"Ini anak lelaki saya,Danial. Mulai hari ni,dia akan menggalas jawatan pengarah syarikat ni. Saya harap kamu semua boleh bantu dia untuk naikkan syarikat ni ya?" Datin Sophea memperkenalkan anak lelakinya kepada pekerja-pekerja di dalam syarikat mereka.
Danial tersenyum pendek.
"Danial,mommy kenalkan,ni Ikmal Saiful. Dia ni sepupu Danial dari Terengganu dan dia adalah pewaris kedua dalam syarikat ni." Datin Sophea tersenyum.
Danial terkelu. Dia memandang lelaki yang bernama Ikmal itu. Jadi,dia bukan satu-satunya pewaris syarikat bapanya? Ada pewaris yang lain juga?
"Sekejap. Bukan Danial sorang je pewaris daddy?" Danial memandang Datin Sophea untuk mendapatkan penjelasan.
"Mommy tak tahu. Ni semua arwah daddy yang tentukan.Tapi,tak apalah. Ikmal boleh tolong Dani untuk majukan syarikat ni,"pujuk Datin Sophea. Risau pula melihat wajah Danial yang sudah berkerut. Jangan dia memberontak sudahlah.
Danial menahan perasaan. Dia betul-betul rasa tercabar. Nampaknya,ibubapanya masih menganggapnya seorang yang belum matang dan tak mampu berdikari sehingga perlu melantik sepupu jauhnya menjadi pewaris kedua.Melampau betul!
"Danial,kita sama-sama naikkan syarikat daddy kau ni." Ikmal menghulur tangannya untuk berjabat dengan Danial. Demi menjaga airmuka,Danial terpaksa menyambut walaupun mukanya sudah menunjukkan reaksi tidak suka.
"Jadi,kalau ada apa-apa kamu semua boleh rujuk pada Encik Danial atau Encik Ikmal,ya?" Datin Sophea tersenyum lagi.
Semua staff mengangguk faham. Datin Sophea memandang di sekelilingnya. Danial pula mahu cepat-cepat masuk ke bilik pejabatnya.
"Abang."
Suara Rosalinda menyapa di gegendang telinga Danial. Dia menoleh dan Rosalinda yang muncul bersama sebuah kek itu dipandang. Rosalinda tersenyum dan mereka semua menyanyikan lagu hari lahir buat Danial.
"Tiup lilin ni." Rosalinda menghulur kek yang dipegangnya. Danial hanya akur dan meniup lilin. Kemudian dia memandang sekelilingnya. Semua orang tersenyum memandang dirinya dengan Rosalinda.
"Selamat hari lahir,abang. Semoga abang jadi pengarah yang berjaya dan panjang umur,okey!" Ceria wajah Rosalinda mengucapkan ulang tahun kepada suaminya. Danial terasa bebanan dihatinya bagaikan hilang begitu saja. Bibirnya terus terukir senyuman. Bahagia apabila isterinya mengingati hari lahirnya.
"Thank you,sayang."
Rosalinda tersenyum. Danial terpandang wajah Ikmal. Lelaki itu seperti tidak gembira. Dia hanya merenung wajah Rosalinda sehingga membuatkan Danial kurang selesa dengan gelagatnya. Pantas bahu Rosalinda dipeluknya.
"Thank you buat kejutan ni untuk saya dan thank you for welcoming me.Saya sangat-sangat hargai. Sayang,thank you so much."
Ikmal tersenyum nipis. Dia pantas meminta diri untuk ke tandas. Danial memandang kelibat Ikmal yang semakin menghilang.
Dah agak. Ikmal cemburukan dirmya dengan Rosalinda. Tapi,dia kenal ke Ros?
Sekejap. Ikmal?
Danial memandang wajah isterinya. Ikmal..
"Sayang,sayang dah kenal dengan staff sini?"soalnya. Rosalinda menggeleng.
"Dani, kamu kenalkanlah isteri kamu.Biar dia kenal semua oramg dekat sini.Mana tahu,nanti dia boleh masuk kerja dekat sini juga." Datin Sophea meberi cadangan namun Danial hanya membuat tidak endah.
Danial memandang semua staffnya. Pelukannya terhadap Rosalinda semakin erat. Bahu isterinya diusap perlahan.
"Kenalkan,ni isteri saya,Rosalinda. Saya tahu,umur saya terlalu muda. Tapi,jodoh dan rezeki saya datang awal. Saya terima dengan hati yang terbuka. Saya harap,semua boleh bagi bantuan pada saya ya." Danial beramah mesra dengan staff. Moodnya bertukar ceria apabila isterinya ada disisi. Rosalinda adalah punca kebahagiaannya yang sebenar.
Rosalinda sudah tersenyum sipu. Bangga dapat melihat suaminya berjaya dalam umur yang muda.
IKMAL meraup wajahnya. Dia memicit kepalanya dan dia berjalan ulang-alik di hadapan tandas. Fikirannya terganggu apabila dia ternampak Rosalinda tadi.
Rosalinda isteri Danial? Okey,sekejap.
Danial adalah sepupu jauhnya. Rosalinda,perempuan yang dia minat dalam diam waktu sekolah dulu adalah isteri kepada Danial sekarang.
Bila diorang nikah? Kenapa dia tak tahu? Bukan ke Ros minat Ikmal dulu? Macam mana boleh kahwin dengan Danial?Ya Allah,pening! Berbelit!
"Jadi,dalam sekelip mata aku hilang peluang nak bersama dengan Ros? Hanya dalam masa setahun?" Ikmal megeluh. Kecewa hatinya untuk menerima hakikat gadis idamannya sudah dimiliki orang.
Hatinya betul-betul cemburu apabila melihat Rosalinda tersenyum pada Danial tadi. Sekelip mata Rosalinda boleh berubah arah. Dulu,dia dan Rosalinda boleh dikatakan rapat juga. Walaupun tidak bercinta,namun hubungan mereka tetap agak rapat sehingga pelajar lain cemburu.
Tapi,sekarang sebaliknya. Rosalinda seolah-olah tidak mengenalinya.Sebelah mata pun dia tak pandang Ikmal.Yang dia nampak hanyalah Danial. Hebat sangat ke Danial sampai dia boleh angaukan Danial sorang?
Ikmal memerhati Rosalinda dan Danial daripada jauh. Melihat pasangan suami isteri itu mesra bergaul dengan staff yang lain. Dia mengeluh lagi. Kalaulah dia tak pindah sekolah,pasti dia yang berada di sisi Rosalinda saat ini. Pasti dia yang akan memeluk bahu gadis itu sekarang dan bukannya Danial.
Danial beruntung kerana ramai yang ambil peduli tentangnya. Sambut hari lahir,buat kejutan,dapat mewarisi kekayaan bapanya dan dia juga dapat isteri secantik Rosalinda.
Nak dibandingkan Ikmal,macam langit dengan bumi. Danial mempunyai harta dan rupa paras,tapi Ikmal hanya mempunyai rupa paras saja.Harta pun dia tak sekaya seperti Danial. Guna kereta MyVi je. Danial pula guna kereta BMW. Dari situ dah nampak perbezaan mereka yang ketara.
Takkan Ros pandang harta? Tak mungkinlah! Ikmal menggelengkan kepalanya.
Tak apa,dia akan siasat macam mana Ros boleh kahwin dengan Danial. Dia mahu tahu segala yang telah berlaku antara Danial dan Rosalinda.
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...