jaga diri baik-baik. "

Datin Sophea tersenyum. Senang hatinya mendapat menantu seperti Ros. Dia percaya,pilihannya bermenantukan Ros adalah pilihan yang tepat.

"Mummy dengan daddy pergi dulu. Idris,Zahra. Kami pergi dulu. Terima kasih ya,"ucap Dato' Azraff. Dia bersalaman dengan Tuan Idris.

"Yelah.Hati-hati. Dah sampai sana nanti telefon."

Dato' Azraff mengangguk. Danial memalingkan wajahnya. Dia menahan airmata yang mahu melimpah keluar.

Ego tetap menguasai diri. Dato' Azraff hanya mampu memandang anak lelakinya sebelum masuk ke dalam kereta.

Rosalinda memandang Danial. Entahlah,nak tegur pun rasa serba salah. Danial pasti takkam dengar kata-katanya. Jika disuruh memeluk bapanya sendiri,nak ke dia?

Apabila kereta Mercedez Benz itu sudah berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah Nektok,Danial segera meminta diri.

"Ros,aku nak keluar sekejap.Ada hal. Kau duduklah rumah. Ayah dengan mama kau ada kan? Kau duduklah dengan diorang sekejap. Aku ada hal kecemasan. Nanti aku balik. " Danial meminta diri daripada ibubapa mertuanya. Pantas dia meminjam motor sepupunya untuk ke pekan.

Apa lagi kalau bukan mahu berjumpa dengan ayah Fadil?



JAM menunjukkan tepat pukul 10 malam. Danial masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu. Suasana rumah yang sunyi menandakan ibubapa mertuanya sudah pulang ke rumah. Isterinya pasti sudah tidur,fikirnya.

Danial mengorak langkahnya ke dapur. Mahu mendapatkan segelas air untuk membasahi tekak.

Namun,sehelai kertas di atas meja menarik perhatiannya. Surat dariada isterinya,Rosalinda.

Saya dah masak lauk makan malam. Kalau awak nak makan,panaskan lauk dulu. Sorry,saya tidur awal. Saya tidur dalam bilik tetamu.

-Ros-

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now